My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Sunday, August 7, 2011

Pejeri Nenas Tanpa Santan


Salam 8 ramadhan utk semua.......menu pajeri nenas ni adalah salah satu pelengkap 'nasi jagung berempah beriani' yg ida n3 semalam. Resepi nasi jagung berempah kurma bole klik SINI


Bahan-bahan:
  • 1 biji nenas saiz kecil..dikupas kulit & potong ikut saiz yg diingini
  • 3 sudu bsr serbuk kari daging
  • sejemput ikan bilis*
  • 1/2 labu bawang besar@ 5 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 4 hiris halia*
  • 2 hiris lengkuas*
  • sejemput udang kering.....kisar halus semua bahan *
  • 1/2 keping gula melaka
  • 1 sd bsr gula pasir @ secukup rasa
  • 1/2 sd besar cili kering kisar(optional kalau nak lebih pedas..kali ni ida tak bubuh)
  • 1 sd besar kerisik
  • Garam secukup rasa
  • 2 batang kecil kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 inci halia dihiris halus
  • 2 ulas bwg putih dihiris nipis
  • 3 ulas bwg merah/1/4 labu bwg bsr dihiris nipis
  • Sedikit tambahan air semasa memasak.
Cara-cara:
  1. Panaskan sedikit minyak,tumiskan kulit kayu manis,bunga lawang,bawang,halia hiris,tumis hingga naik bau kemudian masukkan bahan kisar...tumis hingga kekuningan.
  2. Masukkan serbuk kari daging, tambah sedikit air dan tumis sehingga naik bau.
  3. Kemudian masukkan gula & gula melaka,garam secukup rasa dan kerisik...masak hingga mendidih
  4. Akhir sekali masukkan nenas.Masak sehingga empuk.Jika kuah sudah terlalu kering semasa memasak,boleh la tambah sedikit air panas.

Pajeri nenas adalah feberet yg amat asben ida.....

1 comments:

quinnie said...

salam kakida....saya suka makan pajeri sebab ia berasaskan kari...hehehhe...selalu jugak masak pajeri tanpa santan nih..senang keje...tapi rasa tetap sedap...hhehehe...dah lamanya tak makan pajeri nenas...:(