My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Sunday, October 30, 2011

Muffin Peach

Salam...bersua lagi dgn tayangan muffin pulak, ni pun menu dah lama buat. baru berkesempatan nak update kt sini. Resepi skodeng kt dapur Izah Muffin Lover, resepi dari Yani, Deco Choco yg dia letak kt Myr dulu. Mekasih yg tidak terhingga kepada izah dan yani di atas resepi yg enak ini. Izinkan ida kongsi kt sini pulak ye...
Resepi : Yani
Sumber : Izah

Bahan-bahannya:
  • 150 gm tepung
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • 75 gm gula perang
  • 10 gm gula kastor
  • 60 gm butter (suhu bilik)
  • 1 biji telur saiz A
  • 60 ml susu segar
  • 1 biji buah peach ..ida guna yg dlm tin, balance ida hiris panjang utk topping atas
*Jika guna peach dlm tin, sejatkan air dahulu

untuk topping:( ida tak buat, ida letak hirisan peach sebelum bakar )
50 gm gula aising + 3 sudu kecil air + 1 sudu kecil essence vanilla....bancuh

  • Ayak tepung bersama baking powder. Potong dadu buah peach
  • Pecahkan telur dan pukul sedikit agar putih dan kuning bersatu
  • Pukul butter sehingga berkrim dan masukkan gula ke dalam butter dan pukul hingga gebu.
  • Masukkan telur sedikit demi sedikit dan pukul sebati.
  • Masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit 3 kali berturut turut berselang seli dengan susu segar dan kacau cepat-cepat.
  • Akhir sekali masukkan buah peach dan kacau rata.
  • Sudukan ke dlm acuan muffin. Ida letak hirisan peach di atas, sebelum dibakar.
  • Bakar muffin ini pada suhu 180 C selama 20 minit
  • Gula aising yang dibancuh tadi boleh dicurahkan ke atas muffin yang siap dibakar. (saya tak buat topping gula aising tu..tak sempat buat dah ngap)

Atas tu ida letak hirisan peach sebelum ia dibakar, sbb tu rupanya sebegini heeeeee....apa2 pun mabelesss la muffin ni.

Tulang Masak Jintan Berempah

Salam di hari Isnin.....semoga semuanya ceria2 selalu. hari ni ida cuma nak n3 satu lauk yang entah bila buat pun ida dah lupa, bila tengok ada jus tembikai yg tumpang possing sama..sah ni menu masa summer hari tu, sbb skrg tembikai dah tak der. Menu masa ramadhan hari tu pun ye gak kut....entah la, mmg dah lupa. Tak kisah la bila punya menu kan, resepi ida nk share gak kat sini.
Resepi tulang masak jintan berempah ni tanpa santan ye......lemak2 yg keluar dr tulang2 tu rasanya dah memadai bagi ida. Emmmm..rasanya? Lazat hingga menjilat jari..he..he. daging pun ida biasa masak cam gini, pun sedap gak...sesiapa nak tahu sedap tak sedap..kena la cuba sendiri ya.


A)Bahan-bahan:
  • 1 kg tulang lembu yang banyak isi
  • 5 ulas bawang putih*
  • 1 1/2  labu bawang besar*
  • 1 inci halia*
  • 4 hiris nipis lengkuas*
  • 2 sd besar serbuk jintan putih
  • 1 sb serbuk jintan manis
  • 1 sb serbuk rempah ketumbar
  • 1 sk serbuk cili.....boleh lebihkan
  • 1/2 cawan air asam jawa / secukup rasa
  • 1 sb gula
  • 2 batang serai.....diketuk
  • Garam sucukup rasa
  • Air secukupnya sebagai kuah
  • 3 biji kentang....dikupas dan belah 4
  • Sedikit minyak utk menumis
B) Bahan tumis:
  • 3 ulas bawang putih....hiris nipis
  • 1/2 inci halia ....hiris nipis
  • 1/4 labu bawang besar..hiris nipis
  • 2 batang kecil kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 2 kuntum cengkih
Cara membuatnya:
  • Tulang dibasuh
  • Kisar bahan bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak, tumis bahan B / bahan tumis hingga naik bau dan sedikit garing
  • Masukkan bahan kisar *, serbuk jintan2, ketumbar dan serbuk cili......tambah 1/2 cawan air dan tumis hingga rempah betul2 masak.
  • Masukkan air asam jawa, gula, serai dan sedikit garam dulu....kacau
  • Masukkan tulang lembu dan 2 cawan air.....kacau sebati dan renehkan selama 20 minit supaya rempah mesra dgn tulang tadi.
  • Tambah air secukupnya sebagai kuah dan didihkan sehingga tulang separuh empuk, baru masukkan kentang ( kuah jangan terlalu cair, nanti kurang sedap )...teruskan memasak.
  • Sedia dihidangkan. Sesuai dihidangkan bersama nasi berperisa atau nasi putih sahaja.

Saturday, October 29, 2011

Muffin Orange Nuts Crumble

Salam buat semua..................sebelum tu mekasih yang tidak terhingga di atas komen2 pada n3 sebelum ni......tak sempat ida nk jawap satu persatu, namun ida amat hargainya. Terima kasih banyak2 juga pada yang sudi cuci mata ke sini. Muffin ni ida buat sbg salah satu bekal sms pergi petik buah limau / mikan gari  Jumaat lepas. Mikan gari adalah program tadika anak2 ida Ain & Aqil setiap tahun. Ibu bapa dijemput join 2 kaki. Muffin yang ida ubahsuai dari beberapa resepi.

BAHAN:
 Cawan ida guna sukatannya 200 mls
Muffin
  • 1/2 cawan butter
  • 3/4 cawan gula
  • 2 biji telur
  • 1 sd kecil essen vanilla
  • 2 cwn tepung gandum
  • 1 1/2  sd teh baking powder
  • 1/2 sd teh soda bikarbonat
  • 1/2 sd kecil garam
  • 1/2 cwn air suam + 2 sb orange sunquick pekat....bancuh
  • 2 sb susu tepung
Nuts Crumble Topping
  • 3 sb gula..nk lebih manis, boleh tambah
  • 4 sb t.gandum
  • 1 sb orange sunquick pekat
  • 3 sd besar butter tanpa garam ( butter yg sejuk dr peti ais ) ida guna butter bergaram
  • 3/4 cawan kekacang kisar.....ida letak kacang tanah kisar
CARA:

Cake
  • Panaskan oven  pd suhu 180 C selama 10 - 15 minit
  • Pukul butter bersama gula hingga kuning dan berkrim. Masukkan telur dan essen vanilla. Pukul lagi hingga kembang.
  • Ayak bersama, tepung, baking powder, soda bikarbonat, susu tepung dan garam
  • Masukkkan ke dlm adunan tadi berselang seli dgn jus oren. Kacau rata. 
  • Sudukan ke dlm setiap acuan muffin hampir 3/4 penuh/kurang sikit....ida pakai acuan cup cake jer
Topping
  • Dalam mangkuk kecil, campurkan tepung, gula dan kacang tanah kisar 
  • Masukkan butter, 1 sb orange pekat sunquick dan kacau dgn garfu supaya menjadi crumble.
  • Taburkan ke atas setiap adunan yang dituang ke dlm muffin cups tadi dan tekan2 sedikit crumble dgn tangan
  • Bakar selama 18 - 20 minit pada suhu 180 C. Jika bakar dlm acuan muffin yg besar dan tinggi...masa baking kena lebihkan sikit.


Topping nut crumble yang sikit ada rasa oren.......Oishiiiikatta!!
Kalau anak2 ida, diaorang akan ngap bahagian crumble tu dulu baru habiskan isi bawahnya.

Kek batik Coklat Berkacang

Minta maaf banyak2......hanya banyak ni jer yg sempat buat possing, sbb yg lain dh bawa ke masjid tadi.  Siang tadi ida ada attend cooking demo oleh Japanese friends kt masjid Fukuoka ni. Diaorg demo camna nk buat 'Shirasi Sushi'./ sushi yg tak perlu digulung2....very simple. Mula2 ingat diaorg nk demo 'maki sushi' /sushi roll tu. Frust tadi sbb terlupa bawa camera. 
Ida post resepi kek batik coklat ni cepat2 sbb atas permintaan kawan2 ida kat sini tadi yg bertanyakan resepinya. Pernah buat sebelum ni versi letak telur yg gaul biskut terus dlm cecair coklat,  yg ni tak der telur......rasanya ida suka yg ni. 

Resipi Oleh ~ Mylla @ My Resipi

TQVM to all

Bahan ( 1 kg ):

  • 200gm millo 
  • 250gm butter 
  • 3 sudu makan serbuk koko 
  • 1 tin kecil susu pekat manis 
  • biskut meri secukupnya 
  • ida tambah 1 sk serbuk nescaffe 
  • ida tambah kacang tanah kisar utk tabur atas 
*ida tambah sedikit air panas sbb terlalu pekat, ini mungkin susu pekat kat sini ( jepun ) kecil sikit tinnya. 398 gm beratnya

Cara membuatnya :

  • Sediakan Loyang yg dialas plastik bersih(tujuannya supaya kek tidak melekat dan senang diangkat dr loyang tanpa mencacatkannya) 
  • Cairkan butter dalam kuali atas api yang kecil sekali... 
  • Setelah cair masukkan susu, milo sedikit demi sedikit gaul sehingga milonya hancur 
  • Seterusnya masukkan serbuk koko, nescafe.... gaul tanpa henti sehingga halus dan tak berketul lagi.... 
  • Setelah pekat,boleh lah mula menyusun biskut marie di dalam loyang sehingga menutupi permukaan dasar dan ceduk adunan coklat kemudian ratakan. 
  • Susun lagi biskut marie dan lapiskan dengan adunan coklat. 
  • Ulangi langkah 4 dan 5 sehingga adunan habis. Tabur kacang tanah kisar sebagai topping.
  • Biarkan sejuk dan masukkan ke dalam peti sejuk semalaman.... potong dan siap untuk dihidangkan... 


Gambar diambil ketika diwaktu petang yang mendung dan hujan renyai2.......so ia pun nmpk sedikit mendung but rupa tak penting.
Sangat sedap !!! bertambah2 sedap bila topping atas tu ditabur kacang tanah. Mekasih banyak2 kpd penyumbang resepi dan sumber2 resepi. Ta ti tu....tak leh cakap banyak sbb byk hal lum settle lagi ni......

Wednesday, October 26, 2011

Ikan Masak Taucu Ringkas......versi kering

Salam kembali buat semua..........n3 ni hanya menu ringkas sahaja namun pasti sedap ni. Ikan masak taucu juga salah satu masakan kegemaran ida dan hubby. Sebelum raya hari tu, ida ada minta adik ipar kirimkan pes taucu/kacang masin ni bersama barang-barang lain. So sejak dok Japan ni, kira baru nak merasa la. Ada la dua botol jer......nyesal pulak tak kirim lebih. dah tinggal 3/4 botol jer.....terpaksa la jimat2 pakai he..he.
Ikan masak taucu yang ida masak ni ringkas aja la, bawang,halia main hiris2 aja.......tak banyak bahan pun yang ida letak. N3 ikan masak taucu kali ni kira versi masak kering sikit la. Kadang2 ida ada masak versi berkuah juga jika tak buat kuah lain.

Contoh pes taucu / kacang masin...........kalau masak versi kering tak payah lagi letak garam k, sbb pes ni memang dah masin sangat.

Resepi ikan masak taucu ringkas versi kering
Bahan-bahan :
  • 3 ekor ikan .....ida guna ikan aji
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 labu bawang besar*
  • 1/2 inci halia*
  • 3 sb pes taucu....boleh dilebihkan
  • 1/2 sb gula
  • 1/4 cawan air atau lebih air asam jawa
  • 6 biji cili api/cili api...di belah 2
  • Sedikit air sahaja
  • Sedikit minyak utk menumis
Cara membuatnya:
  • Ikan dibersihkan dan dilumur garam kunyit.
  • Panaskan minyak, goreng ikan hingga masak....ida goreng garing sikit.
  • Hiris halus bahan bertanda *
  • Panaskan minyak dalam kuali lain.
  • Tumis bawang putih, halia hingga naik bau & sedikit kekuningan, masukkan separuh bawang besar....tumis seketika
  • Masukkan pes taucu dan sedikit air ( lebih kurang 1/2 cawan )....kacau
  • Masukkan bahan2 lain....tumis hingga masak. Jika kuah agak masin, kena tambah sedikit air lagi.
  • Masukkan ikan yg digoreng tadi ke dalam kuah....gaul seketika dan tutup api
  • Sedia dihidangkan bersama nasi putih beserta lauk-pauk yang lain.

Award dari Kak Jee...baru nk angkut TQVM kak

Assalamulalaikum dan salam sejahtera buat semua.............award ni dah lama dapat,baru berkesempatan nak gantung kat sini. Pemberian Kak Jee...mekasih banyak2 ye kak Jee sayang. Syarat2 nyer ada 4, tapi ida dapat tunaikan yg pertama dan kedua jer la ye. Saper2 yg nak amik award ni, sila2 la , jangan malu2 k.

Syarat-syarat:
  1. Thank and link back the person who gave you this award (Ucapkan terima kasih dan link balik kepada orang yang beri award ini)....done 
  2. Share 7 things about yourself on the post (Kongsi 7 perkara mengenai anda)...done 
  3. Pass the award to fifteen bloggers that you think deserve it. (Berikan kepada 15 bloggers yang anda rasa layak) 
  4. Lastly contact all the bloggers that you've picked for the award. 
  5. (Hubungi semua yang menerima)
Syarat ke-2
  1. Saya anak ke 4 dari 5 adik-beradik
  2. Dilahirkan dan dibesarkan dinegeri Kelantan 
  3. Seorang yang pendiam, tapi tak sombong
  4. Suka memasak dan buat experimen masak2 & mencuba resepi dari kawan2 atau sumber internet yg lain.......kalau dah balik m'sia, sempat ke tidak lagi ni nk main msk2
  5. Tidak berapa suka buat sesuatu yang terlalu complicated contohnya menu2 yg sangat rumit nak membuatnya kalau buat pun bersebab
  6. Shopping....mesti la suka, tak beli just window shopping pun tak per
  7. Amat bersyukur dengan apa2 sahaja yang ada...kalau diberi lebih lagi, tak tolak he..he

Tuesday, October 25, 2011

Spaghetti Bolognese....tak der sos pasta pun boleh ajelah

Layan gambar baru cerita sikit, tak leh panjang2........menu ni akan tercipta selepas menu2 b/fast lain sepanjang minggu atau bulan, sbbnya jika ia selalu tercipta, ada yang tidak akan makan......so jarang2 la buat walaupun tukang masak ni suka heeeee. Kali ni buat dgn bahan apa yg ada kat dapur ida jer.....tapi rasa tetap maintain. Sebelum ni dh ada n3 pasal menda ni, tapi kuahnyer letak sos pasta, daging kisar dan  tak letak sosej.....kali ni ida letak sosej, sikit daging kisar dan sosnya hanya guna sos tomato, tomato cut dlm tin sahaja beserta bahan2 lain. Dan satu lagi,  kuah pasta yg ida buat ni, kurang pedas...ikut tekak anak2 ida yg tak pandai makan pedas2, so boleh diadjust ye penggunaan cili/lada hitam tu.

Bahan-bahan : A
  • 300  gm spaghetti 
  • Sedikit garam
  • Sedikit olive oil/minyak zaitun
Bahan-bahan kuah :
  • 1/2 cawan daging lembu kisar......boleh dilebihkan
  • 5 batang sosej...dihiris nipis2
  • 1  labu bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 3 hiris nipis halia *
Kisar bahan bertanda *
  • 2 ulas bawang putih...cincang
  • 1/2 labu bawang besar.....didadu halus
  • 1 tin tomato cut dlm tin atau tomato puree yg  kasar
  • 1/2 cawan  sos tomato
  • 1/2 sd teh serbuk cili....boleh dilebihkan/dikurangkan
  • 1/2 sd teh serbuk lada sulah
  • 1/2  sd teh/lebih serbuk lada hitam.....yg kasar
  • 1/2 - 1  sd besar gula
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit  serbuk parsley 
  • Sedikit  serbuk oregano
  • Opptional....1 sk serbuk pati ayam
  • Cendawan bulat ( shitake )....dipotong nipis
  • Sedikit air utk tambahan kuah...kepekatan kuah ikut citarasa masing2
  • Sedikit olive oil untuk menumis.....boleh juga pakai minyak biasa / tambah butter 
  • Tambahan sayur2 lain jika suka cth carrot didadu, capsicum.....ida tak letak
CARA-CARA :
Bahan A
  • Didihkan air di dalam periuk
  • Titiskan sedikit olive oli serta masukkan sedikit garam ( 1 1/2 sk  )
  • Apabila mendidih, masukkan spaghetti dan rebus hingga empuk ....kacau supaya ia tidak melekat
  • Toskan, titis lagi dgn sedikit olive oil....kacau sebati dan ketepikan
Kuah 
  • Tumiskan bawang putih cincang hingga sedikit kekuningan, masukkan pula bawang besar dadu....tumis seketika.
  • Masukkan bahan kisar /bahan *...tumis sehingga naik bau/sedikit garing
  • Masukkan tomato dlm tin dan serbuk cili......tumis sekejap
  • Masukkan daging cincang dan serta bahan2 lain....kacau sehingga masak.
  • Tambah air jika kuah terlalu pekat dan teruskan memasak. Perasakan garam secukupnya
  • Sedia dihidangkan bersama spaghetti. Tabur dengan serbuk lada hitam kasar jika ingin lebih pedas.


Just for memory....Family Day Fuku3M


Family Day adalah acara tahunan group kami, Malaysian  @ Fukuoka, Japan. Tahun2 sebelum, acara ni diadakan di kawasan pantai. Tapi tahun ni ubah angin sikit, kami adakan di Taman Nagatami Dam. Sebenarnya ia adalah acara tahun 2011 yg sudah lama tertangguh di atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan. Walaupun ada ramai yang tidak dapat hadir, dan cuaca pada hari tersebut hujan di sebelah paginya namun tetap fun.( program diteruskan sbb ramalan cuaca kata mendung, tapi itu semua kuasa Allah kan ) But we all really enjoyed it. Just for sharing with u all &  i put it here for my memory....
This video credit to adik Ahmad Farhan.
Sib baik muka ida nmpk sipi2 jer .he..he

Monday, October 24, 2011

Pizza Tuna Gebu...doh Pizza Gebu CMG

Salam di pagi Selasa buat semua........menu pizza yang selalunya jarang dapat masuk n3 kat sini, sbb ia memang sgt laris pada isi rumah ida, sebelum2 ni tak sempat nak snap2 pic pun walaupun selalu gak buat. Kali ni ida buat lebih, doublekan doh, (resepi ida letak yg 1 adunan sahaja ) dapatlah banyak biji sikit, so boleh la ida amik buat possing.
Resepi utk doh pizza kali ni ida skodeng kat dapur DTS kepunyaan Che Mat Gebu kita nun......doh dari resepi pizza gebunya, kali ni ida buat pizza letak topping tuna pulak. Mekasih banyak2 ye Che Mat....izinkan ida share kat sini pulak
ye.
Gebu cam nama tuannyer jer he..he. Dapat sepotong dua pun dah kenyang ni. Kalau nak tabur cheese lebih -lebih pun boleh....tu ikut selera masing2 ye

Resepi doh pizza gebu : CMG
BAHAN-BAHAN DOH PIZZA :-)
  • 300 g tepung gandum ( ida guna tepung roti )
  • 6 g instat yeast
  • 20 g mentega
  • 10 g gula halus
  • 1 camca teh bread improver (optional)..yg ni ida tak der stok
  • 1/4 camca teh garam
  • 1 1/2 camca besar madu
  • 170 ml air ( -+ )
  • Sedikit tepung untuk ditabur

BAHAN TOPPING TUNA yg ida buat:

  • 2 tin kecil tuna dlm tin( plain )
  • mayonis 
  • Sos tomato secukupnya*
  • Sos cili secukupnya*
*Sos cili dan sos tomato dicampur bersama
*Ambil sedikit  @ 2 - 3 sb sos yg dicampur tadi , serta 2 sb mayonis gaul dgn tuna
*kalau ada sos pizza, guna sos pizza & tak perlu letak sos cili dan sos tomato tu
  • Sedikit serbuk oregano
  • Sedikit serbuk lada hitam kasar
  • Keju mozarella halus / boleh juga letak mix cheese halus 
  • Capsicum...didadu
  • 1 biji bawang besar... didadu
  • Timun jepun..dihiris bulat-bulat
CARA MEMBUATNYA :

  • Cara CMG buat UNTUK DOH PIZZA :- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas, kecuali mentega dan tepung untuk ditabur, gaul rata hingga bersatu. Tambah mentega dan terus menggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. KAEDAH LAIN :-Masukkan semua bahan untuk doh kecuali tepung untuk ditabur, ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap.

Cara CMG kt bawah, ida ada tambah & edit sedikit

  • UNTUK PIZZA TUNA GEBU :- Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 2 dulang pizza berukuran 9 inci, sapu dengan sedikit mentega. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 2 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi dan biarkan kelilingnya sedikit tebal.
  • Ratakan sebahagian sos pizza/campuran sos tadi  ke atasnya. Tabur sedikit keju mozarella
  • Susun bahan untuk pizza atasnya (buat 2 bahagian) dimulai dengan tuna dan diakhiri dengan keju mozzarella.( ida biarkan 15 minit dlm oven yg dipanaskan sbb cuaca agak sejuk kt sini supaya doh naik lagi baru bakar ) Bakar 20 - 25 minit hingga keju mencair dan roti kelihatan kuning keemasan. ( ida bakar lebih kurang 18 - 20 minit shj )
  • Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
.
Note : Jika berada di negara 4 musim yang sekarang ni suhunya sejuk, kemungkinan doh lambat utk naik dan kembang. CARA utk cepatkan doh naik/kembang :

  1. Letak doh depan heater / pemanas udara atau 
  2. Panaskan oven seketika, tutup suis. Masukkan doh yg dicanai leper dan sudah diletak topping ke dalam oven yg panas tadi, biarkan seketika..insyaallah doh tu akan kembang/naik

Bismillah.........jemput makan semua!

Resepi ' Death by Chocolate Cake'... kek anpanman hari tu

Salam kembali......baru teringat resepi kek birthday anak ida hari tu belum lagi ida update resepi kt sini. Death by Chocolate Cake.....resepi amik kt MyR by mrsdayat. TQVM di atas resepi kek yg sgt enak ini.

Anpanman atas permintaan birthday girl ari tu.....nak tengok N3 birthday anak ida Ain dgn kek anpanman ni boleh klik SINI


Walaupun ida tak potong tgh kek dan tak letak krim coklat dlmnya, namun ia masih tetap sedap sgt.......boleh death spt namanya.

Resepi Death by Chocolate Cake

Bahan-bahan ( loyang 9" )

  • 2 cwn gula (kisar)....ida guna gula dh halus jadi ida tak kisar
  • 2 cwn tepung (ayak)
  • 3 biji telur grade A
  • 1 cwn koko powder
  • 1 cwn susu cair
  • 1 cwn minyak(sy gune butter cair)
  • 1 cwn air panas didih
  • 1 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp baking powder
  • 1 tsp esen vanila
  • **utk ganache** ida tak buat ganache ni sbb tak der golden syrup
  • 2 cwn non dairy whipping cream
  • 500g cooking chocolate
  • 1/8 cwn golden syrup

##utk whipped cream
  • 1 cwn non dairy whipping cream ( 200 mls )
  • ida tambah 2 sb serbuk koko sbb tak letak cooking coklat cair dlmnya
  • 3 sb gula
  • 1/4 sk garam
Coklat ganache yg ida buat :  Jika nak sapu seluruh kek, kena lebihkan sukatan bawah ni
  • 170 gm chocolate cubes ....ida tak der cooking chocolate
  • 40 mls whipping cream
  • 60 mls susu segar
  • 1/2 sb butter/marjerin

Cara-cara


  • tepung +koko powder+soda bikarbonat+baking powder di ayak bersama
  • pukul gula dan telur sampai kembang, tambahkan esen vanila
  • masukkan susu dan minyak/butter cair dlm adunan,kacau sebati
  • masukkan bahan2 yg diayak (cara 1) kedalam adunan. gaul dgn cara kaup balik
  • last skali masukkan air panas..kacau sebati
  • bakar selama 45 minit pd suhu 175-180degree. buleh juga kukus selama lebih kurang 1 jam

**utk ganache**ida tak buat yg ni
  • dlm mangkuk kecil, didihkan whipping cream 
  • bila dah didih,padam api...dan masukkan cooking choc, kacau sebati 
  • tambahkan golden syrup
  • ambil 1 cwn ganache..bakinya simpan dlm peti sejuk

Cara chocolate ganache yg ida buat dari bahan atas:
  • Panaskan susu dan whipping cream secara double boiler lebih kurang 3 -4 minit
  • masukkan coklat..biar sekejap dlm 3 minit  baru kacau, tutup api, masukkan butter kacau sebati.
  • Sedia utk dihias pd kek
  1. ##utk whipped cream..pukul 1 cwn whipping cream sampai muncul soft peak, kemudian tuangkan 1 cwn choc ganache yg di ambil dr langkah sblum ini. kacau sebati...ida tak buat cara yg ni

Cara whipping cream ida buat:
  • Pukul bhn whipped cream hingga pekat....jgn terlalu pekat
Cara hias :

  1. kek yg dah siap..di potong tgh2. sapukan dgn whipped cream dari step di atas.kemudian lapiskan dgn kek yg separuh lg..sapu hingga menutupi keseluruhan kek.kemudian..simpan dlm peti sejuk lebih kurang 30 minit...ida tak lapis whipped cream dlm kek
  2. ambil kek yg dh disapu whipped cream td,sapukan pula dgn ganache yg kita dh simpan dlm peti(rujuk step simpan semula dlm peti lebih kurang 30 minit. Coklat ganache ida tak sapu seluruh kek, ida sapu tepi jer
  3. Ida hias/deco seterusnya seperti kat atas

Sunday, October 23, 2011

Roti goreng tempura inti sambal bilis

Salam kembali........salam ceria selalu, n3 hari ni ida pilih menu yang  simple2 aja. Ni pun kutip gambar menu yg simple jer dulu , pic menu2 lain  terpaksa ida simpan dulu sbb masa dan keadaan tidak mengizinkan utk masukkan semua n3....rasanya dah berkepuk gambar2 dlm simpanan ida ni...adoiiii. Berblogging hanya sampingan ida sahaja........jika ada luang ida masukkan n3, sbb yang wajib dan penting harus ida dahulukan. Ida minta maaf banyak2 jika pengunjung yg dgt ke sini tgk blog ni jarang2 ada update terkininya.
Anyway.....sejuta penghargaan dan terima kasih kpd kawan2 dan pengunjung semua yg sudi ke HCT.
Roti kalau dh dekat2 exp datenyer.....kalau buat cam gini confirm licin. Kebetulan masa hari tu, ada sambal ikan bilis lebihan nasi lemak dan ada sebungkus roti yg dh dekat tarikh luputnya. Ida goreng cam gini, licin selepas tu. idea ni pun rasanya dtg dari kawan2 blogger jugak, ida dah tak ingat, pernah terpandang lama dah,....tapi roti tu celup tepung biasa la, ida nk senang, ida celup bancuhan tepung tempura ni, lagipun tepung tempura ni ranggup. Mekasih2 byk2 kpd yg memberi idea.
Selain daripada inti sambal bilis,  boleh juga letak inti sambal sardin, kaya, jem dan apa2 yg sesuai la. Senangkan, just bancuh tepung tempura, celup roti yg diletak inti dan kemudian goreng dlm minyak panas. Tepung tempura dah mmg ranggup, roti dah mmg lembut so sgt sesuai....ranggup diluar,lembut di dalam.



Ok la jom layan resepinya.......
Bahan-bahan :

  • 6 keping roti
  • 1 cawan tepung tempura.....contoh tepung tempura yg ida guna tgk SINI
  • 3/4 cawan air utk bancuh tepung
  • Sedikit garam
  • Sedikit gula / 1/4 sk
  • Minyak utk menggoreng
Inti :
  • Kali ni ida letak sambal ikan bilis
Cara-cara;
  • Panaskan minyak masak
  • Roti dibuang bahagian keras tepinya
  • Bancuh tepung tempura bersama air, sedikit garam dan 1/4 sk gula
  • Sapu rata sekeping roti dgn sambal ikan bilis, ambil sekeping lagi tutup atas*
  • Ulangi langkah * utk 4 keping roti yang lain
  • Potong setiap roti yg disapu inti tadi kpd 8......nk potong besar sikit pun boleh
  • Celup satu2 ke dlm bancuhan tepung tempura dan goreng hingga garing.

Thursday, October 20, 2011

Apam Dot Dot

Assalamualaikum dan salam sejahtera........apam dot-dot pertama........
Resepi pernah tengok kat SINI asalnya, dah berkurun nak buat versi dot-dot tak terbuat-buat............dah ramai yang buat kan.kan. Apa2 pun mekasih banyak2 kepada penyumbang resepi dan sumber resepi apam ni. Sedap apam ni.
Pernah buat apam comel.....berkerut sbb tak pakai telur dari peti ais
Yang ni kira jadi ok la kan.....masih ada jerawat2 yg hinggap hu..hu
 Izinkan ida share resepi kat sini pulak

Bahan-bahan
  • 3 biji telur - dari peti sejuk
  • 275 gm tepung gandum
  • 220 gm gula halus - ida letak 200 gm
  • 150gm susu segar
  • 3 sudu teh baking powder
  • 1 sudu kecil ovallete
  • Filling blueberry secukupnya (masukkan ke dalam piping bag)...ida pakai jem blueberry
  • Pewarna
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan apam ke dalam mangkuk mixer dan pukul kelajuan maxima selama 6 - 8 minit.
  2. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian & titiskan pewarna mengikut citarasa.
  3. Masukkan setiap warna ke dalam piping bag (atau beg plastik yang bersih).
  4. Picitkan sedikit adunan ke dalam mangkuk kertas yang telah disusun didalam acuan lompang/ida pakai acuan silicon
  5. Picitkan blueberry filling / letak jem secukupnya.
  6. Picitkan lagi adunan yang berlainan warna sehingga ¾ penuh.Kemudian dot dot kan dengan warna pilihan.
  7. Kukus didalam kukusan yang telah dipanaskan selama 10-15 minit.
Pesanan : Kukus dgn menggunakan api sederhana sahaja dan jgn buka penutup kukusan sms mengukus


Pesanan lagi dari Ida....sejuta penghargaan kpd pengunjung dan kawan2 yg masih sudi ke sini dan meninggalkan komen2 yg manis




Wednesday, October 19, 2011

Anpanman Cakes for my little princess birthday

Salam buat semua yang disayangi.......baru berkesempatan muncul kembali hari ni. Rasanya sangat sibuk sejak akhir2 ni, macam tak terkejar masa yang ada. Nak ronda2 blog kawan2 mcm tak sempat jer. N3 kali ni cuma story birthday anak ida yang paling kecil 'AIN' pada 4 hari lepas '17.10.2011 yg skrg ni sangat fanatik dgn cartoon anpanman. So utk b'daynya, dia request kek anpanman. Ida buat 2 biji, satu utk bawa ke hoikuen/tadika( kek tiramisu) saja2 jer ni, bukan la wajib di bawa pun, sebagai tanda terima kasih la pada sensei2 yg jaga ain dan satu lagi utk celebrate kt umah ( Death by chocolate cake )



Ain possing dulu sebelum bawa kek ni ke tadika.....Saiz 20 cm ni jer la yg paling besar  ida dpt buat, sbb kt sini ida hanya jumpa loyang saiz 20cm jer, walaupun ia tak sebesar mana, cikgu/sensei ain akan bahagi2 kan kek ni kpd sume sensei2 kelas yg lain termasuklah pada staf kt opis.  . Masa angah Tina dan birthday Aqil tahun lepas pun ida ada bawa kek ke tadika ni. Sebelum ni ida tak tahu, masa ni la baru  ida tahu sebab ada sensei kelas lain ucapkan terima kasih pada ida di atas pemberian kek. Mula2 ida heran gak...baru la ida faham.



Possing dgn kek anpanman ke-2 celebrate kt umah. Kek ni ida buat kek ' Death by chocolate cake' Resepi amik kt MyResepi. Jap2 lagi bila free ida update resepi kat sini



Possing bersama kad birthday yg dia dpt dari tadika...



Kek Tiramisu ni juga, bila2 ida free ida update/n3 kemudian.....

Kek anpanman yg dihias dgn chocolate anpanman serta rakan-rakannya....

Oishiikatta!! Kes malas nak belah kek & lapis krim kt dlm dia namun tetap yummy!!........
Esokya kek ni hanya tinggal suku......sempat la ida amik utk buat possing sikit. Ain sangat suka dgn kek anpanman dia ni, pagi b'fast pun ngan kek ni, balik sekolah pun bukak peti ais nak makan kek ni. Apa2 pun kek ni mmg la sgt enak!