My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Friday, August 26, 2011

aidilfitri2011

Terimalah bingkisan dari Ida sekeluarga dari bumi sakura buat semua teman2 blogger dan pengunjung semua....Jutaan terima kasih semua di atas kunjungan ke sini dan Salam Aidilfirti. Jika ada terkasar bahasa, salah dan silap harap dimaafkan.Layannnnn......




Psst:Ida mungkin tak sempat berkunjung ke dapur/rumah teman2 blogger...minta maaf banyak2.Kad2 raya teman blogger mungkin ida tak sempat nak gantung kt sini....apa2 pun terima kasih dan ida amat hargainya....SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI .....MAAF ZAHIR & BATIN

Tuesday, August 23, 2011

Biskut Bebola Cornflakes.....bukan sibuk mengukisss pun

Salam sekali lagi.....lama tak nampak bukan sibuk mengukis pun. Entah la...lately rasa cam tak sempat jer nak bersiaran. Tadi baru entry 'Ikan bakar sumbat sambal ringkas' jom tengok tayangan perdana kukis pulak. Ini lah sahaja baru satu-satunya kukis yg tercipta di dapur ida  untuk tahun ini. Entah angin apa smlm....tiba2 rajin pulak mengukis. Ni pun dua anak dara yg tolong golek2 kan.
Resepi amik kat dapur kak Ummi, Kuantan. dah bgtau dia dah masa kt fb. Emmm...suka ngan kukis ni, senang, sedap dan ranggup. Sekali lagi maceh byk2 ye kak. Izinkan ida cnp resepi & share kt sini plak ye.
Emmm...entah ada lagi ke idak tayangan kukis kat sini,...... tengok kat dapur kwn2 yg lain, berjenis2 kukis dah. Kita ni mmg malas sikit ye buat kukis..entah la.

Pssst sekali lagi mekasih tdk terhingga kpd yg masih sudi ke sini...
 Jom la semak resepi.


BISKUT BEBOLA CORNFLAKES
Resepi:K' Ummi @ Home Sweet Home
Bahan:- (anggaran 70 - 80 biji)
  • 1/2 cawan butter 
  • 1/2 cawan gula kastor.....ida kurangkan sikit sbb cornflakes ida pakai dh disalut gula 
  • 1 biji telor
  • 1 sudu teh esen vanila 
  • 2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit).....ida letak sikit jer, habiskan stok yg ada 
  • 1 cawan tepung naik sendiri (diayak)....ida pakai tepung biasa & tambah 1/2 sdk baking powder 
  • 2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit) 
  • cawan kertas saiz kecil secukupnya 
  • Ida tambah kacang tanah goreng yg dikisar kasar ke dlm ramasan cornflakes
Cara Membuat:-
  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
  2. Masukkan telor dan esen vanila, pukul lagi hingga sebati. 
  3. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Gaul rata. 
  4. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata. 
  5. Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata. 
  6. Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.

Ikan Bakar Sumbat Sambal Ringkas

Salam ramadhan ke - 24 kepada semua umat Islam di serata dunia. Dah banyak hari tak ke udara....pejam celik2 dah masuk hari ke - 24 kita menjalani ibadah puasa. Putaran masa yang begitu pantas tanpa menunggu kita......yang harus kejar adalah kita.
Ida minta maaf byk2 sebab dah banyak hari tak update blog ni.....bukan sibuk buat kukis pun. Lately.......rasa cam tak sempat jer nak update. Bukak tenet pun kejap2 jer. Kunjung balas sebelum ni pun tak dapat dibuat semua...komen2 pun masih belum berjawab. Namun ida ucapkan terima kasih yg tidak terhingga di atas kunjungan semua
Ikan bakar sumbat sambal memang lauk kegemaran kami. Untuk kali ni, ida buat sambal dia secara ringkas sahaja.....dan kurang pedas, sesuai ukt anak2 ida makan juga. Bakar 2 ekor hari tu. Kadang2 ida letak juga serai dalam sambal tu....pun sedapppppp.
Resepi : Happy Cooking Time
Bahan-bahan :
  • 2 ekor ikan aji / lebih kurang ikan selar atau apa2 ikan yg sesuai
  • 3 biji cili merah....kali ni ida letak capsicum*
  • 4 biji cili padi.....kali ida letak 1/2 sdk serbuk cili*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1/2 labu kecil bawang besar / 5 ulas bawang merah*
  • 1/2 inci halia*
  • Sebesar ibu jari belacan*
  • 1 sdk gula *
  • Garam secukupnya *
  • 1/2 biji tomato didadu
  • Sedikit air lemon/limau nipis
  • Daun kunyit/daun pisang untukbalut ikan.....ida guna daun kunyit yg ditanam sendiri, pakai pun jimat2 jer tu
Cara-cara:
  • Ikan dibersihkan dan dibelah belakang tanpa putus
  • Lumur ikan dengan sedikit serbuk kunyit dan sedikit sahaja garam
  • Kisar bahan bertanda *
  • Tambah tomato dadu dan perah air lemon ke dlm bahan kisar....kacau sebati
  • Sumbat sambal ke dalam belahan belakang ikan dan balut ikan dengan daun kunyit @ daun pisang.
  • Bakar ikan hingga masak. Ida bakar dgn dapur gas .......dapur gas kat Jepun agak special sikit. Ia telah disediakan satu ruang di bahagian bawah tengah utk bakar lauk-pauk.
  • Atau boleh bakar dengan menggunakan kuali leper non-stick yang di sapu sedikit minyak.

Wednesday, August 17, 2011

Fruit Jelly

Salam kembali dgn tayangan jelly yg enak ini. Rasanya dah ramai mencuba fruit jelly resepi Yani kat  MyR dulu. Ida baru nak cuba. Tak berapa comei ahh......tapi boleh buat 'tipah tertipu' tau. Ida jadikan dessert berbuka 2 hari lepas. Ayat en.asben " Ngaper pelik buah oren ni " ha..ha..ha kan dah tertipu dah tu. Ayat ida " tu jelly la " dan bla..bla..............

Resepi korek kat dapur Kak Nor cayang. Resepi asal Yani kat MyR boleh tgk SINI. Ida ikut lebih kurang yani buat tapi ida doublekan adunan.. Anyway mekasih banyak2 pada dua2..Izinkan ida letak resepi kat sini pulak ye

FRUIT JELLY by Yani MyR( boleh ikut cara asal yg ni @ cara K'Nor kt bawah )


Bahan-bahan ( 2 orang ) ida doublekn resepi kt bawah 
  • 2 biji limau- large size ( ida guna oren ) 
  • 4g serbuk agar-agar 500ml air + jus limau( ida letak fresh orange juice, ready made orange juice & air total 600 mls ) 
  • 50g gula 
  • secubit garam 
Cara:
  • Potong bahagian atas limau. 
  • Dengan kedua belah tangan, picit sedikit untuk keluarkan jusnya. Kemudian tarik keluar isi dengan tangan. Isi limau tadi diperah untuk ambik jusnya. Masukkan air dan jus limau, agar-agar, gula dan garam ke dalam periuk. Masak sehingga mendidih. Tuangkan ke dalam kulit limau tadi. Biarkan sejuk dan jelly keras. ( Kalau guna limau pastikan kulitnya tu tebal) * kalau nak tengok step by step yg Yani buat boleh tengok kat SINI ya.

Cara K'Nor Secubit Garam, nak tgk step by step K'Nor buat klik jer kt link tu.
Bahan:

  • 5 biji limau- large size 
  • 10g serbuk agar-agar
  • 500 mls air + jus limau
  • 7 sudu besar gula
  • secubit garam
  • 2 sudu besar sunquick oren ~ utk beri kaler jelly lebih menyerlah (ni yg k.nor tambah)
Cara:
# k.nor sukat dulu jus oren. katakan dpt dlm 400ml. ketepikan
# utk sukatan air cuma perlu sebanyak 600ml jer lagi
#masukkan semua bahan2 kecuali jus oren dan sunquick.
#bila semua dah mendidih, padamkan api biarkan sebentar baru dimasukkan jus perahan oren dan sunquick
#bukan apa, tak nak sia2kan vit C dlm jus oren, kang kalau dimasak sampai mendidih, kut2 hilang vit C tu.. sayang gak kan.. :)





Jelly yg masih belum dipotong.....cam real kan!
Psstt : Komen n3 sebelum yg belum terjawap...insyaallah nanti ida cuba reply k...minta maaf banyak2 dari ida

Donut Ball ( Dayang Jack Resepi II )

Salam ramadhan ke - 18 kepada semua umat Islam. Mekasih kepada Izah kerana kongsikan resepi donut ball yg sedap ini. Betul cakap izah, anak2 k'ida pun makan sampai habiss....sampai gula tu dia sapu. Anak boy  akak aqil 5 thn cakap sbb sedap sgt. Dia yg pulun sekali makan, maklum la dia pun puasa. Alhamdulillah dia yang nak puasa, ummi dia tak paksa sgt sbb baru 5 tahun. Baru 3 hari tinggal kut.Nak tahu cuba buat sendiri kan izah.Resepi asal dari dapur Dayang Jack ye izah. Mekasih byk2 to both of u.
Izinkan k'ida cnp & share resepi donut yg enak , lembut dan gebusss kt sini plak k

DONUT BALL( Resepi II)
Resepi : DayangJack@DapurKu SaYang

Sumber : Izah Muffin Lover
bahan-bahan:


  • 2 cawan tepung gandum atau tepung high protein
  • 2 1/2 sudu besar gula
  • 1 sudu besar susu tepung
  • 1/2 sudu besar yis mauripan + 1/4 air suam (direndam hingga berbuih)
  • 1 sudu kecil ovallette
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 biji telur
  • 1 sudu besar marjerin
  • 1/3 cawan air / susu segar (-/+)
  • gula saduran
**(jika menggunakan susu segar, tidak perlu letak susu tepung)


Cara-cara :( Ida tak ikut cara ni, sbb guna BM, so ida masukkan jer sume bhn ke dlm mesin bread maker tu, tunggu siap uli baru bentukkan )
  • Kisar semua bahan (kecuali tepung, ovallette, yis dan gula saduran) hingga sebati.
  • Di dalam bekas yang agak besar, ayakkan tepung dan buatkan lubang di tengah-tengahnya. Tuangkan bahan-bahan yang sudah dikisar tadi, yis dan ovallete. Uli hingga menjadi doh. Jika adunan terlebih lembik, bolehlah ditambahkan sedikit tepung.
  • Bahagikan doh kepada 20-22 bahagian dan bentukkan seperti bebola. Gunakan sedikit tepung untuk membentuknya (sekiranya doh melekat di tangan). Susunkan di atas dulang yang disapu dengan sedikit minyak atau ditaburkan tepung. Rehatkan sebentar selama 10 minit atau ikut suka.
  • Sediakan minyak untuk menggoreng. Apabila sudah cukup panas, gorenglah donut tadi hingga keperangan. Toskan.
  • Sadurkan dengan gula icing/gula halus atau hiaskan dengan topping kesukaan.

Macam rupa dan bentuk ada, dh boring buat bulat2, ida wat bentuk heart dan bentuk biasa donut. Nahhh...sekali buat 2 adunan....puas hati makan. Goreng 1/2 cooked sikit, simpan esok pulak.

Kuey Toew Tomyam

Selamat menyambut Nuzul Al Quran buat semua umat islam di seluruh dunia.  Hampir 5 hari  ida tidak  ke udara, beberapa hari lepas ida teramat la sibuk krn ada satu misi yg ida kena buat. Alhamdulillah telah selesai dgn sempurna. Misi tu spt yg telah ida nyatakan sebelum ni, ida kena msk dlm kuantiti yg byk dari biasa utk M'sia grand iftar di masjid Fukouka pada Ahad lepas. Itu adalah pembahagian tugas yg harus dilaksanakan oleh setiap family M'sia. Terima kasih kpd hubby dan anak2 yg turut menyumbangkan tenaga dlm menjayakan misi tersebut. Mula2 ingat nak amik 3 hari jer cuti dr berblogging...tapi, apakan daya badan rasa letih, pas tu manyak kerja lain yg harus diselesaikan.....jadi hari ni baru sempat nk bukak kedai semula, tu pun tak sempat nak b/walking semua dapur kwn2......gomenne
Menu iftar beberapa hari lepas kt rumah pun tak semua ida sempat amik gambar. Pic ni pun dah malam2 baru sempat ambik gambar dgn hanya bercahayakan lampu shj. Tomyam mmg feberet ida & suami, smlm punya menu berbuka. Sebenarnya tomyam ni ida msk utk dimkn dgn nasi.......tapi ida ada rebus sedikit kuey teow kering. Ida mkn satu mangkuk kecil, no rice sbb dah rasa kenyang, hubby mkn satu mangkuk kecil & nasi serta lauk-pauk lain yg tak sempat amik gambar pun
Ok la jom intai2 resepi....

Bahan-bahan:( utk bahan2 sayur dan lauk2 boleh pelbagaikan sbb ida letak  mana yg ada kt dapur jer masa ni )

Kuey Teow kering direbus @ yg basah dicelur seketika......ditoskan
Kuah Tomyam
Bahan kisar:
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1/4 labu bawang besar
Bahan hiris:
  • 1/2 inci halia
  • 4 hiris nipis lengkuas
  • 4 ulas bwg putih
  • 1 labu kecil bwg besar
Bahan lain:
  • 2 sd teh serbuk cili @ boleh letak pes cili  kering
  • 2 sdb pes tomyam
  • 1/2 sdb gula
  • 1/4 biji lemon..perah air ke dlm kuah
  • 6 biji cili api....diketuk @ dibelah tanpa putus
  • 2 keping boneless chicken...didadu
  • 10 ekor udang @ lebih
  • 1 pkt cendawan 
  • 1/2 btg carrot...dipotong nipis
  • 1/4 biji bunga kobis...dipotong
  • Tomato..kali ni ida tak letak
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 batang serai@ lebih.....diketuk
  • garam secukup rasa
  • Air sabagai kuah secukupnya
Cara-cara:
  • Tumis bahan kisar hingga sedikit kekuningan & naik bau.
  • Masukkan serbuk cili dan pes tomato serta 1/2 cwn air.......tumis sekejap
  • Masukkan isi ayam dan sedikit air......didihkan sekejap hingga daging ayam empuk
  • Tambah air sebagai kuah secukupnya, masukkan bahan hiris kecuali bwg besar, carrot, serai serta daun limau purut...didihkan
  • Selepas itu masukkan semua bahan lain kecuali udang, bila sayuran dh hampir empuk baru masukkan udang dan bawang besar...didihkan seketika shj
  • Perasakan garam dan angkat
  • Kuah tomyam sedia dimakan bersama kuey teow @ di makan bersama nasi putih

Thursday, August 11, 2011

Nasi Ayam Ipoh

Mekasih banyak2 kepada Quinnie di atas sumbangan resepi yg enak ini. Izinkan k'ida cnp resepi & share kt sini  pulak ye Q
Jumpa lagi dlm beberapa hari .....maybe nextweek. Start from tommorow until sunday kita dh bz. TQVM di atas kunjungan sume......mmmuahhh. Wokey!!!   Ta Ti Tu...................zassssssss
Nasi ayam ipoh
Resepiquinnie@qasehququinnie.blogspot.com
Bahan-bahan ( sekeluarga )
  • *BAHAN NASI*
  • 4 mug beras
  • 4 1/2 mug air rebusan ayam
  • 2 inci halia*
  • 3 biji bawang putih*(bahan*ditumbuk lumat)
  • 3 helai batang daun bawang (ambik bhgn bawah dia...yg ada buah dia tu sekali)
  • 1 sudu besar minyak bijan
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 helai daun pandan
  • 4 sudu mentega + sedikit minyak masak
  • 1 sudu kecil garam
  • Ida tambah rempah 4 sekawan sms menumis dan 1/4 labu bwg besar hiris
  • *BAHAN AYAM*
  • 1 ekor ayam
  • 3 biji bawang putih*
  • 1 inci halia*( bahan* ditumbuk lumat)
  • 3 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar sos tiram dan 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar madu ( kalau tak dek pun tak pe) 
  • 2 sudu besar kicap pekat (optional)
  • *BAHAN SUP*
  • air secukupnya
  • 4 bawang putih diketuk
  • 3 inci halia di hiris
  • 3 helai batang bawang
  • 1 biji sengkuang dipotong dadu...ini ida tak de
  • 1 sudu besar serbuk lada sulah 
  • garam
  • *BAHAN CILI*
  • 10/15 biji cili burung
  • 6 biji cili merah
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 5/6 biji bawang putih
  • 1 biji limau kasturi/nipis
  • sedikit air dari air rebusan ayam
  • garam n gula secukupnya 
  •  
  • *BAHAN KICAP*
  • 5 biji cili burung
  • sedikit halia (ambik dari rebusan)
  • 4/5 biji bawang putih
  • kicap pekat dan kicap cair secukupnya
  • air rebusan ayam secukupnya
  • tepung jagung di campur dgn air secukupnya (utk pekatkan) 
  • 2 sudu besar sos tiram

  • *BAHAN TAMBAHAN*
  • tomato, salad, daun sup dan bawang, timun, bawang goreng

Cara-cara

  1. mula2 buat air rebusan ayam...(bahan2 dalam sup) masukkan semua bahan...kecuali sengkuang dan serbuk lada sulah. tutup periuk dan masak hingga didih.
  2. selepas air mendidih, masukkan ayam. biar ia masak selama 20 minit. selepas 20 minit, angkat ayam tadi dan toskan.
  3. cara utk masak nasik, mula2 masukkan majerin dan minyak masak dalam periuk elektrik, biar ia mencair, kemudian masukkan bahan* yg telah di tumbuk lumat. biar naik bau. kemudian masukkan batang bawang dan daun pandan. bila dah layu sikit masukkan sos tiram dan minyak bijan. kacau2 sekejap,kemudian masukkan beras, sedikit garam dan air rebusan ayam. biarkan hingga nasik masak.
  4. penyediaan ayam, ayam yg telah di toskan tadi di masukkan kedalam satu magkok besar. masukkan bahan * yg telah di tumbuk lumat dan semua bahan2 lain...kacau2 rata dan biarkan 1/2 jam. selepas ayam diperap, boleh lah digoring atau di bakar dalam oven. kalau nak goring jgn goring terlalu lama...agak2 kaler dia dah bertukar kehitaman boleh diangkat terus.
  5. cara penyediaan cili, masukkan semua bahan didalam blender dan blend hingga hancur.
  6. cara penyediaan kicap, blend semua bahan kecuali tepung jagung. selepas blend isi dalam periuk dan panas kan atas dapur. agak2 dah panas..boleh la di masukkan tepung jagung dicampur air secukupnya utk memekatkan kuah.
  7. cara2 penyedian sup, baki air rebusan tadi didihkan kembali bersama sengkuang dan serbuk lada sulah. kalau air rebusan dah berkurangan boleh lah di campur dengan air biasa. masak hingga didih. perasakan sup.( ida tak der sengkuang so, ida letak sedikit rempah 4 sekawan yg ditumis bersama bwg putih, bwg besar dan halia hiris )
  8. selepas semua dah masak, boleh la di makan...cara penyediaan...timun, tomato dipotong nipis2. daun sup dan bawang di potong halus dan di masukkan kedalam sup tadi. 
(nota: kalau ikut resepi asal...nasi tu letak skit lemak ayam kat dlm dia masa nak tumis tu..saya kadang2 kalau rajin buat..kalau malas saya tak letak pun...sup tu kalau tak dek sengkuang elok tambahkan rempah tumis 4 sekawan tuk naikkan rasa dia....)
Yang Special nya pada nasi dia.......harum semerbak dgn bau minyak bijan serta tasty / terasa bila sedikit sos tiram dicampur sms menumis rempah nasi ayam ni.

Wednesday, August 10, 2011

Apple Tart


Salam ramadhan ke - 11 sume....baru jer n3 'Three Layer Cheesecake' tadi. Ida nk share apple tart yg ida buat beberapa hari lepas. Utk crust tu ida amik resepi crust yg ida buat Fruits Custard Tart lepas.Tart ni ida bawa ke maljlis iftar group kami Ahad lepas
Kesian kat kita kan......baru pandai nak upload pic besar2 kt blog. Lepas E-na, Lovely Kitchen bg tutorial, kita dh pandai upload pic besor2 dh.....tuuu dia, sampai jerawat batu pun leh nmpk ni. Apa2 pun kita suka tgk.
Sekali lagi mekasih byk2 ye na....saper yg masih tak tahu boleh la rujuk kt Lovely Kitchen k. FOC jer kata e-na heeeee



Resepi Tart Crust / Tart Shell
Resepi Azita Kitchen...tqvm
SumberK'Azlita, Masam Manis.... tqvm
Bahan-bahan : ( buat 1/2 dr adunan )
  • 170gm marjerin ( ida guna butter )
  • 50gm gula aising
  • 1 biji telur Gred C
  • 290gm tepung gandum
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara :
  1. Pukul marjerin/butter dan gula dengan menggunakan senduk kayu. Jangan putar lama sangat.
  2. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi dengan senduk kayu.
  3. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Uli hingga menjadi doh yang lembut. Kuantiti tepung bergantung kepada kelembutan doh.
  4. Ambil sedikit adunan dan tekan ke dalam acuan tat.( ida canai leper dahulu, baru tekan kedlm acuan tart) Cucuk dengan garfu sebelum dibakar.
  5. Bakar pada suhu 170oC sehingga masak.(utk crust ni ida bakar lebih kurang 12 minit jer sbb selepas letak topping kita akan bakar sekali lagi)
  6. Biar sejuk dan simpan di dalam bekas kedap udara sebelum digunakan
  7. Menurut k'ita,Masam Manis...utk mendapatkan doh yg baik, masukkan doh di dlm plastik bag dan simpan di dlm peti ais semalaman (ida letak dlm 1-2 jam, baru dibentuk)
  8. Nota : Jika guna telur Gred B, buang sedikit putih telurnya untuk mengelakkan crust menjadi keras sangat.
TOPPING ( resepi  Happy Cooking Time )
  • 1 biji epal besar / 2 biji kecil ( ida pakai epal merah )
  • 2  sd besar gula ( nk lebih manis boleh lebihkan )
  • 1 sdb madu
  • 1/2 sdb butter
  • 2 sdb tepung jagung....dibancuh dgn sedikit air
  • Sedikit mix dry fruits, walnut dan coklat chips
  • Sedikit serbuk kayu manis / cinnamon...optional, kalau tak suka bau dia tak perlu letak
  • 1/4 cwn air
CARA:
  • Masukkan gula, butter dan air ke dlm kuali...cairkan
  • Masukkan pula bancuhan t.jagung....kacau cepat supaya tdk b'ketul
  • Masukkan pula epal yg dihiris nipis serta madu...masak sampai agak2 dah kering.Tutup api.
  • Biar suam sedikit baru tuang ke atas crust tadi....ratakan dan tekan2 sedikit.
  • Taburkan mix fruits, walnut dan coklat chips.....akhir sekali sprinkle dgn sedikit serbuk cinnamon
  • Panaskan oven terlebih dahulu, bakar tart dlm suhu 170 C selama 15 minit.
  • Tunggu sejuk sedikit baru potong.


Three Layer Cheesecake


Salam ramadhan ke - 11 buat semua. Hari ni, ida nak share resepi cheesecake 3 lapis yg ida buat sebelum puasa hari tu. Ciskek ni ida bawa ke majlis perpisahan kawan kami yg telah pun kini sudah sampai ke tanah air M'sia. Asal ciskek ni adalah plain jer, iaitu resepi 'simple cheesecake' yg ida amik dari kawan lama ida, mizah. Resepi asal kek ni dari seorang bos kami dulu Mdm Chris, masa tu kita org masih bujang lagi la....dah lama cari resepi ni, sbb yg ida dpt dulu dh hilang. Baru2 ni ada chat ngan kawan ida tu & baru teringat nak tanya....kwn ida ni mmg dh selalu buat ciskek ni...pernah ada org tempah ngan dia dulu. Len kali nk try buat yg plain asal tu jer.


Lapis paling bawah...biasa la kan, biskut yg dikisar
Lapis atas - perasa coklat
Lapisan tgh - perasa strawberry
Lapisan ketiga - perasa blueberry + fresh blueberry

Resepi asal : Simple cheesecake from our old manager
Olahan Happy Cooking Time >Three Layer Cheesecake
BAHAN:
BASE/lapisan biskut: ( ini ida tambah )
  • 100 gm creamcrackers ( ida guna jenama ritz )
  • 50 gm mentega...dicairkan
  • 1 sd besar madu...optional
  • 1/2 sdb gula halus
Cara:
  • Masukkan semua ke dlm blender kering yg besar dan kisar hancur
  • Sediakan loyang spring form. Alas dasar loyang dgn cooking sheet / sapu mentega
  • Masukkan biskut kisar dan tekan rata padat
  • Bakar selama 10 minit
Adunan cheese:
  • 500 gm cream cheese ( pada suhu bilik )
  • 4 biji telur sederhana
  • 1 cawan gula
  • 1 sdb lemon paste ( ida letak perahan air lemon )
  • 1 sdk essen vanilla
  • Untuk lapisan bawah : 2 sdb jem blueberry tulin + 1/2 cawan fresh blueberry + sedikit pewarna merah dan biru
  • Untuk lapisan tengah : 1 sdb strawberry paste + sedikit pewarna merah
  • Untuk lapisan atas : 2 sdb serbuk koko + sedikit coklat chips
Cara-cara:
  • Pukul cream cheese bersama gula hingga sebati
  • Masukkan bahan2 lain ........pukul sebati
  • Bahagikan adunan kpd 3. Setiap bahagian masukkan flavor masing2 ..kacau sebati
  • Tuangkan adunan blueberry ke dlm loyang yg mengandungi lapisan biskut tadi. Bakar secara 'steam bath' / 'water bath' iaitu bahagian luar loyang 'spring form'/ loyang boleh tanggal dibalut dgn aluminium foil, loyang berbalut diletak ke dlm satu loyang lagi lebih besar yg mengandungi air panas.
  • Bakar setiap lapisan selama 20 minit pada suhu 160 C shj. Ulangi dgn melapis adunan ke - 2 ( strawberry ) dan ke - 3 ( coklat ) dgn langkah yg sama.
  • Setelah kek dh sejuk, simpan di dlm peti sejuk 3-4 jam @ semalaman sebelum dikeluarkan dari loyang dan baru potong

sume pic agak kelam sikit yer, tgh2 mlm amik gambar...apa2 pun ciskek ni mmg lazat

Tuesday, August 9, 2011

Lala Goreng Tomyam


Salam ramadhan ke - 10. Alhamdulillah kita masih diizinkanNya utk menjalani ibadah puasa di bulan yg penuh barakah ini. Lala @ org Jepun panggil 'asari ' merupakan feberet ida. Dah masak, ratah cam tu pun sedap. Lala ni mcm2 boleh msk....goreng belacan berserai pun sedap, goreng halia sos tiram pun not bad, goreng berkicap pun jalan, masak lomak pun sedap jugakk.....letak dlm pasta goreng pun lazat, ehhh..mcm2 lagi boleh msk menda ni. Ada yg tak mkn lala ke? Sedap ni......
Hari tu ada masak 'lala goreng tomyam'..masa tu sempat dan rajin snap pic.....so apakata ida share resepi kt sini

LALA GORENG TOMYAM

Bahan:
  • 400 gm lala hidup
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1/2 labu bawang besar *
  • 1/2 inci halia *Bahan bertanda * dihiris
  • 1 btg serai.....diketuk
  • 1 1/2 sd besar pes tomyam ( nak letak lebih pun bole )
  • Sedikit cili padi....dibelah tanpa putus ( kali ni ida tak letak )
  • 1/2 biji capsicum @ boleh letak cili hijau....dihiris
  • 1 biji tomato...dibelah 4
  • 1/2 btg carrot....dikikis kulit & potong kecil2
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 sd teh gula
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit air
Cara:
  • Panaskan minyak, tumis bhn hiris hingga naik bau dan sedikit kekuningan
  • Masukkan serai, pes tomyam, carrot serta sedikit air......kacau
  • Masukkan lala yg dibersihkan terlebih dahulu, cili2, daun limau purut, gula dan garam.....kacau seketika
  • Kemudian baru masukkan tomato...kacau sekejap dan padamkan api.

Nasi Kerabu Kaler Kuning


Salam buat semua........nasi kerabu yg ida buat utk majlis berbuka puasa group kami m'sian kat sini Ahad lepas. Masa bawak ke sana, ada la buat daging bakar ngan telur masin sikit. Sebelum ni pernah buat yg kaler biru, boleh tgk SINI Resepi lebih kurang sama jer dgn yg dulu cuma kaler nasi jer berbeza dan tang sambal ikan kelapa tu idalebihkan gula melaka sikit...... pas tu lagi utk msk nasi kali ni ida ketuk serai dan halia sikit.Pernah tak mkn nasi kerabu kaler kuning.?? Kalau kt kelantan, dua2 kaler pun ada....malah ada jugak nasi kerabu dibuat hanya kaler putih shj. Untuk nasi kerabu kaler biru, mmg ada bunga khas yg digunakan sbg kaler utk nasi jd biru......


Nasi kerabu mmg feberet bonda dikampung, bonda suka....anakanda pun suka juga. Memang agak renyah sikit penyediaannya jika diikutkan cara sebenar. Tapi ida kt sini terpaksa menggunakan bahan2 yg segera shj....ehhhhhh senang la pulak, tapi kalau menggunakan bahan fresh mmg lagi sedap la.

Resepi : Happy Cooking Time

Pelengkap Nasi Kerabu
  • Nasi biasa...yang diletak sedikit pewarna kuning @ biru sms hendak memasaknya..sebenarnya org dulu2 menggunakan bunga segar khas utk jadikan nasi ni bewarna biru.. 
  • Sambal ikan kelapa 
  • Kuah tumis 
  • Sambal cuka 
  • Budu 
  • Lauk-pauk......cth daging bakar, ayam /daging/ ikan bakar, telur masin, ayam goreng, ikan goreng celup tepung, ikan goreng  
  • Solok lada....ida tak buat masa ni
  • Ulam-ulaman....cth Daun kesum, kacang panjang, bunga kantan, kobis, daun serai kayu ( mak ida suka letak daun ni )......dihiris halus dan taugeh..ida letak mana yg ada kat sini jer 
  • Keropok ikan goreng 

( Tak semua ida buat pelengkap ni....mana yg ada jer masa tu )


NASI:..kali ni ida pakai beras basmathi + beras siam
  • 2 cawan beras basmathi 
  • 4 cawan beras siam 
  • 7 cawan air 
  • 1/2 sdk serbuk kunyit 
  • 1 btg serai......diketuk 
  • 1/2 inci halia.....diketuk 
Cara:

Basuh beras, masukkan air, serbuk kunyit, serai dan halia...kacau rata dan masak nasi seperti biasa.

KUAH TUMIS
  • 1 tin santan pekat segera /400 mls pati santan 
  • 1 1/2 sd besar cili kering kisar( bergantung kpd tahap kepedasan yg diinginkan....ida hanya pakai sedikit serbuk cili shj 
  • 1/2 sudu teh serbuk kunyit 
  • 1 labu bawang besar...dikisar 
  • 4 ulas bawang putih...dikisar 
  • 1 inci halia ...agak2...dikisar 
  • 1/2 inci lengkuas...dikisar 
  • 1 batang serai...dikisar( baru update sbb hari tu lupa nk taip )
  • 1 batang serai..diketuk( baru update sbb hari tu lupa nk taip )
  • 2 keping asam gelugur 
  • Gula melaka sebesar ibu jari atau secukup rasa 
  • 2 sb budu atau boleh ganti dgn sedikit belacan ( sebesar ibu jari )
  • Garam secukup rasa 
  • Sedikit tambahan air...dlm 1 cawan /secukupnya
Cara:
  • Panaskan sedikit minyak, tumis semua bahan hingga naik bau..kecuali garam ATAU kalau tak nak tumis, masak dahulu santan hingga mendidih sambil kacau2, baru masukkan bahan2 lain.
  • Masukkan santan, air dan serai ketuk
  • Masak sehingga pekat dan naik minyak ( lagi lama lagi sedap ) Perasakan cukup rasa masin, masam dan manisnya.
SAMBAL IKAN KELAPA

  • 1 mangkuk kecil isi ikan dari yang telah direbus / dibakar....dikisar/tumbuk halus ( ida beli isi ikan yg dikisar, cuma balik terus rebus ) 
  • 1 1/2 mangkuk kecil kelapa parut .....ida letak kelapa kering jer + 3 sd besar santan 
  • 1/4 labu bawang besar#...jika b'saiz besar, 1/2 labu jika b'saiz kecil 
  • 1/2 inci halia# 
  • 1 batang serai# 
  • 1 ulas bawang putih# 
  • Sedikit serbuk lada hitam yg kasar...dlm 1 sd teh 
  • 1/4 keping gula melaka /secukup rasa ...diracik halus ( boleh ganti dgn gula merah 1 1/2 sb )
  • Sedikit garam 
  • Sedikit air asam jawa 
Cara:
  • blend bahan bertanda # 
  • Campurkan semua bahan di dalam kuali, guna api kecil, goreng tanpa minyak sehingga sedikit kering 
  • Jika yg menggunakan kelapa kering mcm saya...tambah 1/4 cawan air panas ke dlmnya semasa mengacau. 
SAMBAL CUKA ( boleh disediakan sehari sebelum )

  • 1 genggam cili padi/api 
  • 1 biji cili besar...jika nk kurangkan pedas sikit 
  • 1/2 cawan cuka...nk cair tambah lagi cuka 
  • 1 1/2 sd besar gula..secukup rasa 
  • Garam secukupnya rasa:
Cara-cara:
  • Masukan semua dlm blender dan blend 
  • Masukkan dlm botol dan simpan di dalam peti ais jika tak habis makan.


Contoh cara hidang....fuhhhh mabelesss ni....ada yg dah terleleh air liur dh ke? Ikan goreng tak celup tepung pun.....he..he kes malas  la ni

Monday, August 8, 2011

Nasi Ayam Penyet


Salam kembali......penyet ke penyek haaa, sama jer kan....asyik2 nasi ayam jer erkk. Nak bagitau, menu ni bukan menu iftar sebenarnya, nasi ayam ni ida buat mmg dah lama sgt2....saja jer nak n3 kt sini, kut2 ada yg teringin nk buat lagi. Ida pun cam teringin nak buat lagi bila tgk Ika, Arah buat hari tu. Dulu masa buat ni, ida amik resepi dari umah E-na Lovely Kitchen.....thanks a lot ye e-na. According to e-na, dia amik resepi dari blog Kak Madiha tapi dah diedit sikit katanya. Izinkan Ida letak resepi kt sini lak ye, sebelum ni nak update kat blog bertangguh2.Apa2 pun terima kasih kpd sume yg beri idea dan sumbangkan resepi nasi ayam ni.


AYAM GORENG PENYEK
Bahan-bahannya:
1 ekor ayam
10 cawan air ( ida lebihkn sikit )
1 inci halia–di ketuk
Ayam di bersihkan dan di potong 4 bahagian.
Masukkan air, halia dan ayam ke dalam periuk. Rebus selama 15 - 20 minit.
Angkat ayam dan toskan.
Simpan air rebusan ayam untuk memasak nasi, kremes dan di buat sup.

½ sudu besar Jintan Manis* – goreng tanpa minyak hingga naik bau
½ sudu besar Jintan Putih* – goreng tanpa minyak hingga naik bau
3 sudu besar Biji Ketumbar* – goreng tanpa minyak hingga naik bau
Bahan * ida letak yg serbuk jer & tak perlu goreng
1 sudu besar Serbuk Kari Ayam
1 sudu besar Serbuk Kunyit
½ sudu besar Serbuk Lada Putih
3 ulas Bawang putih
1cm Halia
Sedikit Air
1 sudu kecil Garam
2 keping tauhu
1 keping tempe (yg dlm plastik. kalau yg dlm daun.. guna 2 ~ 3 keping)
Minyak masak untuk menggoreng.
Tepung jagung


Cara menyediakannya:
Dengan menggunakan pengisar kering, kisar hingga halus bahan-bahan yang bertanda *.
Tumbuk bawang putih dan halia hingga hancur.
Satukan bahan kisar, bahan tumbuk, serbuk kari,serbuk lada putih, serbuk kunyit, garam dan sedikit air. Kacau sebati.
Ambik 2 sudu teh bahan perapan ayam ini dan simpan untuk di buat kremes nanti.
Perapkan ayam, tauhu dan tempe. Ketepikan.
Kemudian masak nasi pula.

NASI AYAM ( sukatan beras ida tambah sbb ahli rumah ada 6 org )
Bahan-bahan (Sukatan air dan beras bergantung kepada isirumah masing-masing)

2 mug beras( ida masak 6 cwn beras Jepun )
2 1/2 mug air rebusan ayam ( ida letak 6 1/4cwn )
Sehelai daun pandan
1 ulas bawang putih - ditumbuk ( ida letak 3 ulas )
2 ulas bawang merah - ditumbuk ( ida letak 1/2 labu bwg bsr saiz sederhana )
1 inci halia - ditumbuk
1 kuntum bunga lawang ( ida letak 2 )
2 kuntum bunga cengkih
1 inci kayu manis ( ida letak 2 btg pendek )
2 biji buah pelaga ( ida letak 4 )
1 sudu kecil garam ( ida letak 3 sdk )
2 sudu besar marjerin
Bhn tumis ida tambah sedikit bawang putih, halia dan bwg besar hiris

Cara memasak Nasi Ayam:
Beras di cuci dan toskan.
Masukkan air, garam dan daun pandan ke dalam rice cooker.
Panaskan marjerin di dalam kuali dan tumis semua bahan-bahan tumbuk dan rempah 4 sekawan (kayu manis, pelaga hindi, bunga lawang, bunga cengkih) sehingga wangi (.termasuk halia & bawang hiris yg ida tambah)

Masukkan 1 senduk air rebusan ayam (dlm rice cooker tadi) ke dalam kuali dan kacau. Tutup api.
Kemudian masukkan beras dan bahan tumis ke dalam rice cooker. Masak seperti biasa menggunakan rice cooker.
Bila nasi hampir kering, kacau sekali. Biar sehingga masak.
Sediakan pula sambal.

SAMBAL

Bahan-bahan
3 biji cili merah (lebihkan jika mahu pedas)
3 biji cili padi (lebihkan jika mahu pedas)
3 ulas bawang merah - dimayang
1 ulas bawang putih - di mayang
2 biji tomato besar - di belah 4
1cm belacan
2 sudu besar ikan bilis
1 1/2 sudu teh gula merah / gula pasir ( secukup rasa)
garam
minyak masak


Cara membuatnya:
Panaskan minyak. Goreng ikan bilis hingga ranggup. Jangan sampai hangit nanti pahit. Angkat dan ketepikan.
Goreng belacan seketika, angkat dan ketepikan.
Masukkan bawang merah, bawang putih, cili besar dan cili padi. Setelah layu masukkan tomato. Gaul rata dan tutup api.
Biarkan semua bahan sejuk pada suhu bilik.
Kisar atau tumbuk sehingga separa halus.
Kemudian masukkan ke dalam kuali / periuk dan didihkan.
Masukkan gula merah dan garam. Sesuaikan rasa pedas, masin dan manis.
Tutup api.
Sediakan pula sup kosong

Note : Sambal boleh di sediakan sehari sebelum dan simpan di dalam peti sejuk. Panaskan sebelum dihidang.



Walaupun cerita ceritinya panjang berjela, cara menyediakannya lebih kurang kita buat nasi ayam biasa shj cuma yg berbeza pd sambal, ayam dan ada kremes....ida tak buat kremes tu. Fuhh......mmg sedap nasi ayam ni. Pestaim mkn dulu masa kt Johor.

SUP KOSONG
Bahan-bahan :
Air rebusan ayam tadi (simpan 1 1/4 cawan untuk buat kremes)
1 bungkus sup tulang adabi
1/2 inci halia - diketuk
2 ulas bawang putih - di ketuk
Daun sup dan daun bawang
sedikit bawang goreng
garam dan perasa


Cara Membuatnya:
Didihkan air rebusan ayam tadi bersama bunjut sup tulang.
Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih halia dan 4 rempah sekawan (sedia ada dalam bungkusan sup tulang adabi)
Bila sudah wangi masukkan ke dalam kuah sup.
Perasakan garam dan perasa.
Semasa menghidang taburkan dengan hirisan daun sup, daun bawang dan bawang goreng.
Sediakan pula kremes.
Note : Boleh juga guna sup bunjut adabi atau serbuk rempah sup.

KREMES ( ida tak buat )

60 gram tepung beras
1 1/4 cawan air rebusan ayam
1/2 cawan air (anggaran)
1 biji telur - dipukul sedikit
2 sudu teh bahan perapan ayam tadi

Cara membuatnya :

Gaulkan air rebusan ayam, tepung beras, telur, dan bahan perapan ayam sehingga rata.
Masukkan air dan kacau menjadi adunan yang agak cair.
Tambah sedikit garam jika tidak masin.
Ambil sesudu dan tuang ke dalam minyak yang betul betul panas.
Sentiasa di kacau sehingga kekuningan.
Goreng hingga garing.
Angkat dan toskan.
Ulang sehingga habis.
Akhir sekali goreng ayam, tauhu dan tempe.

Cara Menggoreng Ayam, Tauhu dan Tempe :( tauhu ida tak letak )

Panaskan minyak.
Golek-golekkan ayam di atas tepung jagung dan goreng sehingga garing. (Tidak perlu goreng lama sebab ayam telah pun masak)
Angkat dan toskan.
Goreng tempe dan tauhu mengikut langkah yang sama seperti menggoreng ayam tadi.
Semasa menghidang ayam hendaklah di PENYEK (di ketuk) terlebih dahulu sebelum di potong ke bahagian kecil. Tauhu dan tempe juga di potong kecil.

Bahan-bahan sampingan:

Salad
Timun
Tomato
Kacang panjang...tak letak
kacang botol..tak letak
Kobis..tak letak