My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, June 8, 2011

Sweet Corn Muffin with Corn Flakes

Salam kembali......lama tak mapin memapin...dulu2 sebelum lahirnya blog ni, rajin gak buat. Muffin yang ikut sukahati tuan dia nk taruk bahan apa, sib baik menjadi.

Tak boleh nk celoteh panjang2 lagi...ida share resepi muffin kt sini....

BAHAN: 1 cwn ida sukatan sama ngan 200 mls
  • 4 biji telur
  • 160 gm butter
  • 240 gm sweet corn cream ( 1 cwn penuh )
  • 200 gm gula
  • 200 gm tepung gandum*
  • 50 gm tepung jagung*
  • 100 gm cornflakes......dikisar dan tinggalkan sedikit utk tabur atas muffin
  • 1/4 sd teh garam
  • 2 scoop susu tepung*
  • 1/4 cawan susu segar
  • 1 sd teh baking powder*
  • 1/2 sd teh soda*
  • 1/2 sd teh essen vanilla
CARA:
  • Pukul butter bersama gula hingga gebu dan nmpk putih
  • Masukkan telur + essen vanilla...pukul sehingga kembang
  • Ayakkan bahan bertanda * ke dalamnya, ...pukul sebati
  • Masukkan pula susu segar, garam, serbuk corn flakes dan sweet corn cream.....pukul perlahan/gaul dgn spatula
  • Panaskan oven terlebih dahulu
  • Campurkan baki serbuk cornflakes dgn 2 sd besar gula.
  • Cedok adunan ke dlm acuan muffin 3/4 penuh, tabur serbuk cornflakes
  • Bakar pada suhu 180 C lebih kurang 18 - 20 minit @ sehingga masak.

7 comments:

Nieza said...

rajinnya buat muffin kak...saya gak yg malas tapi makan rajin pula..hehe

anie,Nagoya said...

Nak.....kita pun dah lama tak buat muffin.dulu kita handal wat apple muffin ,kihkihkih.... abaikan perkatan handal tu, tp skrg dah lupa resepinya

ijayuji said...

Salam kak idaaa!!! kita kan kak dah lamaaaaa cuti buat muffin tau kak :D nanti nak buat muffin jugak lama betul tak buat niii kang nanti takut tak jadi hihihi...

Mas said...

salam kak..
rajinnya memuffin...
cantik gebu jerk mas tengok....

idazs said...

salam, gebu elok je muffin tu, nyum-nyummm

izahdaut said...

muffinnnn.. i likeeeee
sedap nampak tu. siap ada cornflakes kat aats tu.. bagi idea baru ni.. hehe

Juwita Jamaludin said...

salam kak ida.. comeinya muffin tu.. tentu sedap lemak-lemak manis.. suami suka jagung kalau buat tentu dia suka..:)