My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Sunday, October 30, 2011

Muffin Peach

Salam...bersua lagi dgn tayangan muffin pulak, ni pun menu dah lama buat. baru berkesempatan nak update kt sini. Resepi skodeng kt dapur Izah Muffin Lover, resepi dari Yani, Deco Choco yg dia letak kt Myr dulu. Mekasih yg tidak terhingga kepada izah dan yani di atas resepi yg enak ini. Izinkan ida kongsi kt sini pulak ye...
Resepi : Yani
Sumber : Izah

Bahan-bahannya:
  • 150 gm tepung
  • 1/2 sudu besar baking powder
  • 75 gm gula perang
  • 10 gm gula kastor
  • 60 gm butter (suhu bilik)
  • 1 biji telur saiz A
  • 60 ml susu segar
  • 1 biji buah peach ..ida guna yg dlm tin, balance ida hiris panjang utk topping atas
*Jika guna peach dlm tin, sejatkan air dahulu

untuk topping:( ida tak buat, ida letak hirisan peach sebelum bakar )
50 gm gula aising + 3 sudu kecil air + 1 sudu kecil essence vanilla....bancuh

  • Ayak tepung bersama baking powder. Potong dadu buah peach
  • Pecahkan telur dan pukul sedikit agar putih dan kuning bersatu
  • Pukul butter sehingga berkrim dan masukkan gula ke dalam butter dan pukul hingga gebu.
  • Masukkan telur sedikit demi sedikit dan pukul sebati.
  • Masukkan tepung tadi sedikit demi sedikit 3 kali berturut turut berselang seli dengan susu segar dan kacau cepat-cepat.
  • Akhir sekali masukkan buah peach dan kacau rata.
  • Sudukan ke dlm acuan muffin. Ida letak hirisan peach di atas, sebelum dibakar.
  • Bakar muffin ini pada suhu 180 C selama 20 minit
  • Gula aising yang dibancuh tadi boleh dicurahkan ke atas muffin yang siap dibakar. (saya tak buat topping gula aising tu..tak sempat buat dah ngap)

Atas tu ida letak hirisan peach sebelum ia dibakar, sbb tu rupanya sebegini heeeeee....apa2 pun mabelesss la muffin ni.

16 comments:

Liza said...

salam ida...kalau peach dlm tin blh guna tak?

Mamasya said...

Aslmkum Ida

nampak lembut muffin Ida ni....sedap buat minum ptg...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

lepas puasa x buat pow muffin
nnt bufday adam baru buat kot
mood rajin x der skrng ni
la mood nak kuruih jer ngeeee

izahdaut said...

Wahh kak idaaa seksinya mapin ni. Comel lawa n mmg sedap. Saya suke mapin ni. Gambar cantikkk

ucubakery said...

betul kata izah ...muffin ni nampak keseksiannya...hihihi...

tun_telani said...

wahhh!! mapin peach pulak! tun, kalau dh bukak tin peach tu mmg x sempat wat kuih, satu satu masuk mulut, tgk2 dh habis.hehe

Nadz Nazharzan said...

Assallamualaikum Ida.
Ermm..naz pun suka kalau resepi muffin dari kak Yani ni. Setakat ni resepi muffin dari Kak Yani mmg sedap dan gebu jer.. Cantik la buat dlm bekas cc yg tecik2.. tomeiii..

ady said...

as-salam ida
muffin tu npk gebu dan lembut...comel2nye muffin tu ida

Mieza said...

Salam ida..alamak rasanya baru semalam ida tayang muffin oren crumble tu..resepinya mieza dah print tp belum lg buat..dah ida tayang muffin ni lak..tahan mieza sbb mieza ni penggemar muffin juga..kena simpan lagi resepi ni masuk waiting list..:)

K.zai said...

salam ida..gebu npk mufin...tentu anak2 suka makan..hilang penat kalau mereka suka kan

Acik Erna said...

tengok rupa dan warna..macam muffin oren kan ida..

cik cek said...

Gebunya muffin....mesti sedap + peach....

JaSSNaNi said...

sedapnya... boleh tahan kretip ye.. buah peach tu jarang2 org dapat idea wat mufin.. hmmmm.. nyum nyum...

Asmara said...

wah best ni, boleh buat jugak sebb stok peach dlm tin ada 2 lagi. bdk2 kdg mkn mcm tu je. :D

anymz said...

salam ida,ini lah projek mapin akak yang selalu tertangguh..makan kat rumah ida dulu lah.:))

CT Delima said...

As'salam Ida

wahhh cun nya muffin peach tu. sesuai dengan selera yang mengemari muffin macam ni kan. sangat cantik, kena share resipi gak ni..hehehe