My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, November 9, 2011

Nasi Beriani Ayam Goreng

Salam buat sayang buat semua kawan2 dan pengunjung yg sudi ke sini......... nasi beriani ni sempena aidiladha tempohari , ida bawa ke jamuan hari raya group kami kat sini. Ida pakai rempah pakistan + rempah dari M'sia. Kalau pakai rempah pakistan shj, takut pedas sgt pulak. Selera tekak ida memang terpaut dengan rempah beriani pakistan ni. Ida ada letak contoh gambar kotak rempah kt bawah nun ya.

Inilah rempah beriani yang ida guna, ada dua jenis sebenarnya...satu lagi Biryani  Bombay brand National  pun sedappp, kurang pedas sikit. N3 nasi beriani daging yg ida buat sebelum ni klik SINI.  Ida msk hari raya haji lepas guna rempah kt dlm gambar tu, saja nk habiskan stok.


BAHAN-BAHAN:
  • 6 1/4 cwn air utk masak nasi ( sukatan air adalah bergantung pada jenis beras )
  • 6  cawan beras basmathi...direndam 1/2 jam
  • 1 1/2 kg ayam...dipotong saiz sesuai
  • 2 labu bwg besar ...boleh tukar kpd bawang merah*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 6 ulas bawang putih *
  • 1 cwn plain yogurt
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • 15 biji tomato ceri 
  • Sedikit pewarna kuning
  • 4 sd besar rempah Bombay Biryani Masala
  • 2 sd besar rempah beriani M'sia ( ida guna cap Sernan )
  • Garam secukup rasa
  • 1 sd besar gula
  • 1 biji capsicum merah/hijau...dihiris nipis2/didadu
  • Optional....carrot ( ida tak letak kali ni )
  • 1 labu bawang besar...hiris bulat nipis
  • Sedikit air asam jawa / perahan lemon
  • Sedikit air tambahan 
  • Cadangan hiasan...daun sup,daun bawang  yg dipotong, & bawang goreng ...kali ni ida tak buat
Bahan menumis:
  • 1 inci halia...dihiris halus
  • 3/4 labu bwg besar...didadu
  • 4 btg kecil kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 8 biji buah pelaga
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 1 sk kecil lada hitam biji
  • 1/2 cawan minyak sapi / 5 sb dan 1/2 cawan minyak masak
CARA:
  • Ayam dibersihkan dan digaul garam kunyit
  • Goreng ayam hingga masak tapi tidak garing dan ketepikan.....kalau tak nak goreng pun boleh, masukkan terus ayam ke dlm baki rempah kt bawah, air letak lebih supaya ayam empuk.
  • Basuh beras, toskan air.
  • Kisar bahan yg bertanda *
  • Panaskan minyak sapi + minyak, tumis bhn tumisan sehingga naik bau., lepas tu masukkan bhn kisar...tumis sehingga sedikit garing
  • Masukkan rempah beriani dan sedikit air/ 1/4 cawan ....tumis sekejap
  • Masukkan yogurt, daun ketumbar, gula, sedikit air asam jawa  dan 1 1/2 sk  garam / secukupnya.....tumis  hingga naik minyak, pekat dan sedikit kering.
  • Bahagikan rempah yg dimasak kepada 2 bahagian. Satu utk masak nasi dan satu utk digaul dgn ayam.
  • Masak nasi bersama 1 bahagian rempah tadi, air yg disukat dan tambah  1 sk gula dan 5 sk garam...kacau. Masak nasi seperti biasa( ida guna periuk eletrik )
  • Semasa 20 minit terakhir nasi sedang dimasak, titikkn beberapa tompok pewarna kuning ke atas nasi. Tutup semula periuk, jangan kacau.
  • Apabila nasi sudah masak, kacau secara rawak dengan senduk supaya bahagian nasi yg diletak pewarna kuning bercampur rata dengan yang lain.
  •  Dalam kuali yg baki 1/2 rempah tadi, masukkan ayam, tambah 1 cawan air..renehkan hingga pekat semula baru masukkan, bawang besar hiris, tomato ceri, carrot jika suka dan capsicum...kacau sekejap dan tutup api. Ketepikan.
  •  Perasakan garam jika masih kurang.
  • Cara menghidang : Cedok separuh nasi yang sudah masak ke dalam mangkuk besar. Lapiskan dengan separuh  ayam , lapiskan pula dgn baki nasi tadi dan letak semua baki ayam. Jika nasi tidak habis dimakan, boleh masukkan semula dalam periuk nasi elektrik dan keep warm.


SELAMAT MENCUBA. Nampak jer panjang berjela, tapi bila kita selalu masak nasi berperisa ni, semua step dah boleh hafal kan. Ia sedap dimakan begitu sahaja walaupun tanpa kuah lain, kalau nk combine dgn lauk pauk lain / kuah lain pun boleh.....sebenarnya ida dah terpikat dgn nasi beriani kat restoren pakistan dan bangladesh kt sini. Diaorg hidang lebih kurang cam gini la, tapi nasi diaorg lebih oily lagi lagi dan ayam dier tak goreng,pernah gak buat versi tak goreng pun sedap....

Ini la ayam goreng yang digaul dan dimasak sekejap dgn lebihan rempah beriani tadi, macam terlebih kering sikit ayam ida ni......kalau tak nak gaul terus ngan nasi, boleh dihidang asing dlm pinggan dan ditambah kemudian dlm nasi sms hendak makan.....terpulang kpd citarasa masing2 ye.

17 comments:

ady said...

as-salam ida
Waaah.. ida sungguh menyelerakan nasi beriani ni..npk sedap..tak blh tgk lama2 rasa lapar ni..

Liza said...

salam ida...sedapnya mkn nasi beriani ni tuk lunch....

cik cek said...

Emmm...lama teringin nak masak nasi beriani...asyik betangguh je nak buatnya...jenjalan sini...tumpang mkn sekali lah...:D

Gee® said...

yaww!! sedapnya...

quinnie said...

menariknya kak..teringin nak buat la pulak rasanya hari ni..huhuhu....saya plak tak berapa nak larat masak hari ni...adusssss...kena pejam2 mata tengok gambar nasi akak ni..:)

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

clap clap clap
yeahhh kiter geng la akak
sebab ayu pow pakai rempah gini gak
pedas skey khen baru terangat...
org utara mmg suka pedas2 hikhikhik
oishii sou

Amie said...

Assalam Ida,
kak Amie sampai tepat pada masanya...peerut tengah berkeroncong ni, ada pulak hidangan nasi beriyani...hulur pinggan ni, isi penuh-penuh...nak ayam 2 ketul ye...

Asmara said...

kak Ida, saya pun suka guna jenama Ahmed ni, terasa mkn mcm kat kedai diorang kan! :D

Acik Erna said...

assalam ida..akak tak pernah tengok pulak rempah tu.
kat malaysia ada ke ida..

ucubakery said...

wah nasi beriani....boleh lah nanti masakan utk rakyat kt rmh ni..sebelum tu ucu makan ida punya dulu lah ye..

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ida..Salam AidilAdha....Sedapnya nasi Beriyani...

Unknown said...

wah.. dah lama x makan nasi beriani

Mieza said...

ida....tak tahannnnn tgk nasi beriani ida ni...mengancam diet ku ini...bila nak diet dan ditayang food yg sedap begini...aduh azabnyaaaa ya tuhan!

rahel said...

Mat malam ....hebatnya hidangan nasi beriani tu...suka tengok nasi dia ..berderai jer..

Nuwairani said...

serius kak ida seorang wanita yang tabah! boleh masak guna resepi panjang berjela macam tu...hadoi.... kite surrender dah...sanggup order kedai la kot...tak larat nak masak

Unknown said...

sedapnya tgk nasi beriani kak ida ni..lama tak msk ni. nieza suka guna rempah beriani pakistan jenama shan...memamng sedap dan pedas:)

K.zai said...

sedapnya..mcm lbk kurang sama je nasi kite ye ida..resepi akak sng n sempoi je..itu je yg termampu buat ..hehehe ..