My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, August 17, 2011

Kuey Toew Tomyam

Selamat menyambut Nuzul Al Quran buat semua umat islam di seluruh dunia.  Hampir 5 hari  ida tidak  ke udara, beberapa hari lepas ida teramat la sibuk krn ada satu misi yg ida kena buat. Alhamdulillah telah selesai dgn sempurna. Misi tu spt yg telah ida nyatakan sebelum ni, ida kena msk dlm kuantiti yg byk dari biasa utk M'sia grand iftar di masjid Fukouka pada Ahad lepas. Itu adalah pembahagian tugas yg harus dilaksanakan oleh setiap family M'sia. Terima kasih kpd hubby dan anak2 yg turut menyumbangkan tenaga dlm menjayakan misi tersebut. Mula2 ingat nak amik 3 hari jer cuti dr berblogging...tapi, apakan daya badan rasa letih, pas tu manyak kerja lain yg harus diselesaikan.....jadi hari ni baru sempat nk bukak kedai semula, tu pun tak sempat nak b/walking semua dapur kwn2......gomenne
Menu iftar beberapa hari lepas kt rumah pun tak semua ida sempat amik gambar. Pic ni pun dah malam2 baru sempat ambik gambar dgn hanya bercahayakan lampu shj. Tomyam mmg feberet ida & suami, smlm punya menu berbuka. Sebenarnya tomyam ni ida msk utk dimkn dgn nasi.......tapi ida ada rebus sedikit kuey teow kering. Ida mkn satu mangkuk kecil, no rice sbb dah rasa kenyang, hubby mkn satu mangkuk kecil & nasi serta lauk-pauk lain yg tak sempat amik gambar pun
Ok la jom intai2 resepi....

Bahan-bahan:( utk bahan2 sayur dan lauk2 boleh pelbagaikan sbb ida letak  mana yg ada kt dapur jer masa ni )

Kuey Teow kering direbus @ yg basah dicelur seketika......ditoskan
Kuah Tomyam
Bahan kisar:
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/4 labu bawang besar
Bahan hiris:
  • 1/2 inci halia
  • 4 hiris nipis lengkuas
  • 4 ulas bwg putih
  • 1 labu kecil bwg besar
Bahan lain:
  • 2 sd teh serbuk cili @ boleh letak pes cili  kering
  • 2 sdb pes tomyam
  • 1/2 sdb gula
  • 1/4 biji lemon..perah air ke dlm kuah
  • 6 biji cili api....diketuk @ dibelah tanpa putus
  • 2 keping boneless chicken...didadu
  • 10 ekor udang @ lebih
  • 1 pkt cendawan 
  • 1/2 btg carrot...dipotong nipis
  • 1/4 biji bunga kobis...dipotong
  • Tomato..kali ni ida tak letak
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 batang serai@ lebih.....diketuk
  • garam secukup rasa
  • Air sabagai kuah secukupnya
Cara-cara:
  • Tumis bahan kisar hingga sedikit kekuningan & naik bau.
  • Masukkan serbuk cili dan pes tomato serta 1/2 cwn air.......tumis sekejap
  • Masukkan isi ayam dan sedikit air......didihkan sekejap hingga daging ayam empuk
  • Tambah air sebagai kuah secukupnya, masukkan bahan hiris kecuali bwg besar, carrot, serai serta daun limau purut...didihkan
  • Selepas itu masukkan semua bahan lain kecuali udang, bila sayuran dh hampir empuk baru masukkan udang dan bawang besar...didihkan seketika shj
  • Perasakan garam dan angkat
  • Kuah tomyam sedia dimakan bersama kuey teow @ di makan bersama nasi putih

14 comments:

AI said...

- wahhh ida...ni mmg la sgt sedap....hmmmm yummy...

nonierahman said...

kak ida kecur tengok koteaw tomyam kakak :)

ijayuji said...

Salam kak ida!! Misss uuu too!!!! Klu akak penat 5 hari, kita pulak terbongkang sebulan agak yer pheewww byk tu kak nk masak mak kita pun klu rewang2 kenduri yassin paling ramai pun cuma 30 org itu pun mak aiiiiii penatnyerrrrr kita tukang tgk jerr hihihi..... Tom yum mkn dgn nasi sedap! Kita suke letak nasi dlm kuah ton yum yg penuh tuu sedap!!! :D blogwalking tu sok lusa ok kak, rehat dulu ya :)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

akak kuey toew beli mana ek??
sedapnyer terlioq tgk
teringat kuey toew tomyam bamboo pekan rabu uwaaa

MOKCIK AZWA said...

I love tomyam...yummyyyy

tun_telani said...

waaahhhhh.... nmpk sgt sedapppp!!

ady said...

as-salam ida
wahhh..kat sini ada kuey toew tomyam ya.... one of my son favourite ni..menyelerakan ida tomyam tu..

kasihredha said...

sedapnya ida..
ada udang lagi..perggh

Amie said...

wah...! kakak langkah kanan ni... datang sini terus dapat hidangan tom yam...sedapnya dik!

Ida memang kena rehatkan badan, dah penat buat itu ini mesti cari tenaga kembali, dan cukup rehat barulah boleh buat kerja dengan sempurna... iya tak dik?

Nuwairani said...

di jepon pon ada kuey teow...teringinnya nk makan tomyam..tp belom tercapai lagi...

Acik Erna said...

assalam ida..akak pun suka..cuma biasanya guna beehoon..tak pernah lagi guna koey teaw

Juwita Jamaludin said...

salam kak ida.. amat berselera sekali nampak gambar tu kak sedap je.. lama tak makan tomyum.. suami tak gemar sangat tom yam..

Dolabuy replica said...

navigate to this website gucci replica read the full info here bags replica gucci click here for more replica designer backpacks

Anonymous said...

golden goose sneakers
goyard bag
bapesta shoes
off white outlet
golden goose clearance
kyrie shoes
off white outlet
off white outlet
paul george shoes
hermes bikrin bag outlet