My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, June 14, 2011

Kuey Teow Kerang


Salam kembali kepada semua......memandangkan entry2 sebelum ni belum ada lagi menu seperti di atas, maka kali ini Ida bagi peluang kpd mek kuey teow ni berpossing pula. Rasanya semua kat luar sana dh selalu goreng kuey teow kerang kn? Sebagai menambahkan koleksi ..Ida letak juga kat sini walaupun membuatnya tidak la susah. Sape2 pun dah pandai. Cuma lain orang yang membuat, lain juga setiap rasanya.




Di sini cuma ada kuey teow kering sahaja......ia terpaksa direbus dahulu sekejap sebelum memulakan proses menggoreng. Silap rebus.....maksudnya rebus terlalu lama, maka lembik la jadi kuey teow ni...he..he dari pengalaman sendiri. Tak per belajar dari kesilapan.


Jemput minum dulu, teh hijau kosong jer tu.....sbb kuey teow dah habisssssss dah...gomennasai

BAHAN: ( bahan2 yg Ida gunakan adalah tertakluk kpd apa yang ada di sini ( Japan )
  • 250 gm kuey teow kering...direbus sekejap
  • 4 ulas bawang putih *
  • 1 labu bawang besar @ 1/2 labu bawang besar + 5 ulas bawang merah *
  • 1 genggam udang kering..direndam* ( kalau tak der, boleh letak sedikit belacan @ sedikit sos ikan )
  • 1 1/2 sd besar cili kering kisar...boleh letak lebih atau kurang ( kali ni Ida letak sikit jer )
  • Kicap pekat masin secukupnya...dlm 1/4 cawan
  • 1/2 cawan sos tomato
  • 3 sd besar sos tiram
  • 1 cawan daging yg dihiris
  • 1 cawan isi ayam
  • Udang segar secukupnya...dibuang kulit
  • Serbuk perasa kalau suka
  • 1/4 biji lemon @ 1/2 biji limau nipis
  • Sayur seperti sawi, kobis, dan daun kucai....dipotong
  • 1 1/2 cawan isi kerang yang telah direbus terlebih dahulu
  • Fish cake / fish ball
  • 2 biji telur
  • Garam secukupnya
CARA:
  • Didihkan air di dlm periuk, masukkan kuey teow.....rebus sekejap lebih kurang 2 minit dan toskan.....rendam pula dgn air paip sebelum menggoreng supaya ia tdk melekat antara satu sama lain.
  • Kisar bahan bertanda *
  • Panaskan sedikit minyak, tumis bahan kisar sehingga sedikit garing.
  • Masukkan cili kering, tumis sehingga masak.
  • Masukkan ayam, dan daging serta 1/2 cawan air....biar ayam dan daging empuk sedikit
  • Masukkan semua kicap & sos, sedikit garam, udang segar, kerang serta fish cake.....tumis sekejap
  • Tolak semua bahan yg dimasak ke tepi kuali, pecahkan telur......biar telur sedikit masak, baru kacau.
  • Masukkan kuey teow, sayuran,perah air lemon ke dlmnya.... kacau sebati dan goreng sekejap
  • Perasakan garam secukupnya,..kacau sekejap dan padam api. SEDIA DIHIDANGKAN...

9 comments:

BlueberrY CheesE said...

wuuuu malam2 cenggini perot berkeroncong tgk kueh teaw yg menyelerakan tu!I LOVE KUEH TEAW SOOO MUCH! ^^

Mas said...

woowwww...sedappnya koewtiaw goreng..
mas suka..
peberet mas tu..

CT Delima said...

As'salam Ida

mana tahu kak ct suka makan kuey yeow kerang, macam nak tarik2 gambo tu nak makan.. hihihi. memang fav akak ni tau..kecurrrr

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam Ida...umah K.atie pon masak kueteow gak!

Juwita Jamaludin said...

Salam kak ida.. Sedap nya ni menu breakfast ke ni... Ita selalu beli kat supa ada jual kat bahagian udon basah..

AI said...

- wah sedap nyer...kuey teow...

- tapi green tea tu...oh tidak! xmo xmo....

Ida,Japan said...

Blueberry...mekasih jenguk sini..

Mas....feberet all time..nak2 kalau mkn panas2 lepas goreng tu..tapi kalau buat sendiri manjang jer tak sempat nak ngap panas2..

K'CT....tarik jer kak, tak per..he..he

Ida,Japan said...

K'atie...nanti nk jenguk umah akak..nk rasa juga org lain buat..hi..hi

Ita...Yg tu tak mo, bentuk jaa cam kuew teow...tapi rasa tak sama..ia lebih kpd rasa mee udon ita.

AI...green tea ni baguss utk kesihatan, ha..ha,pandai cakap tapi diri sendiri pun tak suka sgt sebenarnya..back up jer tu..

Nuridah said...

Assalam Ida,

lama kak nur tk singgah sini..sihat ke? Kuey tiow kerang febret akak ni...2 pinggan mee baru cukup...hehe