My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Thursday, December 1, 2011

Donut Keledek ...dari dapur K'Nor SG

Assalamualaikum....dan slm sejahtera.....
Resepi intai kt dapur K'Nor Secubit Garam......mekasih banyak2 yer kak....donut yang ada rasa keledek, sedapp, lembut  hingga keesokan harinya. K'Nor olah dari resepi donut kentang Ros Jintan Manis katanya.
Mekasih banyak2 kepada dua2 pun. Izinkan ida cnp  & share resepi kt sini k.Tak boleh citer panjang2 sbb jap lagi nak gi kelas nihongo/kelas bahasa Jepun.
Mekasih banyak2 kpd yang berkunjung ke sini......sekadar jenguk2 tak komen pun tak per k..sbb tuan dia tak sempat nak buat BW.....Sibukkkkk
Rupa donut ida yg tak berapa cantik dan tak sekata sebab bentukkan guna tangan jer ni, .....puas cari mana peginya donut cutter tu menyorok he..he


sumber: K.Nor@SecubitGaram
Olahan K'Nor dari resepi Donut Kentang Ros Jintan Manis


Donut Keledek
Bahan-bahan:

  • 500 gram tepung gandum...ida guna t.roti
  • 200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit)
  • 200 ml air suam ~ ida letak 150 mls jer sbb guna tepung roti
  • 3 sudu besar marjerin
  • 3 sudu besar gula ~ gula dikurangkan sket sbb keledek dah ada rasa manis
  • 3 sudu kecil yis ~ lain kali nak kurangkan sket ( ida letak 3 sk )


Cara membuatnya boleh rujuk cara buat donut kentang di bawah



Resepi asal Donut kentang Ros Jintan Manis

DONUT KENTANG

by Ros Jintan Manis
sumber: K.Nor@SecubitGaram


Bahan-bahannya
  • 250 gram tepung gandum 
  • 80 gram kentang yang telah direbus dan dilenyek ( lebih kurang 2 biji kentang saiz kecil) 
  • 2 sudu besar susu tepung/skim milk 
  • 1 biji telur ( dipukul sedikit) 
  • 80/90ml susu segar boleh ganti dengan air suam 
  • 1 1/2 sudu besar marjerin 
  • 2 sudu besar gula 
  • 4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil) 
( susu tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti donut meresap minyak bila digoreng.)

Caranya.

1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.

2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.

3.Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.

4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..
Donut yang sedap dan lembut hingga ke esok hari........ada rasa keledeknya.

9 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Gebu nyer donut akak
Dah sua plate ni
Bufday gurl nk mkn ngeee

Chik Mimi said...

best ni ida akak pun duk kiv aje rcp ni belum try lagi

Amie said...

oohh...baru makan tengahari, rasa lapar pulak tengok donut keledek yang comel ni... tapau 3 biji ye Ida, buat minum petang nanti.

Ayu said...

Assalam ida, memang nampak lembut donut ida nii..anak2 mesti suka donut ni kan ida..

ucubakery said...

pagi tadi ucu singgah di hidangkan bihun sup utara...
ni petang dah ada meu donat pulak...
kalaulah dkat ..hari2 ucu kenyang x payah masak...tinggal hantar pingan jer...

Mieza said...

Ida, kalau buat guna tgn pun cun melecun mcm ni donut ida..kalau guna cutter tatau la mieza nak describe mcm mana lagi...dah lama mieza tak mendonut..mak dan anak mieza yg no 2 tu suka sgt dgn donut..

Ida, beshnyer ida ikuti kelas bahasa jepun...mieza ni tahu pertaka arigatokuzaimas je la..tu pun sbb pernah tgk citer jepun dedulu hahahah

kasihredha said...

nampak gebu...sure sedap

rahel said...

Selamat malam Kak Ida..
cantek je kaler donut tu..teringin jugak nak try tapi belum ada ubi keledek lagi...

nide said...

s8a72s5r18 w8o76q6e01 h7d27m3f07 c7u08c8h34 l3s31y6n36 x2q68b3w37