My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Monday, November 7, 2011

Kek Karamel Alunan Kasih....biru & purple

Salam kembali.......kek karamel yg ida buat sempena Aidiladha beberapa hari lepas. Hanya 2 alunan sahaja dapat buat sbb loyang kek 4 segi ida cetek, tak muat utk 3 alunan..balance puding dan kek, ida bakar dlm loyang kecik yang lain. Sepatutnya lapisan puding karamel tu tebal ya jika dibakar dlm satu loyang.
Kek karamel alunan kasih ni pernah nmpk Anna Qawina buat, so ida pun teringin nk alunkan kasih kt kek karamel ida ni. Mekasih banyak2 ye anna. Resepi asal kek karamel dari Puan 
Munirah Baharum, TQVM.

Memang sedap sangat kek karamel ni, so kira dah 4 kali buat la ni, hanya publish 2x jer, versi pelangi / belang2 boleh tengok SINI... boleh tgk step bergambar.kt situ.
Sumber : Anna Qawina.....ida ada edit sedikit ayat asal 
Resepi asal kek karamel : Puan Munirah Baharum

Bahan-bahan : Loyang 22cm

(A)-Gula Hangus
2 sudu besar gula (utk bt gula hangus) 
*tabur gula dlm loyang n msk ats api perlahan..biar gula hancur n wrna tukar jd perang) 
Ketepikan dulu (gula tersebut akan mengeras & berbunyi macam kaca pecah gitu) 

(B) - Bahagian Atas
1 cawan susu cair....ida letak susu segar 200 mls 
1 cawan susu pekat manis.....ida gantikan dgn susu segar 200 mls 
1 sudu teh esen vanila 
3 bj kuning telur 
2 biji telur (putih & kuning) 
ida tambah 120 gm gula sbb tak guna susu pekat 

(C) - Lapisan Kek 

140 gm tepung gandum* 
70 gm gula kastor 
3 bj kuning telur 
135 ml air biasa 
1 sudu teh baking powder* 
45 ml minyak msk 
1/2 sk garam...ida tambah* 
beberapa titik essen vanilla..ida tambah 

* diayak bersama

D) Merinque
6 bj putih telur 
70 gm gula kastor 
1 sudu teh krim of tartar 

Cara-cara :
  • Sediakan bahan (A) dahulu, ketepikan. 
  • Bhn (B) campurkan semua bahan perlahan2...jgn bg berbuih2...nti x jd karamelnye...ida guna hand whisker 
  • Tapis bahan (B) td dlm loyang gula hangus (A) tadi..ketepikan. 
  • Bahan (C):
  1. Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih. 
  2. Kemudian masukkan gula kastor,essen vanilla dan pukul lagi sampai naik sekali ganda. 
  3. Masukkan bahan ayak *, kacau secara kaup balik hingga sebati( ida pukul perlahan sekejap ) 

  • Bahan( D ) / meringue :....boleh buat yg ni dulu sebelum C( ida dh try, ok jer )
  1. Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering. Pukul putih telur hingga berbuih. 
  2. Masukkan gula dan tartar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh / jadi meringue
  3. Campurkan adunan (C) + (D) dan gaul ngan senduk hingga sebati..jangan terlebih kacau, agak-agak bercampur sebati je. 
  4. Bahagikan kpd beberapa 3 bahagian & letak pewarna n paste kalau nak..( ida terpaksa buat 2 alunan sbb loyang 4 segi ida cetek ) 
Cara buat lapisan alunan kasih( 3 alunan ) : 
  1. Bahagian pertama, tuangkan ke dlm loyang yg ada gula hangus & keremel tadi (A + B). Ayakkan rata serbuk koko ke atasnya/ ke atas bahagian pertama tadi.
  2. Tuangkan rata aduanan kek yang kedua pula ke atasnya, ayak lagi serbuk koko rata ke atasnya.
  3. Akhir sekali tuang rata adunan bahagian ketiga. Yang ni tak perlu ayak serbuk koko.
  • Panaskan oven terlebih dahulu dalam suhu 170 C 
  • Bakar cara double boiling /steam bath - selama 1 jam dengan suhu 170 C ( jika buat 3 alunan ). Ida guna microwave oven, so tak ada api bawah. Jika buat 2 alunan sama cam ida, kena kurangkan sikit masa membakar tu ye, ida bakar lebih kurang 45 minit.
  • Cara asal bakar : Bakar cara double boiling - selama 1 jam 10 minit dengan suhu 175'C, menggunakan api bawah dahulu selama 40 minit, kemudian api atas bawah sehingga masak *Boleh juga menggunakan api atas bawah tetapi guna suhu 160'C / 170'C sahaja, (bergantung kpd oven masing-masing juga ya) 
  • Jika tak pasti keremel dah masak ke belum boleh tambah lagi masa membakar lebih kurang 10 minit, 
  • Bila masak angkat & rehatkan 25 minit/setengah jam( masa ni kek sudah renggang dari tepi loyang dan dah agak sejuk jadi senang nak keluarkan kek).Ida lorekkan bahagian tepi kek dgn pisau kecil bagi mengelakkan kek dan terutamanya karamel melekat pada loyang. 
  • Terbalikkan kek yg dibakar ke atas dulang atau pinggan dan biar ia turun sendiri tadi.... 
  • Masukkan dlm peti sejuk 1 jam n lepas tu mkn sejuk2. Lebih sedap selepas semalaman. 
  • Sedap dimakan sejuk. 
Kaedah Steam Bath ( boleh tengok n3 kek karamel yg ida buat sebelum ni )
  • Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi. 
  • Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadi dan baru bakar 
  • Atau sediakan loyang yang lebih besar dari loyang kek.Letak loyang kek ke dalam loyang yg besar tadi. Masukkan ke dlm oven dan baru tuangkan air panas ke dlm loyang yg lebih besar tadi. Cara ini untuk mengelakkan 'bahaya' air panas tertumpah sms mengangkat loyang

Jika buat 2 alunan mcm ida ni, kena kurangkan sedikit masa membakar ye.

16 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

auwww ni pow kira cantek giler la kak....karamel tue menggoda sungguh....ayu plak mmg suker karamel gini....tapy diet lagik sebab BAMOKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKKK

liemaopurut a.k.a ana said...

cantek la...ntah biler nak try wat kek karamel ni.

nur easy said...

ingat kat nemo, kalau tgk kek alunan kasih ni... mesti sedap kan..;)

Asmara said...

wah kek karamel alunan kasih! mesti lagi sedapkan. teror la akak mempelbagaikan resepi yg ada. :D

JaSSNaNi said...

Selamat hari raya aidil adha.. :)

assalamualaikum.. lawanyaaaaa kek alunan ni.. cantek walaupun cuma ada 2 alunan.. tapi cukup kemas.. dah banyak kali tengok kengkawan buat kek ni, nani blom pernah cuba.. rasanya nak wat gak dalam waktu terdekat ni.. insyaALLAH.. nak mintak kebenaran simpan resepi dlm folder resepi nani ye.. :)

Amie said...

ooooowww...sangat cantik! KKAK yang nampak menarik beralun dengan warnanya yang romantis...

Acik Erna said...

assalam ida..karamel ida jadi cantik sangat.
tu sebab kek ida pun ikut jadi cantik.

Nuwairani said...

teringinnya nak buat lagi kek ni...

Mieza said...

Ya Allah jgn la ditayang kek mcm gini..tak tahan wehhh! Dah byk kali nampak kek ni..ramai betul org yg telah mencuba..kena try gak la kalo mcm gini..cantik gabungan kaler biru dan pepel tu..cantek sesangat marble nya..mmg kompom nak kena try juga!

rahel said...

Selamat malam Ida...mengancam betul kek karamel alunan kasih tu...tak sabar nak cuba..

ady said...

as-salam
sungguh cantik kek karamel alunan kasih tu....nice combinations of colour..

nOOrsha said...

salam aidiladha kak ida... sangat cantik kek karamel akak ni... smooth je nampak puding tu..yang saye wat aritu berlobang²...hehehe...

Munn Jaafar said...

perrrrhhhhhhhhhhhhhhh terliur ni kak oiiiiiiii

quinnie said...

akak saya baru beli perwarna biru dan purple...nanti buat kek nak buat warna macam akak jugak..hihihi

akak anna kata..kalau letak milo gantikan koko tu lagi sedap sebab boleh tabur byk2...saya tak cuba lagi..lain kali nak letak milo..hihihi

Anna Qawina said...

aslmkm...haishh..mcmana leh tak nampak n3 lawo giless nih? oo..saya lik kampug haritu kan..hehe..tq sudi try yg ni, cantik sungguhla..tak tipu..sungguh cantik..huhu..malas sbnrnya nak melayer wat alunan kasih..ada gak yg tempah nak gitu tp kita malas nak buat.kikikii..

btl kata Quinnie tu..koko ganti milo/coklat malt lg sedap..:))

sabar dubai said...

wahhhh patot laa mensuggest kite buat ala2 mcni...cantikkkk sgt2222 laa kak ida....