My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Monday, June 13, 2011

Mee Kari


Salam di pagi Selasa....terima kasih kepada semua pengunjung yang disayangi di atas kesudiaan bertandang ke Happy Cooking Time. Mee kari juga feberet kami sekeluarga. Memang selalu jugak buat mee ni....rasanya first time buat masa bujang2 dulu belajar dengan kakak kalau tak silap ida. Sampai sekarang, ia adalah antara menu wajib yang harus ada dalam list ida. Anak-anak juga sangat menggemari mee kari ni.....jadi bila ida buat, terpaksa kurangkan serbuk kari dan cili sms memasak...sebelum dia orang ni masih kecik2, belum pandai mkn lagi mee2 kari ni, memang ida letak lebih sikit serbuk kari & cili ni...letak lebih lagi sedap sebenarnya.


Mee kari kalau tak letak kerang rasa macam tak lengkap.......nasib baik kat Japan juga ada kerang walaupun tidak dijual dalam bentuk fresh mcm kat M'sia. Boleh la, janji ada kan.

Walaupun rasanya tidak seperti menggunakan santan fresh, namun dah memadai untuk kami yang tinggal diperantauan ni....Apa kata kita tengok resepi mee kari dari dapur Ida....

BAHAN KUAH : Kuantiti bahan basah boleh dilebihkan @ dikurangkan mengikut citarasa masing2

Bahan basah:
  • 1 mangkuk kecil isi kerang yang telah direbus
  • 1 cawan daging yang telah siap dihiris
  • 1 1/2 cawan isi ayam atau ayam bertulang yang dipotong kecil dlm 1 mangkuk
  • 1 1/2 cawan udang segar
  • 1 pkt fish ball ( dipotong 2 )....ida gantikan dengan Japan fish roll
  • 4 keping fish cake...dipotong ( sekarang ida tak letak )
  • 6 keping tauhu kering goreng.....dipotong
Bahan kisar :
  • 6 tangkai cili kering....direndam / 1/2 sd besar serbuk cili ( boleh letak lebih )
  • 1 labu bawang besar / 5 ulas bawang merah+1/2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 genggam ikan bilis..direndam dahulu
  • 1 genggam udang kering....direndam juga
  • 1 inci halia
  • 3 hiris lengkuas.....opptional
Bahan lain:
  • Mee kuning secukupnya dicelur sekejap dan toskan
  • 1 1/2 peket kecil serbuk kari daging ( dibancuh dgn sedikit air panas ).......sekarang ida letak 1 pkt
  • * pst >>> jika menggunakan semua bahan basah seafood, letak serbuk kari ikan
  • 600 mls santan pekat dalam tin ( 1 1/2 tin )@ santan dari 1 biji kelapa
  • Tambahan air lebih kurang 1 1/2 liter / 6 cwn atau secukupnya
  • Sebesar ibu kaki gula melaka / 2 sd teh gula
  • 1/2 cawan air asam jawa
Bahan menumis :
  • 2 ulas bawang putih...dihiris nipis
  • 1/2 inci halia...dihiris nipis
  • 1/4 labu bawang besar/ 3 biji bawang merah...dihiris nipis
  • 3 btg kecil kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
Bahan tabur/hiasan semasa menghidang :
  • Telur rebus secukupnya
  • Sawi...dicelur dan dipotong
  • Taugeh juga dicelur
  • Cili merah/hijau...dihiris nipis
  • Limau nipis/lemon...jika suka
  • Daun bawang dan daun sup...dipotong halus
  • Bawang goreng
CARA-CARA:
  • Tumis bahan menumis sehingga naik bau.
  • Masukkan bahan kisar, tumis sehingga sedikit garing, masukkan rempah kari .....tumis sehingga masak.
  • Masukkan ayam dan daging....tambah 1 cwn air, biarkan mendidih.
  • Masukkan pula kerang, serta bahan basah yang lain kecuali udang.
  • Tambah santan, air asam jawa dan air secukupnya serta gula melaka.
  • Masak sehingga kuah betul2 mendidih dan sedikit pekat.
  • Perasakan garam dan akhir sekali baru masukkan udang...masak sekejap dan padamkan api.
SEKARANG SIAP UNTUK DISAJIKAN SAMA ADA KEPADA TETAMU ATAU KEPADA KELUARGA TERSAYANG...Selamat Mencuba!!

20 comments:

cik norai said...

keranggggg!!! yumm! norai pn baru buat char kuey teow boh kerang banyak2 hehe

♥LOVE2COOK♥ said...

This is utterly delicious!!! I love curry mee, now craving for yours! :D

anie,Nagoya said...

kerang tolak.sbb tak suka.huhuhu..dah lama tak buat.nak buat tuk kanda ai nnt le.kuah kari tu geram tol le.tangkap leleh.ada lagi?kalo ada nak seperiuk.cukup le tuk mkn anak-beranak

Ayu said...

Assalam ida,
sedapnya nampak mee kari ida tuuu...kecur betul akak tengok tau..
nakkkk!!

Kamalia said...

kak ida..kat sn ade kerang ye?uwaa, jeles..ari ahad tu buat gak mee kkari,tp xde kerang.sob..sob..bila cik norai kata buat char kuew teow buh kerang lagi terliur.

Hanis MY said...

hanis suka makan kerang! my fav! waa dah lama tak makan mee kari... terliur ni!

アヌム ちゃん said...

wah sedapnya mee kari :)

Salam kenal dari fukui~

nur easy said...

wow.. kalau jumpa kerang, siap bjimat2 lg guna.. hehe

AI said...

- wahhh mee kari...nampak sgt menyelerakan...

Maira Anjami said...

wah kerang la~~kerang ni same mcm kat Mesia tu ke Kak Ida?sye tak pernah nampak la plak..

K.Nor said...

salam ida.. aduh.. pebret k.nor kalau mee ni.. nak2 mee kari.. lama tak buat.. k.nor suka buat mee kari letak udang dan kerang.. sedap

Juwita Jamaludin said...

salam kak ida.. sedapnya nampak mee kari tu suka sangt mee kari ita pun kalau rasa tak tahu masak apa je mesti masak mee kari

Acik Erna said...

Assalam Ida..sama la kita..akak kalau buat mee kari pun tak boleh tak de kerang..kalau tak de..mau akak tak jadi buat ..

Hann said...

waa... faveret nih.. suka! suka! suka! :))

Ida,Japan said...

Norai....pagi tadi K'Ida juga goreng kuey teow buh bal. kerang yg ada...

Love....Yes!!! me to.. love it so much

anie....rugiiiii tau kalau tak suka kerang...sedapppp la kerang ni, asari/lala mkn tak awak?..kuah pun ni tinggal last2 sbb tu dh tak banjir jd nya..

K'Ayu....boleh2 kak..len kali Ida buat lagi...yg ni dh abissss

Lia..sini ada, but bukan fresh tapi yg dah rebus ..bedal jer la

Ida,Japan said...

hanis....kat tmpt hanis ada tak kerang...nakkkk..dh abis la sayang..

anum.slm kenal juga k..TQ sudi drop sini

Nur....betul tu, sbb ada pun tk banyak dan bukan selalu ada jual...

Ida,Japan said...

AI..tq drop sini..nanti ida ke sana juga dan follow

Maira...isi dia sama jaa, cuma kecik kut sikit..kulit dia tak tau..sbb yg ni dia jual yg dh siap kopek dan dh rebuss...

K'Nor..dh sihat ye..betul tu, ada kerang, ada udang..mmg sedappp

Ita....feberet satu family dh ni ita..

K'Erna..kerang wajib ada..mestiii kn kak

Ida,Japan said...

Hann....slm Hann, apa khabar, lama tk bersua di sini...

Nieza said...

wow...mabeles..suka banget mee kari ni kak..my fav juga ni...sedapx2..hehe

Ida,Japan said...

nieza..akak pon asam , suka bangat mkn mee kari