My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Sunday, June 12, 2011

Pasembur @ Rojak India


Jom makan Pasembur!!!...dah habis dahhh, layan gambar-gambarnyer je la. Walaupun bahan-bahan yang ida buat tak 100 % lengkap, tapi sudah cukup rasanya untuk melepas rindu dengan rojak mamak/rojak India ni di M'sia. Feberet jugakk ni.....hari tu pernah nampak umah Nieza ( Our Journey Begins )...terus meleleh air liur ni haa. Sebab lama tak makan. Nieza sumber ilham K'Ida untuk buat Pasembur ni....Tapi K'Ida buat ni, banyak ikut tekak orang Melayu sikit dan ikut mana bahan yg ada. Ia juga hasil dari maklumat yg diberikan oleh hubby yg masa bujang dulu2 pernah menjual pasembur....tolong jual jer, bukan dia yang buat. Kalau nk tengok cara Nieza buat, boleh jenguk dapur dia k. Mekasih banyak2 Nieza.


Mula2 kena sediakan kuah dia dulu.....sweet & spicy peanut sauce / kuah kacang ni.

Sumber Ilham : nurniezza.blogspot.com
Modified : Happy Cooking Time

Bahan Kuah :
  • 250 gm kacang tanah......digoreng tanpa minyak & buang kulit serta dikisar halus / kalau tak ada boleh pakai kacang tanah pkt yg siap dan sedia dimakan tu.
  • 1 labu bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • Sedikit belacan*...sebesar duit satu sen
  • 5 tangkai cili kering..direndam air panas*......nk letak lebih pun boleh sbb yg Ida buat ni tak berapa pedas
  • 1 sd besar serbuk cili
  • 3 biji kentang direbus empuk ( boleh juga letak keledek @ campur2)
  • 1 sd besar kicap pekat
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 ketul/keping gula melaka
  • Tambahan gula pasir secukup rasa...ida letak lebih kurang 1 cwn
  • Garam secukup rasa
  • 1 sd bsr bijan yg digoreng tanpa minyak....kalau suka
  • Air secukupnya untuk kuah....kepekatan kuah ikut citarasa masing2
  • Sedikit minyak masak untuk menumis
CARA:
  • Kisar bahan yang bertanda *
  • Blend kentang dgn air.
  • Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang sehingga naik bau.
  • Masukkan cili, belacan, tambah sedikit air...tumis sehingga masak
  • Masukkan kacang tanah, kentang yg diblend serta bahan-bahan lain.....kacau sebati
  • Masukkan air secukupnya...agak2 kuah cukup kepekatannya
  • Masak sehingga mendidih.
  • Perasakan garam dan gula secukupnya baru padam api.

Pasembur atau Rojak India atau dipanggil juga Rojak Mamak salah satu menu yang terkenal di kalangan peniaga2 India dan juga Mamak di M'sia. Pergi jer mana2 restoran /gerai India dan Mamak, mesti ada menu ni. Sebenarnya pasembur ni ada 2 jenis cucur, satu cucur udang satu lagi cucur yang ida tak pasti. Ada sape2 boleh SHARE RESEPI CUCUR TU?????........
Jom kita tengok bahan pelengkap seterusnya....

CUCUR UDANG : ( boleh buat seperti cucur udang biasa @ boleh ikut resepi Ida )
  • 2 1/4 cawan tepung gandum
  • 2 sd besar tepung jagung
  • 2 sd besar tepung beras
  • 1 biji telur saiz S
  • 1 cawan air atau secukupnya
  • 1/2 sd besar gula
  • Garam secukupnya
  • 1 sd teh baking powder
  • 1/2 - 1 cawan isi udang...dipotong kecil2
  • Sedikit daun kucai...dipotong pendek2
  • 1/4 labu bawang besar...dikisar
  • 1/4 labu bawang besar..dicincang/didadu
CARA:
  • Pecahkan telur di dalam mangkuk besar, kacau sedikit.
  • Masukkan bahan2 lain...kacau sebati
  • Panaskan minyak.
  • Sendukkan adunan ke dalam kuali seperti nak goreng cekodok. Goreng sehingga masak ( ida buat bulat besar2 sikit, bila nak hidang Ida potong2 )

BAHAN PELENGKAP : Bahan gorengan celup tepung

BANCUHAN TEPUNG GORENGAN :
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 sd besar tepung ubi
  • 3 sd besar tepung jagung
  • 1 biji telur saiz s
  • 1 sd teh gula
  • Garam secukupnya
  • 1 cawan air .....agak2 @ secukupnya
  • 1/4 sd teh serbuk kunyit
  • 1/4 sd teh serbuk kari @ lebih
BAHAN GORENGAN :
  • 3 biji kentang direbus empuk, buang kulit dan dipotong slice macam wedges
  • Sotong dipotong dan dibersihkan
  • Sosej dipotong 2
*Kalau nak tambah fish ball atau lain2 pun boleh

CARA:
  • Bancuh adunan tepung sehingga sebati
  • Panaskan minyak.
  • Celup bahan2 gorengan dan goreng sehingga habis.
  • Potong2 sebelum dihidangkan
BAHAN LAIN:
  • Timun...dihiris halus
  • Taugeh...dicelur
  • Sengkuang....dihiris halus ( Ida tak de )
  • Telur rebus secukupnya....dipotong dua

SEMUA SUDAH LENGKAP SEKARANG BOLEH LA DIHIDANGKAN........


Jemput makan semua........
Ida juga sangat meminatinya....tambah2 lagi hubby Ida. Pulun sungguh dia makan hari tu....bak kata orang Utara la.


Ida letak mana bahan yang senang dapat kat sini sahaja....cth yg ida buat sosej, kentang rebus dan sotong digoreng celup tepung ( sotong yg dah tak cukup salutan tepung ...paling last goreng dia, adunan tepung dh tinggal sikit ), cucur udang serta telur rebus..itu sahaja. Bahan sayur pula hanya hirisan timun dan taugeh. Kalau nak tambah lagi pelengkapnya, lagi sedap....contohnya sayur boleh tambah sengkuang, gorengan pula boleh tambah fish ball, ketam dan sebagainya.

10 comments:

Maira Anjami said...

alamak..sye pulak telan air liur tengok rojak akak ni..hikhik

nur easy said...

sedap2..hehe dah la puasa ni ;)

Nur Ede said...

Assalamualaikum Idda..
Terliur nyer tengok Pasembur yang Idda buat... nanti akak nak cuba ler resepi yang Idda buat tu... sedap nyer lahh... thanks Idda...

kasihredha said...

kalau dekat...boleh minta sikit unk buke puasa...:)
sedap nya....mmmmm

Juwita Jamaludin said...

salam kak ida.. sedapnya nampak... ni fav kami sekeluarga ni.. bila nak buat nampak nya

Ida,Japan said...

Maira....telan air liur erk..mmg pun kena telan sbb dh yilek dh..

nur easy..slm kenal, alhamdulillah b'puasa...tq

K'Ede...lama tk b/sua ngan akak di alam maya ni la....sihat, sila2 kak..sedapp mmg sedappp..mamak punya lg sedap la

Ida,Japan said...

k'kasih..alahai..kalau dekat Insyaallah jemput ke rumah he..he

Ita.....masuk list dulu ita, dh brp panjang la agaknya list tu ye..

Lovely Kitchen said...

sedap nya klu dpt mkn pasembur kat japun nih....huhuuu

Ida,Japan said...

E-na...terpaksa la buat sendiri.ni..sbb nk makan sgt..

Anonymous said...

cucur lagi satu tu nama dia cucur kelapa. selalu orang mintak tambah lagi 2 atau tiga ketul lagi cucur kelapa ni pasal dia lagi sedap dari cucur biasa..