SALAM..........
Quick n3 aja malam ni,ni hari Ahad lepas punya menu......minta maaf banyak2 sbb ida belum sempat nk buat kunjung balas. Apa2 pon ida ucapkan jutaan terima kasih kpd teman2 yg sudi meninggalkan komen pada n3 yg lepas2, dan tak lupa juga kpd para pengunjung yg sudi ke blog yg tak seberapa ni.
Sebenarnya kt sini dah lama nak buat menu ni, asyik 'M'jer. Lagipon daging ni kalau disalai atas bara api, lagi meletop2 rasa dia kan. Oleh kerana teringin nk makan, kena buat la jugak walau ku hanya bakar kt bawah dapur gas.Buat pun versi tak pedas,...utk anak2 juga makan sbb dh malas nk masak kuah lain...he..he. Macam2 versi sebenarnya gulai daging salai ni kan....first n3 menu ni, ida buat versi mcm mak ida masak masa ida kecik2 dulu.....letak daun kesom. Tapi sekarang mak dh lama tak buat.
Gulai daging salai daun kesom ( versi org merantau jer ni )
by: Ida@happy Cooking Time
Bahan-bahan:
- 400g daging....disalai/bakar
- 2 batang serai, dititik
- 400 ml santan pekat ( ida guna dlm tin )
- Tambahan air secukupnya
- 2 keping asam gelugor
- Garam dan gula secukup rasa
- 1 biji bawang besar*....kalau ada bawang merah tambah sekali lg sedap
3 ulas bawang putih*
1/2 inci kunyit hidup*
1/2 inci halia*
1/2 inci lengkuas*
Cili padi secukupnya*( bahan *dikisar halus)...kali ni ida hanya guna green & red chili ( org Jepun panggil piman ) takut pedas utk anak2 - Sedikit daun kesom
- Optional Sayuran...ida letak 1 biji rebung Jepun, boleh ditukar kpd nangka muda, belimbing buluh etc..
CARA MEMBUATNYA :
- Daging dipotong saiz sederhana besar dibersihkan dan lumur dgn sedikit garam kunyit, perap seketika dan salai/bakar hingga masak, balik2kan. Biar sedikit sejuk baru hiris nipis.
- Rebung dihiris nipis dan bersihkan
- Masukkan bhn kisar ke dlm periuk, serai, santan,asam gelugor/asam keping, sedikit dulu garam & gula dan tambahan air secukupnya. Didihkan seketika
- Masukkan daging yg dihiris, rebung dan serai...teruskan memasak dgn api yang sederhana sambil dikacau sekali - sekala.
- Akhir sekali, baru masukkan daun kesom....kacau seketika
- Cukupkan rasa baru tutup api gas. Sedia dihidangkan bersama nasi putih dan menu2 yg lain.
Gandingan yang serasi.....heeee, ehh segan la pulak tayang gambo budu ni.Hari tu kami makan tak hinggat dunia.....nasi bertambah2..huhuuuu
Sekian, jutaan terima kasih utk semua yg masih sudi ke sini.