My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Thursday, June 30, 2011

Manggo Lassi

Salam kembali kepada teman2 & semua pengunjung yang sudi ke sini. Nampaknya hari ni hanya menu yang simple2 jer yg ida n3. Tak n3 lama-lama makin berkepuk dlm hard disk tu.
Kali ni, manggo lassi pulak. Rasanya dah ramai biasa buat ni. Cuaca kat Japan dah panassss!!! Summer sudah bermula.....siap ler, b'peluh2 sepanjang hari la nampaknya. Sib baik malam dapat tidur dalam aircon..... Emmmm, terasa nyaman tekak ni dapat minum manggo lassi yang sejuk dan sangat enak ni! Hari tu la, bukan hari ni....buat ni beberapa hari lepas, baru nk n3.


Ida pakai manggo dalam tin jer ni, sib baik dalam tin pun murah. Hari tu pernah buat strawberry lassi..pun sedap sangat. Musim stoberi dah nak habis. Stoberi yang dijual kat kedai pun dah tak elok sangat. Ok la, jom tengok resepi........

Sumber/Resepi : Happy Cooking Time

BAHAN-BAHAN:( Untuk 2-3 gelas sahaja )

note : sukatan bahan-bahan boleh ditambah/dikurangkan mengikut selera masing2 k
  • 4 slice manggo dalam tin, kalau ada yg fresh lagi sedap
  • 1/2 cawan jus dari tin tersebut
  • 1 cawan plain yogurt
  • 2 sd besar gula @ secukup rasa
  • 1 sd besar madu
  • 1/2 cawan susu segar....kalau tak suka pekat boleh lebihkan susu
  • Sedikit garam
CARA-CARA:
  • Campurkan semua bahan ke dalam blender
  • Kisar/blend sehingga sebati
  • Letak ais ke dalam gelas dan tuangkan lassi yg sudah siap. SEDIA untuk dinikmati kelazatannya.
ATAU
  • Campurkan beberapa ais ketul ke dalam semua bahan dan blend/kisar bersama hingga sebati.

19 comments:

Maira Anjami said...

bestnye dpt minum manggo lassi waktu natsu~..pnh minum kat kedai india..tpi secawan pon dah mahal..baik buat sniri mcm kak ida..

nuwairani ismail said...

pernah minum kt kedai sekali je seumur hidup...nk beli yogurt bi dah satu hal. perjalanan nk gi bandar pon dh amik masa sejam lebih...haih...bila la dpt buat sendiri...

Acik Erna said...

ida.kalau berkaitan mangga..semua akak suka..hantu mangga la katakan..nak kena beli mangga lagi..nak buat juga..terima kasih ida.

Ida,Japan said...

Maira.....memang best maira, kat kedai mmg mahal, buat sendiri b/baloi..puas minum

Ida,Japan said...

Nani....alah hai kesiannyer..kedai jauh erk..bila2 la bole buat nani

kak erna...haa kak, kalau ada mangga segar lagi best ni kak..letak lebih sikit..fuhhh, boleh kalah yg kat restoran tuu

Kak Sam said...

Sedapnya.

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ida..
sedapnya kalau dapat minum yg sejuk2 nie kan ida... anak2 akak semuanya suka bab2 manggo nie.. utamanya yg jus gitu... sedaaap

kzai said...

salam ida..sedap npk manggo lassi...baru tgk..belum minum lg...kalau dpt mau brtmbh2 ni..kt KL pun skrg tgh panas

ijayuji said...

Salam kak ida!! alahaiii mangga2 ni mmg kita sukelah sgt! sini byk manggo hihihi... kalau buat blueberry lassi sdap tak? hihihi... suke blueberry :D

-atiQah- said...

sedapnyaa..mango lassi ni popular kat mesir kan? kak ida, seronok duk jepun? tringin nak ke sana..hehe..

Asmara said...

akak!! mmg sedap manggo lassi ni kan! lagi2 panas2 camni minum tak pandang kiri kanan dah. ahaha..
*psstt.. terperanjat aii td tiba2 ada org tegur kata 'wah cantiknya dier.. haha.. rupanya ipod akk yg puji cik NE. ekekeke...

アヌム ちゃん said...

nampak sedapnyaaa..saya sgt suka mangooo...huhu

Ida,Japan said...

k'sam...mmg sedap kak

K'diana...anak2 ida pun suka sgt kak, cuma yg kecik ja tak suka masam

K'zai...mmg kak, mesti nk tambah, tu untung kalau buat sendiri

Ida,Japan said...

Ikaaa...haa, Thai kn mmg tempat manggo, mesti byk tu.., winduu ahh nk mkn buah mangga Thai.hu..hu blueberry lassi erk, lum try lagi sbb fresh blueberry mahal la dik..grape lassi dh try, tapi nk kena tapi la sbb ada kulit..

Ida,Japan said...

Tiqah...entah la, k'ida pun tak tau, tapi kalau pegi restoran pakistan memang ada menda ni..dok jepun he.he, sonok2 jom2 mai sini

Asmara....betul tu mmg sedap, boleh syok sendiri kalau minum ni...iPod yg pandai he..he

anum...k'ida pun suka!!

Cheq Sue said...

Salam kenal ida...nak tambah kawan dok jepun lagi lah... nampak sedap je lassi ni...nanti nak cuba lah

Amie said...

Assalam Ida,
sedapnya manggo lassi...kalau teringin sangat nak minum Kak Amie lepak kat restoran mamak....

Juwita Jamaludin said...

kak ida.. sedpanya nak lassi satu... ita kadang kalau malas sangat guna yang jenama maza tu je sedap gak.. hihihihi. nak secawan..:)

Ijan said...

Salam Kak Ida..
buat sendiri macam ni best. boleh letak buah banyak2 takde caj tambahan.hehe