My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, February 29, 2012

Gulai Daging Salai Daun Kesom(+ rebung Jepun)

SALAM..........
Quick n3 aja malam ni,ni hari Ahad lepas punya menu......minta maaf banyak2 sbb ida belum sempat nk buat kunjung balas. Apa2 pon ida ucapkan jutaan terima kasih kpd teman2 yg sudi meninggalkan komen pada n3 yg lepas2, dan tak lupa juga kpd para pengunjung yg sudi ke blog yg tak seberapa ni.

Sebenarnya kt sini dah lama nak buat menu ni, asyik 'M'jer. Lagipon daging ni kalau disalai atas bara api, lagi meletop2 rasa dia kan. Oleh kerana teringin nk makan, kena buat la jugak walau ku hanya bakar kt bawah dapur gas.Buat pun versi tak pedas,...utk anak2 juga makan sbb dh malas nk masak kuah lain...he..he. Macam2 versi sebenarnya gulai daging salai ni kan....first n3 menu ni, ida buat versi mcm mak ida masak masa ida kecik2 dulu.....letak daun kesom. Tapi sekarang mak dh lama tak buat.

Gulai daging salai daun kesom ( versi org merantau jer ni )
 by: Ida@happy Cooking Time
Bahan-bahan: 
  • 400g daging....disalai/bakar 
  • 2 batang serai, dititik
  • 400 ml santan pekat ( ida guna dlm tin )
  • Tambahan air secukupnya
  • 2 keping asam gelugor
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1 biji bawang besar*....kalau ada bawang merah tambah sekali lg sedap
    3 ulas bawang putih*
    1/2 inci kunyit hidup*
    1/2 inci halia*
    1/2 inci lengkuas*
    Cili padi secukupnya*( bahan *dikisar halus)...kali ni ida hanya guna green & red chili ( org Jepun panggil piman ) takut pedas utk anak2
  • Sedikit daun kesom
  • Optional Sayuran...ida letak 1 biji rebung Jepun, boleh ditukar kpd nangka muda, belimbing buluh etc..

CARA MEMBUATNYA :

  • Daging dipotong saiz sederhana besar dibersihkan dan lumur dgn sedikit garam kunyit, perap seketika dan salai/bakar hingga masak, balik2kan. Biar sedikit sejuk baru hiris nipis. 
  • Rebung dihiris nipis dan bersihkan
  • Masukkan bhn kisar ke dlm periuk, serai, santan,asam gelugor/asam keping, sedikit dulu garam & gula dan tambahan air secukupnya. Didihkan seketika
  • Masukkan  daging yg dihiris, rebung dan serai...teruskan memasak dgn api yang sederhana sambil dikacau sekali - sekala. 
  • Akhir sekali, baru masukkan daun kesom....kacau seketika
  • Cukupkan rasa baru tutup api gas. Sedia dihidangkan bersama nasi putih dan menu2 yg lain.

 Gandingan yang serasi.....heeee, ehh segan la pulak tayang gambo budu ni.Hari tu kami makan tak hinggat dunia.....nasi bertambah2..huhuuuu


Sekian, jutaan terima kasih utk semua yg masih sudi ke sini.

11 comments:

Kak Nik Ja said...

aduhai budu...terduduk jap mokwo tengok....mokwo memang peminat setia budu...chayoik3x!

Sheila Shafeareen said...

salam..menyelerakan resepi gulai dgg daun kesum nak pulak letak rebung....boleh cuba ni....

Mama Hawa/Mama Nani said...

Salam Ida..
Tahniah dear..mama tumpang gembira tgk di majalah kluaran Feb - Apabila si perantau memasak!!!
Hmm gulai daging salai mmg blm pernah rasa tapi kalau daun selom tuh mmg sedap buat ulam hehehe anyway congrats Ida :)

Chik Mimi said...

idaaaa sedapnya kalau makan konpem tak cukup sepinggan ni:)

Nadz Nazharzan said...

Hai Ida.. Chedap nyeee.. Kalau Naz lauk gini, tak cukup sepinggan nasi.. Nak2 ada rebung tu...

Unknown said...

Assalam kak Ida,maaflah lama tak singgah sini sejak cuti blogging hari tu.wahhh sungguh menyelerakan menu akak ni..memang saya terliur tgk kak..sedapnya!:)

MOKCIK AZWA said...

Wah mana tak makan bertambah Ida..dengan hidangan yang mabeles dan presentation yang sangat menggoda...alahaiii budu oo budu hehehe

Mieza said...

ida..salam rinduuuu..waaaa nottynyer ida tayang macam ni dah la perut tgh lapar ni..tak sangka lak kat jepun pun ada daging salai ye..igt kan kat negeri 9 je hehehe...sedapnyer..dah lama tak makan daging salai huwaaa

Melly Octaviana said...

Siang IDa.. wah sedap nya menu nya, my hubby suka sekali makan begini ,ada rebung jepun pula.. hehe

mama sara nur @ Cik Nor said...

assalam ida
daging salai aduhhh sodap he he
kemestian org nogeri nih, SIL akak kalu g umahnya mesti ada daging salai masak lemak,,

sleigh said...

navigate hereuseful reference navigate to this websiteclick this link now his comment is heretry this site