My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, October 12, 2010

Tiramisu Biscoti with Blackcherry Jam

Salam buat semua...apa khabar? Tuan rumah ni sebok je...dapur ni dah 1 minggu tak berupdate....3 hari cuti ni pun penuh ngan aktiviti..hari Ahad anak2 ada undokai ( sukan tahunan ), hari semalam lak aktiviti makan angin. Resepi yg sedap, senang dan cepat...tiramisu yang hanya menggunakan biskut. Salah satu menu yg dibawa ke tempat sukan anak2.


Kepada sesiapa yang tak pernah tengok biskut khas untuk buat tiramisu biscoti ni..ni lah dia biskut lady finger...

Resepi intai kat umah Hana....cuma ku tambah blackcherry jam sikit. Time kasih ya Hana...ida letak resepi kat sini pulak


Bahan-bahan :
  • 250 gm cream cheese
  • 200ml whipp cream
  • 1/2 cawan gula
  • 1 sd makan serbuk nescaffe
  • 1 cawan air panas utk bancuh nescafe
  • 1 pkt biskut lady finger
  • Sedikit jem blackcherry
  • Sedikit serbuk koko untuk hiasan

Cara-cara :( ida pakai tulih ikut ayat ida je ni )

  • Di dalam cawan, bancuh nescaffe bersama air panas tadi
  • Satukan cream cheese, whip cream dan gula.......pukul sehingga kembang dan gebu
  • Aturkan biskut satu lapis penuh menutupi dasar bekas 4 segi lebih kurang 20 cm / boleh juga siap2 disusun lapis di dlm cawan lutsinar...nanti kalau nak mkn ambik je sorang satu cwn
  • Renjiskan sedikit air nescaffe/ikut Hana... spray air nescaffe tadi ke atas biskut yang di atur. Cara asal celup biskut ke dlm air nescaffe...TAPI biskut ni senang lembik. Kalau air nescaffe tu tak dihabiskan pun tak per, takut terlembik sgt biskut tu karang.
  • Sapu sedikit jam blackcherry ke atas biskut dan kemudian sapu adunan cheese.
  • Ulangi langkah yang sama untuk lapisan yg seterusnya.
  • Setelah sudah siap, tutup bekas dengan cling film/plastik dan simpan di dalam peti ais agar adunan cheese mengeras sedikit
  • Apabila hendak hidang, baru tapiskan kat atas dengan serbuk koko.


5 comments:

ijayuji said...

Salam kak ida! alaaaaaaa..kenapa akak punyer ada jam2 niiiiiii, mesti lg sedap! kita pun buat jugak tp tak de jam hihihi...

Ida,Japan said...

ika..len kali buat bole buh jem lak...cari jem yg dlmnya bertekstur buah..mmg sedap..apa2 jem pun bole

Nuridah said...

Salam ida,

knur suker apa2pun yang ada perisa tiramisu...nampak sedap biscoti tu
untuk afternoon tea mmg sesuai sangat
sangat.

yatie chomeyl said...

dah siap buat...lo ni tgh buh dale peti..harap2 esok dapat lah make dengan oissyiiii nyo hehe

Ida,Japan said...

Tiey...dah siap uat doh...laju sungguh...mmg la oihiii