My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Thursday, June 9, 2011

Oreo Cheese Cake


Salam kembali dengan Oreo Cheese Cake. Birthday tertulis pada kek tu, tak ada kaitan langsung dgn family ida...Sebenarnya hubby request sebiji kek utk bg suprise kepada sensei/lecture dia sempena hari ulang tahun beliau pd hari ini 10.06.2011. Mula2 tak plan pun nak buat cheese kek ni.....ingat nak buat RVC sekali buat utk kami punya Family Day Ahad nanti, tapi takut kek yg merah tak sesuai pulak utk orang Jepun..Last2 buat oreo cheese jer.
Pstttt:Komen sebelum ni yg belum ida jawap..insyallah akan ida tunaikan nanti. B/walking tak dapat buat ...........bzzzzzzzzzzz sikit hi..hi


Resepi amik kat umah K'Ummi ( Home Sweet Home )....ikut cara K'Ummi, cuma sukatan cheese dan whipping cream terpaksa dikurangkan, sbb ida cuma ada 2 kotak cheese yang setiap satu 200 gm jer.....so ida terpaksa adjust sikit. Apa2 pun mekasih banyak2 buat K'Ummi...
Kek ni tak dapat la nk tunjuk slice dia sbb nk bg org....dah tentu sedap, sbb K'Ummi selalu buat.

Mesti dah ramai yang mencuba resepi ni, menurut kata K'Ummi, resepi asal dr K'wan ( Citarasawan ) cuma sukatan dikurangkan sikit oleh K'Ummi dan dikurangkan sikit lagi oleh Ida atas sebab2 tertentu.....thanks ye kak. Apalagi jom tengok resepi...

Oreo Cheese Cake

BAHAN DASAR: ( ikut cara K'Wan..Citarasawan )
  • 200 gm biskut oreo..dibuang krim
  • 50 gm mentega cair
ATAU cara/bahan lain kalau tak ada biskut oreo sebagai dasar...cara Ida
  • 200 gm biskut cream crackers/apa2 biskut
  • 50 gm mentega cair
  • 3 sd besar serbuk koko
  • 2 sd besar gula halus
* cara buat lebih kurang sama, serbuk koko dan gula digaul sekali

FILLING CHEESE;
  • 500 gm Philadelphia Cream Cheese @ apa2 brand....ida letak 400 gm
  • 110 gm gula castor
  • 1/2 tsp vanilla
  • 2 biji telur
  • 150 mls whipping cream...ida letak 120 mls sbb sukatan cheese ida kurang
  • 1 tsp lemon juice...perah air lemon
  • 20 keping biskut oreo..dipatah 4
CARA-CARA:

DASAR:
  • Kisar halus biskut oreo dan gaul bersama mentega cair, kemudian tekan padat serbuk biskut ke dalam loyang spring form/losse pan.
  • Bakar selama 15 minit...ida bakar 10 minit dlm suhu 180 C
FILLING CHEESE:
  • Pukul cream cheese bersama gula sehingga sebati. Masukkan essen vanilla dan telur sati demi satu diikuti dgn whipping cream dan air lemon.
  • Putar sehingga sebati.
  • Masukkan biskur oreo dan gaul rata .....pakai spatula
  • Bakar pada suhu 150 C secara 'Water Bath' selama 45-50 minit.
  • Water Bath>>>Dgn cara meletakkan loyang kek ke dalam loyang lain lebih besar yang diisi separuh air panas. Pastikan balut bahagian dasar luar loyang kek dibalut dengan alumminium foil bg mengelakkan air masuk.
  • Apabila kek sudah masak, renggangkn pintu oven dan biarkan kek sejuk di dalamnya selama 1 jam
  • Longgarkan tepi kek dengan pisau tajam mengelilingi loyang. Tutup dgn plastik wrap dan simpan di dalam peti sejuk selama 4 jam /semalaman.
  • Keluarkan kek dari loyang dan hias mengikut citarasa.
TOPPING COKLAT: ( resepi ida )
  • 100 gm cooking chocolate @ ida pakai milk chocolate cube jenama Kabaya jer( Japan)
  • 40 mls susu segar
  • 1/2 sd besar gula halus / 1 sd besar susu pekat..utk kurangkan sikit rasa pahit coklat
  • 1/2 sd besar butter.....ida letak soft marjerin yg selalu mkn dgn roti tu jer
CARA:
  • Panaskan susu seketika secara double boiler, kemudian masukkan coklat.........biarkan seketika
  • Masukkan butter/marjerin dan gula.....kacau sebati sehingga coklat dan butter larut dan angkat
  • Biarkan coklat sedikit pekat baru hias ke atas kek mengikut kreativiti masing-masing


Deco simple2 jer....

12 comments:

Maira Anjami said...

oishisou~~!!^^

ijayuji said...

Salam kak ida!!! waaahhhhhh... tabetaii tabetaiii!!!! kita kan kak tak pernah buat ciskek yg ada oreo2 niii nanti nak cuba jugaklah! tgh tunggu gelatin nak order belum order lagi ada belen sepeket jer lagi tp syg betul nak guna hihihi

Juwita Jamaludin said...

Wah bestnya nampak kak ida oreo cheese cake tu.. Ita pernah gak buat resepi ni.. Sedapkan

Hanis MY said...

oishisou!..salam kenal dari sendai...

cik norai said...

ni yg terliur ni...tapi bab nk buang cream dr oreo tu yg malas nih...hahaha

nOOrsha said...

terliurnye tgk kek akak nih..,.klo dpt ngap sepotong mesti bes nih..hehe

nita said...

da tak da gambar nak balut aluminiun tu ka,....cheq tak tau nak buat camna tq

Ida,Japan said...

Maira..arigatou drop sini..

Ika....cheese kek ni tak payah pakai gelatin sbb ni versi bakar

Ita...betul erk sedap..sbb baru 1st time buat pas tu bg org so tak dpt la rasa..apa2 cheese cake mmg la sedapkn

Hanis My..slm kenal juga..kwn kpd Norai erk?

Ida,Japan said...

Norai...K'Ida kadang2 malas jugak norai..

Sha...K'Ida pun tak dpt merasa sbb 1 biji ni kasi org..len kali la buat lg

Nita...nk balut bawah dasar loyang luar tu ke..cammana erk nk cerita, gambar tak amik la...mcm ni la, alumminium foil (makesure beli yg lebar sikit dlm 25cm lebar) Potong agak2 muat menutupi 3/4 keseluruhan tepi luar loyang. 2 lapis lagi save.
letak loyang yg berisi adunan di tgh2 alumminium foil yg dipotong, kemudian balut keseluruhan @ 3/4 tepi luar loyang.

Amie said...

assalamualaikum ida,
lawa letak buah2 kecik ti atas kek...

izahdaut said...

Allahh.. masuk sini ada kek la pulak kak..haha..bebudak ni dah sakan teriak nak kek mcm kak ida ni jugak. haiishh budak ni.. alaa bagi sikit nak rasa kak...

Ida,Japan said...

amie..thanks, deco buruk2 jer tu amie

izah...nmpknya mama dia kena buat jugakk la tu he..he