First time buat sushi......ini lah rupa dia. Macam2 jenis sebenarnya sushi ni, tapi kan yg famous selalunya yg roll ni la. Tak sangka budak2 ni suka pulak...mak ngan bapak budak tak gemar sangat menda ni. Saja je nak menerai.....orang kata dok kat Japan,kena le cuba buat makanan tradisi dia orang walaupun serupa tapi tak sama he..he.Beras Jepun ni yang kontot2 ni memang sesuai sangat la buat sushi sebab apabila dimasak, ia memang melekat antaranya. Mula2 sampai sini dulu.....memang rasa tak leh telan nasi dia, rasa cam pulut pun ada. Lama2 dah ok dah
Apa lagi jom kita tgk cara2 nak buat sushi ......ida ada gak rujuk kat About Japanese Food
Bahan-bahan:
- Nasi beras Jepun yg dimasak dari 3 cawan beras
- 1/3 cawan cuka sushi.....kat botol dia memang dah ditulis cuka sushi dlm bahasa Jepun
- Tambahan sedikit garam & gula jika mahu....tak perlu tambah banyak sebab dlm cuka tu mmg dah ditambah siap2 garam dan gula
- Apa-apa inti kegemaran-ida letak telur dadar, ikan salmon dan udang goreng tempura serta timun Jepun
- Dry seaweed sheet
- Sushi mat...pelapik
Cara-cara:
- Sendukkan nasi yg masih panas ke dalam bekas yg besar...ratakan
- Renjiskan cuka sushi ke atas nasi dan cepat2 kacau rata dengan menggunakan senduk nasi
- Cara untuk sejukkan nasi dan mengurangkan kelembapan nasi sebaiknya..kipas-kipaskan nasi tersebut dengan kipas tangan. Ia juga akan membuatkan nasi kelihatan lebih berkilat dan senang dibentuk nanti.
- Setelah siap sushi rice ni, jom kita bentukkan sushi roll pulak
Sediakan sushi mat, alaskan pula atasnya dengan dry seaweed sheet,kemudian baru ratakan sushi rice tadi ke atasnya. Letakkan inti kegemaran di tengah2 nasi dan gulung kemas2 dan padat2. Pastikan betul2 padat supaya sushi roll ni tak terburai setelah dipotong2. Sushi mat tu la fungsi penggulungnya.
Haa..gambar atas ni yang masih berbedung.......
Ni pulak ......bedung dah terbukak...bukan terbukakkk la...dah dibukak, kalau tak bukak macammana nak potong. Potong dengan pisau lebih kurang 1 inch tebal.
Sushi roll yang dah siap dipotong dan sedia untuk di ngap.......haipp! sabar anak2 ya...ummi belum habis snap lagi ni..
4 comments:
salam ida - comel nyer lina pun belajar makan sushi ni..tp sedap jugak :)
waahhh bestnyer. kak, kat malaysia senang ke nak dapat beras jepun ni? huhuh. nak try wat gak..huhuh
salam kenal kak. ^^
saya ira. folower baru blog akak yg best nih ^^
saya suka masak..n suke godek2 resipi dr blog akak =))
nice to knoe u sis ^^
Lina & ira ...slm kenal juga dr sini, thanks a lots sbb follow HCT..nanti bila2 ida/akak free nak tinjau gak sana
see here now g9a26h3g03 louis vuitton replica handbags best replica bags online 2018 replica bags uk replica hermes handbags g4s79a3s17 replica bags hong kong replica bags toronto click for more c6b94k2w67 7a replica bags
Post a Comment