My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Monday, June 6, 2011

Mee Udon


Udon salah satu jenis mee yang terkenal di Jepun.............ia dibuat daripada tepung gandum, garam dan air sahaja, ia dihasilkan secara manual /diproses dgn menggunakan tgn sahaja dari mula menguli sehingga membentuk urat-urat mee. Teksturnya besar sedikit dari mee biasa. Udon dipasarkan jenis kering, basah ( fresh ) dan ada juga yg frozen. Keenakan rasanya telah memikat selera kami sekeluarga serta kawan-kawan yang merantau di sini. Makan panas2 sedap sangat, nak2 musim sejuk hari tu.
Kerap juga kami makan udon ni di restoran Jepun sini. Tapi tak semua restoran udon yg kami boleh makan, hanya beberapa sahaja. Jadi kali ini, ida cuba sediakan menu udon ni kat rumah. Rasa dh dekat2 sama cam kat kedai, cuma tang tempura tu..tak pandai nk buat crispy cam yg kat restoran.


Set di atas merupakan salah satu cara mee udon dimasak/dimakan. Nak sediakan set udon seperti kat atas, ida hanya beli mee udon basah, untuk buat sup dia, ida hanya menggunakan perencah udon segera, lain-lain bahan semasa menghidang seperti dalam gambar kat atas tu...ada daun bawang, keropok/serdak tempura ( beli juga ), fish cake (dibeli) dan gorengan tempura ( cth udang, ikan, keledek, lotus dll ). Kalau gorengan tempura yang kami makan bersama udon kat restoran sangat crispy......kalau yg buat sendiri kenapa tak jadi cam gitu erk. Nak hasilkan original soup dia tak pandai, banyak bahan juga diperlukan.




Yang kaler pink tu lebih kurang fish cake jer la ( dibeli juga ).....nmpk menarik dgn kaler sebegitu, budak2 pun suka.

BAHAN:
  • 4 pkt mee udon basah
  • 3-4 pkt kecil perencah sup udon
  • 2000 mls air
  • Tambahan garam secukupnya
  • 1 pkt keropok/serdak tempura
  • Daun bwg secukupnya....dipotong halus
  • Serbuk cili kasar
  • Fish cake...dihiris nipis
  • Gorengan tempura..cth udang,ikan, lotus, keledek dll.....ida tak letak resepi tempura ni, sbb masih tak pas buat

CARA:
  • Masukkan air ke dalam periuk, tambah perencah udon...didihkan, kalau kurang masin tambah garam sbb ida tak bubuh banyak perencah
  • Basuh sedikit mee udon dan celur sedikit dengan air panas
  • Sediakan bahan2 lain
CARA menghidang:
  • Sendukkan kuah sup secukupnya ke dalam periuk lain yg kecil, ambil sedikit mee udon..agak2 utk satu mangkuk, masukkan ke dalamnya..didihkan sekejap supaya kuahnya mesra dgn meenya. Jika suka, boleh pecahkan sebiji telur....biar sekejap.
  • Kemudian tuang ke dlm mangkuk.
  • Hidangkan panas2 bersama serdak /keropok tempura, gorengan tempura, daun bawang, fish cake dan tabur serbuk cili yg kasar



10 comments:

Nuwairani said...

assalamualaikum kak ida...sy pernah makan mee udon sekali masa melancong ke hokkaido tahun lepas.rindu betol nk makan lg...

cik norai said...

wah bole bukak ida ichiban udon hehehe..pasti sume serbu!!

Juwita Jamaludin said...

Ida... Ita sekeluarga pun suka udon dan soba.. Mknan paling mudah dan ringkas..

ijayuji said...

Salam kak! kita sukeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee sgt makan udon!kalau g luar mesti nak order udon :D sedapnyer!

kasihredha said...

ida
suka mangkuk ida tu.. :)

K.zai said...

salam ida..pekabo..moga ida sihat2..
slmt kembali berblog...akak ni tgh angin'M' melanda...sedapnye tgk mee udon tu

Unknown said...

uishhh sedapnya kak....suka hirup kuah tu slurppp:)

CT Delima said...

As'salam Ida

salam kenal dari kak ct. datang terus dari blog Maira. belum pernah merasa mee udon, sangat unik penyediaannya. kalau dapat merasa mesti sedap ni kan.

Ida,Japan said...

airani....dh kena sekali udon ni, pasti nk lagi kn...bila ida balik m'sia, mesti rindu juga kt udon ni

norai...he.he.he, bole tutup restoran Ichiban udon kt Imajuku tu... ekekeee

Ita....betul tu ita, ringkas dan sedap

ika...ika suka gak erkkkk...sedapkn..walaupun sup dia rasa light jer, tapi sedap la...

k'kasih...mangkuk murah2 jer kak

K.zai....sihat aja kak, tinggal lama2 blog ni, takut b'hantu pulak...

nieza...kalau nieza dh cuba, pasti nk lg.

k'CT...mmg best kak kalau pekena mee udon ni..

zanafahmi said...

Assalam....mcm bunyi jawa je mee udon ni..hehe...tak penah mkn masa kt jepun dulu. Mesti anak saya suka kalau ibu dia masak sb dia tu perasan nak dok luar negeri!