My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Friday, December 2, 2011

Bentou Nasi Lemak

Salam buat semua........jenguk2 jer pun tak per..sebab tuan dia tak leh toleh kanan kiri dah ni...sbb nak cepat. Quick update la kira ni....b'kepuk2 lagi dlm hard disk sana nun...bila nak abiss update ni...asyik sibuk jer ida ni,
Bentou nasi lemak/pek set  nasi lemak ni adalah salah satu aktiviti ida pada bulan ramadhan yang lepas. Story dah lama...baru sempat nak update. Saja ida nak tempek kat sini sebagai kenangan. Rasanya 15 pek set nasi lemak yang ida sediakan utk iftar kat masjid pada satu hari tu..tarikh dah lupa. Orang lain dan negara lain ada sediakan juga. Menu ikut citarasa masing2. Ida buat nasi lemak, salah satu menu popular negara kita.
Set nasi lemak yang ida sediakan ada ayam goreng berempah, sambal telur puyuh tak pedas, telur dadar warna-warni, timun beserta nasi lemak putihnya....meriah tak nampak?? Resepi untuk nasi lemak sahaja sama macam kat bawah, untuk ayam goreng berempah dan sambal telur puyuh kurang pedas....ida belum sempat nak update kat sini lagi....bila2 ida free, insyaAllah ida tulis.
Alhamdulillah kenyang orang yang berpuasa hari tu dapat makan bentou ni.........






Bentou nasi lemak kat bawah ni pulak, ida buatkan untuk kawan kami Intan dan Jai yang baru sampai ke Jepun bulan September hari tu...cerita dah lama jugak. Tiga pek jer, cukup untuk mereka satu family. Buat lebih, sbb nak kasi adik2 bujang dua orang yang turut sama sambut kedatangan mereka.

Nasi lemak bersama sambal bilis, chicken tempura breadcrumb dan pelengkapnya yang lain. 
Untuk resepi 'Chicken Tempura Bread Crumb' boleh klik SINI k.......

NASI LEMAK


Note : Beras jepun tidak memerlukan sukatan air yg banyak sms memasak

Bahan-bahan:
  • 5 cawan beras jepun ( ida guna cawan/cup khas periuk nasi elektrik )
  • 2 cawan santan pekat dlm tin......kalau ada santan fresh lg sedap
  • 3 cawan air
  • 3 sd teh garam
  • 1 1/2 sd teh gula
  • 2 helai daun pandan
  • 3 ulas bawang putih diketuk
  • 1/2 inci halia ......dipotong 2 dan ketuk

Cara--cara:

  • Basuh beras 2x di dalam periuk nasi elektrik.
  • Keluarkan air basuhan beras.
  • Masukkan santan, air, garam, bawang putih dan halia serta daun pandan yg disimpul.
  • Masak nasi seperti biasa...

RESEPI SAMBAL BILIS:
  • 1 cawan ikan bilis ( ida pakai ikan bilis M'sia )
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 labu bawang besar* ...kalau nk tukar kpd bwg merah pun boleh
  • 4 hiris nipis halia*
  • 1/2 labu bawang besar..dihiris/didadu ( optional )
  • Sedikit belacan...lebih kurang sebesar ibu jari
  • Sedikit air asam jawa
  • 4 sd bsr cili kering kisar
  • 1 sd besar gula @ secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa ( optional )
CARA:
  • Kisar bahan yg bertanda *
  • Panaskn minyak dan tumis bhn kisar hingga naik bau dan sikit garing
  • Masukkan cili kisar, tumis hingga masak
  • Masukkan bahan2 lain tambah sedikit air supaya tidak hangit..tumis hingga masak
  • Masukkan ikan bilis dan masak seketika..jika terlalu kering tambah sedikit air panas
  • Perasakan garam secukupnya dan tutup api

17 comments:

Kamalia said...

Salam k. ida..sedapnye pepagi ni nmpk ns lmk dgn aym gorrng rempah tu..terliur..hehe..akk beli mn telur puyuh tu?mmg ade jual kat sini ye, sy mmg xtau..
nnt nk cuba aym tempura bresdcrumbs akk.;)

Gee® said...

aww!! nasi lemak yg gojes... cantek & mengancam...

Cheq Sue said...

alamak...dapat nasi lemak camni sayangnya nak makan... haishhhh

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Rajinnyer akak buat bento byk gituew
Sedap sgt nampaknya

Lia::lia Selalu kt supa Ada jual kt bhgn telur Ada supa yg letak kt peti sejuk...10biji ¥100 jer rega ikut supa...fav darl tu ngeeee

Liza said...

salam ida...tetiba jer terasa lapo tgk nasi lemak ni....hhihihi

Amie said...

Salam Ida,
memang meriah sungguh bentou nasi lemak yang ida sediakan...cantik! sayang nak makan...

Amie said...
This comment has been removed by the author.
Asmara said...

akak! cantiknya bento! pagi2 ni terasa nk mkn nasi lemak pulak. hehe.. curlast telor dadar bewarna tu. :D

rahel said...

Salam Kak Ida...memang best betul nampaknya bentou nasi lemak tu..cantik je kaler sia..segar nampak.

tun_telani said...

kak ida!! sangat omey bentou nasi lemak itew!!!

dZana said...

meriahnya nasi lemak ida ni.. btuah sapa yg dpt bentou ni.. murah rezeki beri kwn2 mkn..

Mamasya said...

Aslmkum Ida

Mmg meriah nasi lemak Ida sediakan...dgn ayam..sambal telur....packingpun nampak menarik...
moga terus murah rezki Ida

Acik Erna said...

Assalam ida..cantiknya packing nasi lemak tu..menarik..bertambah sedap la nasi lemak ida..

JaSSNaNi said...

assalamualaikum ida.. sedapnya nampak nasi lemak ni, nani pun dah siap beli barang2 nak wat nasi lemak utk esok, nak gi picnic bawa anak2.. dah cuti sekolah kan.. :)

Mieza said...

Nasi lemak ni siap ada telur dadar kalerful gitu terasa sayang nak makan la ida..kalau mieza dapat pek ni mau mieza tenung2 mabik gambar dulu cium2 dulu baru ngap hehee..bagusnya ada aktiviti mcm tu kat jepun nun..dedulu kat usa umah biasa diconvert menjadi masjid..ramai pelajar malaysia sembahyang kat situ..masjid mmg tak ada kat tempat mieza tu..bila raya sembahyang ramai2 kat stadium dengn jemaah islam dari negara lain juga :)

Zam said...

perggghhh~ terbaik la kak! huhu
ni ngidam mkin kuat nih

Unknown said...

o0k20r1q00 q4k87a6u93 l4i89p5s08 q3t59z8h73 z3h16f4v36 d2i99t0q59