My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Monday, May 30, 2011

Keropok Lekor


Sebenarnya dah banyak kali b'eksperimen buat keropok lekor ni....sebelum ni pernah buat menggunakan tepung ubi, kadang2 pakai tepung katakuriko ( potato starch ) + tepung gandum macam resepi Jiya MyR..cuma sukatan tepung telah dikurangkan, dah sedapp dah, mekasih ye Jiya...cuma tak rasa kenyal2 cam keropok kat M'sia.
Masih tak puas hati, mana nk cari tepung sagu ni...tut-tut kawan ida Linda ada terbaca satu lagi resepi kat Myr dr Minami yg pernah dok Japan kut...yg menggunakan salah satu tepung kat sini iaitu 'Warabi Mochi Ko' + tepung ' Katakuriko'( potato starch ).
Sib baik jumpa tepung tu kat kedai sini...terus ida cuba pakai tepung ni + ngan tepung katakuriko tadi. Wahh!!!...berbeza dr yg pernah buat sebelum ni..lebih sedapp, rasa kenyal2 nya.....thanks a lot to Minami & tak lupa juga kpd kwn saya Linda. Lalu kita promote ler kat kwn2 yg dok sini juga...sib baik juga ada jual isi ikan yg telah siap dikisar...senang kerja sikit...kalau beli ikan, balik nk asingkn isi & tulang...gamaknya lambat lagi ler nk boleh mkn keropok lekor


Yang dah siap direbus...walaupun rupamu tak berapa cantikk...tapi sedap dimakan
Ida mmg tak letak banyak tepung..sbb suka mkn keropok lekor jenis yg banyak ikan



Haa..ni ler contoh tepung yg ida guna utk buat keropok tadi...yg plastik biru2 ngan hijau2 sikit tu..'Warabi Mochi Ko'..sbg pengganti tepung sagu, warabi tu apa erk...puas cari tapi tak jumpa...
yg peket putih jer tu tepung 'Katakuriko'( potato starch )...ok la jom semak resepi kt bawah...

Bahan-bahan :
  • 1 kg isi ikan...dikisar ( ida beli isi ikan yg telah siap dikisar dlm 5 pkt )
  • 180 gm tepung 'warabi mochi ko'
  • 170 gm tepung 'katakuriko'
  • 1/4 sd teh baking powder
kalau kat di M'sia, pakai sume tepung sago jer dan jika nk lembut lagi, boleh kurangkan sukatan tepungnyer k
  • 2 - 2 1/4 sd besar rata garam lebih kurang @secukup rasa
  • 6 ulas bawang putih...ditumbuk/dikisar halus @ lebih kurang 1 sd bsr yg telah dikisar
  • Tambahan sedikit air jika adunan keras....rasanya tak tambah pun dh ok sbb kalau lembik susah nk bentukkan.
  • 1/4 sd teh serbuk ajinomoto
CARA-CARA:
  • Campurkan semua bahan2 di dalam bekas yg besar kecuali air..uli / gaul sehingga sebati.
  • Pakai sarung tangan plastik jika tak mau lekat kt tangan
  • Jika keras baru tambah sikit air, kalau dah ok, tak perlu tambah.
  • Didihkan air separuh periuk...kalau boleh gunakan periuk yg agak besar sikit.
  • Masukkan sedikit tepung gandum/apa2 tepung ke dlm mangkuk kecil
  • Sediakan papan pencanai / papan pemotong sayur pun boleh. Tabur sedikit tepung ke atasnya.
  • Letak sedikit tepung pada tgn/pakai sarung tangan plastik. Ambil sedikit dr adunan...bentukkan / roll memanjang. Saiz terpulang kpd masing2. Ulangi sehingga habis.
  • Rebus keropok yg telah dibentukkan tadi seketika. Angkat jika nmpk terapung..sejatkan.
  • Simpan di dalam peti ais jika tidak habis digoreng..
  • Potong bulat serong sebelum digoreng.




Laksam


Ini adalah projek together2 ngan member beberapa minggu lepas......kebetulan dia masih ada stok tepung beras M'sia. Ni pun lama tak makan. Huih jenuh juga nk siap mengukus semuanya. Buat 2 adunan rasanya hari tu.


Pernah buat dulu2 masa masih kat M'sia, tapi sukatan pakai agak jer. Tapi kali ni ida ikut resepi Yani yg pernah dia post kat MyR dulu...cuma ida lebihkan air lagi 1 cwn sbb nk lembut lagi. Mekasih banyak2 yer yani.


Kalau kat M'sia, org selalu pakai tudung periuk sebagai acuannya...sini mana la nk cari tudung periuk seakan-akan cam ni. Sebagai alternatif lain,ida pakai acuan seperti kat atas, ni cth la...sebenarnya hari tu, pinggan porcelin pun pakai gak. Jom tgk resepi...

Sumber : Yani MyR...kat blog baru dia Deco Choco rasanya dia lum letak
LAKSAM
  • 3 cawan tepung beras
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 4 cawan air suam.....ida jadikan 4 1/2 cawan
Cara2:
  • Panaskan air di dlm pengukus sehingga mendidih
  • Masukkan tepung ke dlm mangkuk, masukkan 2 cawan air dahulu.....kacau pakai whisker tgn.
  • Tambahkan baki air...kacau sebati
  • Sapu acuan/pinggan dgn sedikit minyak, ambil 1 senduk adunan / secukupnya..tuang ke dlm acuan.
  • Letak acuan ke atas rak pengukus dan kukus selama 5 minit. Bila dah masak, sejukkan sebentar baru gulung.
  • Ulangi sehingga habis.
ATAU adunan ke-2 ida menggunakan semua tepung beras pun jadi, lain-lain bahan sama.
KUAH LEMAK LAKSAM...ida letak resepi 1/2 dr yg ida buat hari tu, sbb t'lebih2 kuahnya hari tu ( utk kuah ida guna resepi sendiri sbb dah biasa buat )
  • 600 gm isi ikan.....direbus dan dikisar
  • 1 1/2 tin santan pekat segera / 600 mls santan pekat segar...nk lemak lagi boleh lebihkan
  • 2 labu kecil bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih *
  • 2 inci halia*
  • 1/2 inci lengkuas*
Kisar/blend bahan yg bertanda *
  • 1/2 sd besar lada hitam tumbuk/serbuk lada hitam yg kasar.....boleh dilebihkan
  • 2 batang serai...diketuk
  • 3 sd besar gula lebih kurang / mencukupi
  • Garam secukup rasa
  • 2 asam keping
  • Tambahan air yg mencukupi...jgn terlalu banyak takut kuah cair.
CARA2:
  • Campurkan semua bahan ke dalam periuk
  • Masak sehingga mendidih
  • Perasakan garam.
SAMBAL BELACAN
  • Ambil segenggam cili api, tambah sebiji cili besar, 1 ketul kecil belacan, gula dan garam.
  • Tumbuk @ kisar menggunakan blender kering
  • Perahkan air asam limau / lemon secukupnya
LAKSAM dipotong bulat2 & sedia dimakan bersama kuahnya, sambal belacan serta hirisan ulam-ulaman seperti daun kesum, kobis, kacang panjang dan juga taugeh,




Sunday, May 29, 2011

Nasi Kerabu Kaler Biru


Salam buat semua pengunjung. Baru nk bertatih semula setelah lama tenggelam. Lama juga tak makan nasi kerabu hasil tangan sendiri sebenarnya, tehingin sangat la ni sbb tu la buat....zaman dulu2 masa kat kampung ada juga buat sama ngan mak, mak kat kg memang suka sgt dgn nasi kerabu ni. Tapi masa dok kat Shah Alam tak pernah pula buat sendiri sebab hubby kata tak suka...so kalau ida rasa nak makan, ida beli ja kat pasar malam @ mana2 gerai yg jual...tapi kan makan yang buat sendiri lagi puas hati, sbb kita boleh lebihkan apa yg kita nak.
Aikk kali ni nmpk hubby makan nasi kerabu ni cukup berselera sekali......heran pulak, sbb pakai beras basmathi katanya..kalau suka len kali bole le buat lagi.


Beginilah hidangan nasi kerabu ida...mkn dgn apa yg ada jer, maklum la merantau

Pelengkap Nasi Kerabu
  • Nasi biasa...yang diletak sedikit pewarna biru sms hendak memasaknya..sebenarnya org dulu2 menggunakan bunga segar khas utk jadikan nasi ni bewarna biru..
  • Sambal ikan kelapa
  • Kuah tumis
  • Sambal cuka
  • Budu
  • Lauk-pauk .....cth daging bakar, ayam /daging/ ikan bakar, telur masin, ayam goreng, ikan goreng celup tepung
  • solok lada...ida tak buat kali ni
  • Ulam-ulaman...cth Daun kesum, kacang panjang, bunga kantan, kobis......dihiris halus dan taugeh..ida letak mana yg ada kat sini jer
  • Keropok ikan goreng
NASI:..ida pakai beras basmathi
  • 5 cawan beras basmathi
  • 5 1/4 cawan air
  • 2-3 titik pewarna biru
Cara:
  • Basuh beras, masukkan air, titikkn pewarna...kacau rata dan masak nasi seperti biasa.
  • Jika nak tekstur nasi lebih lembut bole tambah air lagi.
KUAH TUMIS
  • 1 tin santan pekat segera /400 mls pati santan
  • 1 1/2 sd besar cili kering kisar( bergantung kpd tahap kepedasan yg diinginkan....ida hanya pakai sedikit serbuk cili shj
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 labu bawang besar...dikisar
  • 4 ulas bawang putih...dikisar
  • 1 inci halia ...agak2...dikisar
  • 1/2 inci lengkuas...dikisar
  • 1 batang serai...dikisar( baru update sbb hari tu lupa nk taip )
  • 1 batang serai..diketuk( baru update sbb hari tu lupa nk taip )
  • 2 keping asam gelugur
  • Gula melaka sebesar ibu jari atau secukup rasa
  • Sedikit belacan..lebih kurang besar jari kelingking atau boleh juga letak 1 sd besar budu
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit tambahan air...dlm 1 cawan
Cara:
  • Panaskan sedikit minyak, tumis semua bahan hingga naik bau..kecuali garam ATAU kalau tak nak tumis, masak dahulu santan hingga mendidih sambil kacau2, baru masukkan bahan2 lain.
  • Masukkan santan dan air
  • Masak sehingga pekat dan naik minyak
SAMBAL IKAN KELAPA
  • 1 mangkuk kecil isi ikan dari yang telah direbus / dibakar....dikisar/tumbuk halus ( ida beli isi ikan yg dikisar, cuma balik terus rebus )
  • 1 1/2 mangkuk kecil kelapa parut .....ida letak kelapa kering jer + 3 sd besar santan
  • 1/4 labu bawang besar#...jika b'saiz besar, 1/2 labu jika b'saiz kecil
  • 1/2 inci halia#
  • 1 batang serai#
  • 1 ulas bawang putih#
  • Sedikit serbuk lada hitam yg kasar...dlm 1 sd teh
  • Gula melaka sebesar ibu jari / secukup rasa...diracik halus atau ( boleh ganti dgn gula merah 1 sb )
  • Sedikit garam
  • Sedikit air asam jawa
Cara:
  • blend bahan bertanda #
  • Campurkan semua bahan di dalam kuali, guna api kecil, goreng tanpa minyak sehingga sedikit kering
  • Jika yg menggunakan kelapa kering mcm saya...tambah 1/4 cawan air panas ke dlmnya semasa mengacau.
SAMBAL CUKA ( boleh disediakan sehari sebelum )
  • 1 genggam cili padi/api
  • 1 biji cili besar...jika nk kurangkan pedas sikit
  • 1/2 cawan cuka...nk cair tambah lagi cuka
  • 1 1/2 sd besar gula..secukup rasa
  • Garam secukupnya
cara:
  • Masukan semua dlm blender dan blend
  • Masukkan dlm botol dan simpan di dalam peti ais jika tak habis makan.
( Tak semua pelengkap  ida buat ....mana yg ada jer masa tu )

Thursday, May 26, 2011

I'm Back...Happy 1st Anniversary to Happy Cooking Time & Mix Berry Cake


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua .....I miss u all so much!!! Dah setahun jagung blog ni, tapi masih tak kemana pun lagi...aduhhhh banyaknyer sawang sana sini, terabai..teruk betul tuannya. Di atas permintaan kawan2, & rindukan saat2 yg lalu....maka ia terpaksa bangun kembali...lupakan kisah yang lalu, cuba bina hidup baru....ececehh..b'madah la pulak.
InsyaAllah...siaran akan ke udara nanti walaupun tidak selalu, memandangkan hari-hari yang semakin sibuk, yang utama mesti didahulukan.



Nak ke resepi kek ni?.....Mix Berry Cake la kut ye, mula2 nk letak nama apa pun tau, sbb tak ikut sepenuhnya resepi asal. Ida buat kek sponge je ikut resepi asal, mmg lembut dan gebuss kek ni, sebelum2 ni buat kek span b'ovalette ni kadang2 jadi kadang2 tak jadi maybe resepi sebelum ni ada serbuk penaik kut, so resepi dr dapur K'Jun ni tak perlu serbuk penaik....mmg menjadi ......tang krim tu taram sendiri, tambah mix berry jam kt krimnyer. Pas tu deco hodoh2 jer sbb nk cepat, dah lewat mlm masa tu....

Sumber : K'Jun( Cup Cake Kasih..resepi asal kek Berkastard Pic )...thanks a lot ye kak

Kek Sponge

Bahan-bahan :

  • 5 biji telur
  • 150 gm gula kastor
  • 120 gm tepung gandum
  • 10 gm ovalette
  • 80 gm mentega cair....dr 100 gm mentega ida cairkan
  • Ida tambah 1/2 sd teh garam
Cara-cara:

  • Masukkan gula & telur ke dlm mangkuk. Pukul kembang & ringan
  • Tambahkan tepung sedikit2...ida ayak tepung ke dlm adunan telur...masukkn juga garam
  • Masukkan pula ovalette, baru adun sebati/pukul sehingga kembang dan gebu...adunan nmpk putih
  • Masukkan butter cair....kacau sebati dgn spatula
  • Bakar di dlm oven yg dipanaskan terlebih dahulu. Ida bakar dlm suhu 180 C selama 38 minit.
Bahan krim:

  • 600 mls whipping krim..hari tu pakai 400 mls, cam tak cukup
  • 7 sd bsr gula halus atau boleh juga letak gula aising
  • 1/4 sd teh garam
  • Mix berry jem secukupnya
Cara-cara:
  • Potong kek kpd 3 lapisan...kalau boleh pakai pisau pemotong kek yg panjang
  • Campurkan semua bahan kecuali jem ke dlm mangkuk...pukul kembang dan sedikit pekat>>jangan terlalu pekat
  • sapu krim di lapisan kek paling bawah, kemudian sapu rata mix berry jem pula ke atasnya....letak lapisan ke-2 ke atasnya. Lakukan perkara yg sama .
  • Sapu rata krim keseluruhan kek. Hias ikut selera dan kepandaian masing2 ye.
  • Untuk lapisan paling atas, sapu juga jem rata, corakkan dgn spatula kecil dgn lorek-lorekkn. Hiasan...ida letak sikit chocolate snickers yg dicincang...apa yg sempat jer masa tu