My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Friday, December 10, 2010

Grilled Foods

Gambar menu simple untuk b'fast ni dah terperap lama sgt dah......tak susah pun nak buat dia, cukup bahan mentah yg ada dah bole siap menu kat atas ni...sekali-sekala tukar selera orang putih apa salahnya....

Bahan-bahan:
  • Thin slice beef/daging slice yg nipis secukupnya
  • Kentang....dikupas kulit & dipotong nipis
  • Sosej secukupnya...dibelah 2
  • Serbuk lada sulah secukup rasa *
  • Serbuk lada hitam secukup rasa *
  • Oregano secukup rasa *
  • Bawang putih ( dlm 3-4 ulas )....kisar/tumbuk hancur *
  • Garam secukup rasa *
  • 1 sd besar mentega
  • Kobis secukupnya diracik/hiris halus
  • Carrot dibuang kulit & sagat halus
  • Mayonis
  • Sos lada hitam....pencicah
  • Sos cili....pencicah
cara-cara:

  • Mula2 sediakan salad.......gaulkan kobis yg diracik halus & carrot tadi bersama mayonis & ketepikan dahulu
  • Gaulkan daging slice bersama separuh bahan bertanda *
  • Gaulkan kentang bersama lebihan bahan bertanda * tadi
  • Guna kuali non-stick, titiskan sedikit minyak masak kemudian masukkan 1 sd besar butter....biar butter cair
  • Aturkan daging, kentang dan sosej.....kalau muat semua la...kalau tak, bakar satu2. Grill sehingga masak.
  • Apabila semuanya sudah masak, sedia dihidangkan seperti di atas ...sedap dimakan semasa panas2

0 comments: