My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, August 3, 2011

Nasi Ayam Hainan


Salam 4 ramadhan buat semua......baru kesempatan n3 menu berat juadah berbuka, ini pun menu 2 hari lepas. Senang dan sedap serta digemari seisi keluarga. Apa2 jenis nasi ayam mmg takkan ditolak oleh family ida, terutama anak2.
Pernah ternampak sebelum ni K'Nur ( My Little Kitchen ) dan Ita ( Juwita Fariz and Family ) buat, tak pernah buat nasi ayam style ni, yg beza cuma ayam tidak digoreng dan penambahan minyak bijan dicampur ke dlm kicap / dititikkan ke atas ayam. Ida buat mcm k'Nur buat, letak minyak bijan dlm kicap TAPI ida buat kicap tu ikut sukatan sendiri jer. Untuk nasi dan sambal merah, ida buat cam lebih kurang sebelum ni, boleh klik SINI cuma ada adjust2 sikit.
Kalau tak boleh tgk resepi dari dapur K'Nur dan Ita. Mekasih byk2 kpd dua2 pun sbb bagi idea.

Resepi Nasi Ayam Hainan/Hainanese Chicken Rice


BAHAN-BAHAN:

AYAM
  • 1 1/2 ekor ayam bersaiz kecil sume seberat 1.5kg
  • 3 ulas bawang putih.....diketuk
  • 1 inci halia..dipotong 2 dan ketuk
  • Sedikit garam
  • 2 ulas bawang putih tanpa diketuk ( utk kicap )...direbus bersama ayam
  • Air lebih kurang 3 liter
Cara-cara:
  • Seekor ayam dipotong 4 dan dibersihkan
  • Rebus ayam bersama semua bahan lebih kurang 30 minit.
  • Asingkan ayam ke dlm periuk lain bersama sedikit air rebusannya ( ayam tak perlu digoreng utk nasi ayam hainan ni)
  • Air rebusan nanti akan digunakan untuk masak nasi dan utk buat sup.
#BAHAN menumis utk nasi dan sup ( ida tumis sekali dan bahagi utk nasi & sup nanti )
  • 3 kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 8 biji buah pelaga
  • 6 kuntum bunga cengkih
  • 8 ulas bawang putih...dihiris nipis *
  • 1 1/2 inci halia...dihiris halus*
  • 3/4 labu bawang besar..didadu*
  • Minyak secukupnya utk menumis
cara-cara:

  • Panaskan minyak, tumis bhn atas hingga naik bau dan sedikit garing...ketepikan
*psst : Tinggalkan sedikit baki minyak tumisan utk dicampur ke dlm sos cili dan sos kicap

NASI( beras ida campur beras basmathi + beras siam )
  • 2 cawan beras basmathi
  • 4 cawan beras siam
  • 7 cawan air dari rebusan ayam
  • 3 sd teh garam
  • 1 sd teh serbuk pati ayam
  • Ambil 3/4 dari bahan menumis kt atas ( termasuk minyak menumis secukupnya )
  • 1 sd besar marjerin
  • Kali ni ida tambah 1/4 sd teh serbuk kunyit
Cara-cara:
  • Basuh beras di dlm periuk elektrik / periuk biasa sebanyak 2x. Keluarkan lebihan air basuhan
  • Masukkan bahan tumisan serta minyaknya sekali secukupnya, garam serta serbuk pati ayam.
  • Masukkan marjerin dan air ikut sukatan dia atas...kacau
  • Masak nasi seperti biasa.
SUP
  • Lebihan air rebusan ayam
  • Balance bahan tumisan diatas # serta sikit minyak tumisan
  • Carrot dan kentang jika suka
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 sd teh serbuk lada putih
  • 1/2 sd teh serbuk lada hitam
  • 1 pkt sup bunjut
  • Sedikit serbuk perasa jika suka ( cth serbuk pati ayam / ajinomoto )
  • Sedikit batang saderi....dipotong
  • Sedikit daun sup/daun saderi yg dipotong....nk tambah daun bawang pun boleh
CARA-CARA:
  • Ambil lebihan air rebusan ayam tadi. Keluarkan 2 ulas bawang dari air rebusan ayam tadi, ketepikan dahulu utk ditambah ke dlm kicap.
  • Didihkan bersama sup bunjut serta halia ketuk. Tambah kentang dan carrot yg dipotong jika suka.
  • Masukkan bahan tumisan dan batang saderi ke dlm kuah sup, didihkan lagi sekejap
  • Perasakan garam dan tambah serbuk perasa.
  • Tabur daun bawang/daun sup semasa menghidang. Jika ada bawang goreng, boleh ditabur sama.
SAMBAL CILI( ida tak buat banyak sbb anak2 tak mkn sambal ni )
  • 4 biji cili merah* (utk kali ni ida guna capsicum 1 biji bsr)
  • 3 biji cili padi*
  • 1/2 inci halia*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/4 labu bawang besar*
  • 2 sd besar sos cili thai
  • 2 sd besar sos cili
  • 3 sd besar sos tomato
  • Gula dan garam secukup rasa
  • 2 sd besar cuka makan
  • Sedikit air ....lebih kurang 1 cawan
  • Kali ni ida tambah 1 sd bsr minyak dr bhn tumisan #
CARA:
  • Kisar bahan yg bertanda *
  • Masukkan sume bahan ke dalam periuk kecil
  • Masak sehingga sedikit pekat.
SOS KICAP
  • 2 ulas bawang putih dari rebusan ayam tadi
  • 1 sdb sos tiram
  • 1/2 cawan sup....boleh lebihkan atau kurangkan ikut kepekatan yg diingini
  • 1 sd teh gula
  • Sedikit garam jika kurang masin
  • 1 sd teh air lemon/limau nipis
  • 2 sdb kicap pekat ( kicap cair ida tak tambah sbb tak der )
  • 1 sd kecil minyak dari bhn tumisan
  • 1 sd teh minyak bijan ( ida tak letak banyak sbb baunya kuat )


CARA:
  • Lenyek hancur bawang putih tadi
  • Campurkan semua bahan..kacau sebati
  • Untuk tahan lama, panaskan sedikit di atas api.
BAHAN SAYUR
  • Daun salad
  • Timun
  • Tomato
Cara hidang: )
-Renihkan sekejap/panaskan ayam yg diasingkan tadi. Toskan dari air rebusannya.
-Letak ayam ke dlm piring kecil, kemudian baru curahkan sos kicap ke atasnya. Hidang bersama nasi serta bhn pelengkap yg lain.


13 comments:

anymz said...

sedapnya nampak nasi ayam tu.akak tak pernah buat nasi ayam hainan lagi da..teringin gak nak buat..nanti boleh buat versi ida..:)

kasihredha said...

akak pun tak pernah buat nasi ayam hainan...nasi ayam yg biasa tu je lah. Nanti nak cuba juga one day :)

Mamasya said...

Salam Ramadan Ida . sedapnya nampak set nasi ayam Ida. kalau nasi ayam biasa mmg favorit anak2 tp nasi ayam hainan belum pernah buat lagi....boleh masuk senarai.

MOKCIK AZWA said...

Nasi ayam hainan my feberet hehehe..semua resepi Ida ni feberet azwa la semuanya hahaha... cuma tinggal masak tak masak jer..terpulang pada kerajinan masing2 kan..hehehe..

i will try to masak this soonest...insyaAllah :)

Ummi said...

Ida...weeee sana sini tayang nasi ayam...xleh jadi nih...Azlita dgn nasi ayam madunya...Noorsha dgn nasi ayam Ipohnya...ni Ida lak nasi ayam hainan...haiiiyaaa...akak jd parah looorrr...hehe

ijayuji said...

Salam kak idaaa!!! sedapnyerr nasi ayam hainan! kita pun suke! sbb ada bau minyak bijan! tp nak buat mcm2 sambal dia tu yg RAJIN sikit :D Selamat berbuka kak!

AI said...

- mak dia org masak semua sedap...anak2 pon x tolak le...kankan

Juwita Jamaludin said...

salam kak ida menarinya nasi ayam akak.. lawa je rupanya makan tak toleh kiri kanan dah kak.. hihihihih

Amie said...

Selamat berbuka puasa Ida,
sukanya kakak dengan menu ini.... satu family suka, sebab ayamnya lembut & aroma minyak bijannya sungguh menggoda selera, dan satu lagi .... ini hidangan yang menyihatkan!

Nuwairani said...

singgah dapur kak nOOrsha tadi pon nasik ayam jugak...haih....pengaruh nasik ayam sampai ke jepon dh ha...bestnye kalau dapat bukak pose ngn nasik ayam ni...

quinnie said...

salam kakida....ramainye yg buat nasi ayam hari ni...giliran kita esok laks...hehehhe....sabar je la tengok menu semua org hari ni...hehehhe

Kamalia said...

Salam kak ida..sdpnyeeee..ns aym ni xpenah cuba buat sbb aym tu xgorengkn,so kalu nk guna aym yg jual kat sini mcm xbest jek..cntik sungguh prsentation akk nih..

Ida,Japan said...

terima kasih di atas komen2 yg amat bermakna ye....ida sgt hargai, cuma nak jawap satu persatu mcm tak sempat la...apa2 pun TQVM to all sudi drop sini, jika diizinkan , ida cuba jawap satu persatu...mmg sedapp nasi ayam hainan ni..ada rasa kelainan pada sos kicap tuu...anak2 mmg tak tolaknyer