Nasi daging ni dah jadi feberet hubby.......byk kali jugak dah buat. Resepi asalnya hasil skodeng kat blog Kak Nor Secubit Garam. resepi asal dari Dayang Jack.. TQVM kak Nor & kak Dayang ye..Sorry errkk....pic ni pic dah lama benor perap, bawak dari jepun lagi ni....jauh tu. Buat kt mesia tapi malas nak amik gambar molek2 huhuuu.....baru teringat, ada rupanya gambar lama ni.
mekasih byk2 kpd yang masih sudi singgah kt sini...tuan dia ni bz aje
NASI DAGING
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang
sumber : K.Nor@SecubitGaram
bahan-bahan : 4 orang makan
bahan A :
3 pot kecil beras Basmathi (direndam 3 jam)
250 g daging batang pinang (dihiris nipis atau dipotong kiub)
2 sudu makan serbuk rempah kurma (dibancuh dengan sedikit air)
2 helai daun pandan
80 ml susu cair
1 sudu makan puri tomato...ida letak buah tomato didadukan sebiji
2 helai daun limau purut
garam secukupnya
1 sudu kecil gula
1 sudu besar minyak sapi
Ida tambah carrot
bahan B :
5 biji bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
1/2 inci halia (dikisar)
1 sudu kecil jintan manis
rempah 4 sekawan (kulit kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang)
1 batang serai (diketuk)ida tambah sedikit daun ketumbar
Cara-cara :
Panaskan minyak sapi di dalam periuk. Tumiskan bahan-bahan B hingga wangi.
Masukkan pes kurma dan puri tomato. Tumis lagi hingga garing dan pecah minyak.
Kemudian masukkan daging, daun pandan, garam dan gula. Kacau rata-rata.
Masukkan air secukupnya dan masak hingga daging empuk (pastikan air rebusan daging sama dengan sukatan beras Basmathi...agak-agaklah yer)
Masukkan beras. Perlahankan api. Masak hingga nasi hampir kering. (boleh juga dimasak dengan menggunakan rice cooker selepas menumis bahan)
Tuangkan susu cair dan daun limau purut. Kacau perlahan-perlahan hingga rata dan sebati. Biarkan nasi masak sempurna.
Taburkan bawang goreng dan sedikit daun hirisan daun ketumbar pada nasi dan hidangkan bersama air asam serta lauk berkuah jika suka.
Bahan Air Asam
bahan-bahan : 4 orang makan
2 biji bawang merah (dihiris)
1/2 labu bawang besar (dihiris)
1 biji tomato (dihiris dadu)
8-10 biji cili padi (dihiris)
2 biji cili merah (dihiris)
1 cawan air asam jawa (-/+)
sedikit serbuk belacan atau belacan bakar
sedikit garam, gula dan jus limau nipis/kasturi
Cara-cara :
Satukan semua bahan dan kacau sebati.( separuh ida blend, separuh hiris )
Hidangkan bersama nasi daging.
10 comments:
Sedapnyaaaa....
Mmg favourite mak ayah akak ni sebenarnya, maklum mak orang Penang, selalu la buat, dah jadi resepi keluarga jgk... Kadang2 tu kalau kenduri kecil2 kami masak ni jer senang, ringkas. Yg penting, sambal tomato asamnya mesti terangkat! Kalau ikutkan kenduri kendara sebelah Penang sana, biasa diaorg letak kerisek dlm sambal tomato tu..adik ipar akak pun terror wat dia punya sambal tu sbb paknjang dia tukang masak nasi ni bila kenduri-kendara kampung...hehe
mmg nmpk sedap nasi daging ni...
jauh dtg nasi ni.. dr jepun ye.. hihi..
sedap nmpk gn sambal n ayam tu.
Assalam ida
Selamat kembali..
Menu sedap ni emmm suka daging akak ni. He hee
Assalam ida
Selamat kembali..
Menu sedap ni emmm suka daging akak ni. He hee
salam
wow!!!dah lama tak update blog...berselera npk nasi daging tu ida...
waduh daapnyer..akak nak gak sepinggan!
It was extremely all around composed and straightforward. Not at all like different online journals I have perused which are truly not that good. Thanks a lot. Find out who was born on any day in any month in history via our calendar of famous birthdays. Includes famous, historical, noteworthy and Celebrity birthdays.
Do you know that there are Best Thin Gaming Laptop under 2000 throughout the internet? Of course, you can get a chromebook under the price of 300 dollars.
Post a Comment