My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Saturday, December 11, 2010

Apam Balik

Lama tak buat ni....feberet sekeluarga masa kat M'sia, baru2 ni, terjumpa kat kedai sweet corn yg ingredient dia ok. Dulu pernah cuba resepi dr Mesra Net...ok, setelah di edit sedikit, lembut dan sedap. Resepi kat bawah ni ida edit sedikit, lebihkan adunan & sukat timbangkan dia.

Bahan-bahan :( adunan tepung )

  • 330 gm t.gandum*
  • 1 1/2 sd teh baking powder*
  • 1/2 sd teh soda bikarbonat*
  • 1/2 mug kecil+2 sd bsr lg gula
  • 1/2 sd teh garam
  • 2 sd bsr minyak msk
  • 380 - 400 mls air/susu segar........atau boleh bubuh separuh air & separuh susu
  • 2 biji telur
  • 2-3 titik essen vanilla
  • Optional....pewarna kuning...ida tak bubuh

Bahan ( inti )

  • 1 tin jagung manis berkrim/creamy sweet corn
  • 1 1/2 mug kecil kacang tanah yg telah digoreng dan dikisar separuh hancur
  • Gula putih/gula perang secukup rasa.......ida campurkan 5 sd besar gula bersama kacang kisar & semasa memasak kuih ni, ida tabur sedikit lagi gula sebab 1st kuih yg dah msk rasa kurang manis maybe gula kat Jepun ni kurang manis kut
Bahan sampingan:

  • Sedikit marjerin/butter utk sapu ke atas kuih setelah masak

Cara-cara:

  • Di dalam bekas, pukul telur sedikit dgn hand whisker, tambah essen vanilla...kacau
  • Masukkan susu/air, minyak, gula & garam.....kacau sebati
  • Ayakkan bahan bertanda * ke dalamnya...kacau sebati
  • Perap adunan selama 2-3 jam lebih baik sebelum memasak...ida perap semalaman, buat siap2 adunan sebelum tidur, esok dah boleh masak
  • Panaskan kuali leper non-stick, sapukan sedikit minyak sahaja, jika nmpk terlebih ambil tisu paper yg bersih sapu sedikit permukaan kuali tadi....jika tidak rupa permukaan kuih akan bertompok2 dan kurang cantik.
  • Ambil 1 senduk kecil adunan, ratakan di atas kuali/mengikut citarasa ketebalan kuih yg diingini
  • Biar seketika/apabila permukaan bawah kuih dah nmpk sedikit masak,...taburkan rata campuran kacang kisar tadi, sudukan jagung krim ...tambah sedikit gula lagi, ikut citarasa
  • Tutup kuali utk kuih lebih cepat masak
  • Apabila sudah masak, lipat / tutupkan kuih apam dan angkat. Sapu butter/marjerin semasa kuih masih panas. Sedia dihidangkan.


4 comments:

kasihredha said...

wah..pekena apam balik kat Jepun, sure bestkan Ida...sure rindukan makanan M'sia :)

Acik Erna said...

ida..tq..dah lama anak akak mintak akak carikan resepi apam balik dan buatkan untuk dia..tapi tak cari2 lagi..terima kasih banyak ida..boleh la akak cuba untuk dia..

Yani said...

apam balik senggit.. opppss silap.. 100 yen bleh?? ehehe

Anonymous said...

golden goose sneakers sale
goyard outlet
goyard bag
kyrie shoes
hermes birkin bag
off white jordan
fear of god
nike dunks
kobe
bape hoodie