My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Sunday, October 30, 2011

Tulang Masak Jintan Berempah

Salam di hari Isnin.....semoga semuanya ceria2 selalu. hari ni ida cuma nak n3 satu lauk yang entah bila buat pun ida dah lupa, bila tengok ada jus tembikai yg tumpang possing sama..sah ni menu masa summer hari tu, sbb skrg tembikai dah tak der. Menu masa ramadhan hari tu pun ye gak kut....entah la, mmg dah lupa. Tak kisah la bila punya menu kan, resepi ida nk share gak kat sini.
Resepi tulang masak jintan berempah ni tanpa santan ye......lemak2 yg keluar dr tulang2 tu rasanya dah memadai bagi ida. Emmmm..rasanya? Lazat hingga menjilat jari..he..he. daging pun ida biasa masak cam gini, pun sedap gak...sesiapa nak tahu sedap tak sedap..kena la cuba sendiri ya.


A)Bahan-bahan:
  • 1 kg tulang lembu yang banyak isi
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 1/2  labu bawang besar*
  • 1 inci halia*
  • 4 hiris nipis lengkuas*
  • 2 sd besar serbuk jintan putih
  • 1 sb serbuk jintan manis
  • 1 sb serbuk rempah ketumbar
  • 1 sk serbuk cili.....boleh lebihkan
  • 1/2 cawan air asam jawa / secukup rasa
  • 1 sb gula
  • 2 batang serai.....diketuk
  • Garam sucukup rasa
  • Air secukupnya sebagai kuah
  • 3 biji kentang....dikupas dan belah 4
  • Sedikit minyak utk menumis
B) Bahan tumis:
  • 3 ulas bawang putih....hiris nipis
  • 1/2 inci halia ....hiris nipis
  • 1/4 labu bawang besar..hiris nipis
  • 2 batang kecil kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum cengkih
Cara membuatnya:
  • Tulang dibasuh
  • Kisar bahan bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak, tumis bahan B / bahan tumis hingga naik bau dan sedikit garing
  • Masukkan bahan kisar *, serbuk jintan2, ketumbar dan serbuk cili......tambah 1/2 cawan air dan tumis hingga rempah betul2 masak.
  • Masukkan air asam jawa, gula, serai dan sedikit garam dulu....kacau
  • Masukkan tulang lembu dan 2 cawan air.....kacau sebati dan renehkan selama 20 minit supaya rempah mesra dgn tulang tadi.
  • Tambah air secukupnya sebagai kuah dan didihkan sehingga tulang separuh empuk, baru masukkan kentang ( kuah jangan terlalu cair, nanti kurang sedap )...teruskan memasak.
  • Sedia dihidangkan. Sesuai dihidangkan bersama nasi berperisa atau nasi putih sahaja.

9 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Ida nampak sedap.terasa nak cicah roti la...

Unknown said...

Assalam Ida, akak rasa (tgk pd resipi) lebih kurang mcm lauk nasi dagang je. Cuma tak guna santan kan? Ada masa kalau beli tulang nanti akak nak cuba.

quinnie said...

kak ida..tengok dari bahan dah tau gulai ni bes...hehehhe..sebab saya selalu masak opor or gulai lemak..memang suka letak jintan2 macam ni..cuma tak pernah tumis dgn rempah 4 serangkai tu..nanti nak cuba..kebetulan ada daging tetel kat rumah...bila2 nak masak cam gini pulak...:)

ady said...

as-salam
hari ni resepi kat blogger2 semuanye handal2 dan sedap2..termasuk yg ni tulang masak jintan berempah..mmg betul kat puan ros tu cicah dgn roti sedap..

Mieza said...

Kak Ida..mieza suka tulang dimasak sebegini..kalau dikelantan kita panggil namanya Gulai Darat..sedap gulai mcm ni..suker..cicah dgn roti pun sodap!

Anonymous said...

mak aih...selalunye kite kalau tulang wat sup aje..tp nih memang besh dan mantop resepi dia..tq sbb sudi kongsi resepi ni...tak kisah laa menu lama pun :)

Amie said...

terbau rempah jintan dari jauh..... ooooh sedapnya tulang masak jintan...teringin nak makan tapi malas nak masak... tumpang semulut ye Ida, ubat kempunan...hu hu huuuu

Asmara said...

mesti sedap, byk rempah2 ni. balik2 daging tu buat masak sama je. hehe.. boleh cuba la resepi akak ni. :D

Mamasya said...

Sup pekat berempah.....sedap cicah roti ni....