My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Monday, February 20, 2012

Tomyam Putih ...versi rebus

SALAM BUAT SEMUA......

Sumber :IbnuKhusairy.com
Sedikit olahan : Happy Cooking Time

Bahan-Bahan

  • 1 cawan isi ayam didadu
  • Air secukupnya
  • 1 ekor sotong besar....dipotong/boleh letak udang/dua2 sekali
  • 5 ulas bawang putih – diketuk
  • 1 biji bawang besar -dihiris nipis
  • 5 biji cili padi – diketuk
  • 2 biji tomato – dipotong dadu
  • 3 batang serai – diketuk
  • 1/2 inci lengkuas...diketuk ( ida tambah )
  • 6 helai daun limau purut dihiris1 sudu kecil air asam jawa
  • Air limau nipis/air lemon secukup rasa
  • Sedikit serbuk lada hitam..sikit jer
  • Daun ketumbar – dipotong kasar jika ada....ida tak der stok
  • 1 sb sos ikan/nampla...ida tambah
  • Sayur-sayuran cth carrot, bunga kobis, capsicum ..ida tambah
  • Garam & gula – secukup rasa
Cara membuatnya:
  • Tuangkan air kedalam periuk
    Masukkan ayam, halia, lengkuas & bawang putih....rebus hingga ayam masak.
  • Masukkan sotong dan terus masukkan tomato, biarkan 1 minit
     Masukkan air asam jawa, sikit garam ...kacau
  • Besarkan api sebesar2nya dan masukkan sekaligus serai, daun limau purut & bawang besar dan serai . Biarkan menggelegak kuat selama kira-kira 30 saat la lebih pun tak apa..
  • Perlahankan sekecil-kecil api. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan sayuran dan cili.
  • Taburkan serbuk lada hitam dan perahkan limau nipis / lemon. Pastikan proses ini berlaku tidak lebih 20 saat
    Tutup api. 
  • Angkat terus dan hidangkan
    Taburkan potongan daun ketumbar sebagai hiasan sikit.


Sangat sedap bila dihirup2 juga....sorry tiada celoteh sbb nk rushing n3 satu lagi menu

1 comments:

ummiaisyah said...

salam ida..
kalo mkn kt kedai tomyam..mmg sy order tomyam putih..tak minat yg kaler merah tu...tp tomyam ida ni unik..ada boh lada itam ekk..nnti bule try..thanks 4 sharing