My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Saturday, June 4, 2011

Puding Roti Peach

Dari menu yang berat, kita beralih kepada dessert pulak......basic asal dari puding roti marble blog Cikgu Hana, mekasih ye na...sorry, ida derhaka sikit jadikan puding roti peach dan adjust sikit bahan2 dia. 1 tin buah peach dah dibuka tapi tak pakai2..takut rosak, ida tambah dalam puding ni. Konon2 nak campur dalam ABC, tapi dh terlupa....last2 terbiar dlm peti ais.




Dah layan gambar2 ..meh kita tgk resepi...senang dan sedap!

BAHAN: ida pakai cawan sukatannya 200 mls
  • 4 keping roti....ida buang kerak tepi
  • 2 biji telur
  • 8 gm serbuk agar2....ida pakai serbuk agar2 Nona
  • 1 cawan gula..utk rasa manis2 buah, nk lebih manis boleh tambah
  • 500 mls susu segar/susu cair
  • 500 mls air( kalau nk campur air/jus peach dari tin tu pun boleh )..TAPI nk kena kurangkan gula, sbb jus dia dah manis
  • 2 sd besar mentega/marjerin...ida tak cairkan, terus masukkan jer
  • 1 tin buah peach - 1/2 dipotong dadu kecil & 1/2 dihiris nipis.
  • 1/2 sd teh essen vanilla..ni ida tambah
* Pastikan baca dahulu arahan sukatan air( termasuk susu ) yg diperlukan pada paket agar2, sebab setiap lain2 jenama mungkin berbeza sukatan airnya

CARA-CARA:
  • Didihkan 500 mls air bersama serbuk agar2 dan gula di dlm periuk....biar semua larut.
  • Blend roti bersama telur, essen vanilla & susu. Kemudian tuang ke dalam periuk tadi dan kacau segera supaya tidak berketul.
  • Masukkan mentega/marjerin, buah peach yg didadu dan kacau. Tutup api.
  • Tuang puding ke dalam bekas, susun hirisan peach. Biar suam sedikit baru sejukkan di dalam peti ais sebelum dihidangkan.
  • ATAU Susun sedikit peach yg didadu pada dasar bekas, baru tuang puding.

6 comments:

Acik Erna said...

ida..cantiknya puding ida.makan sejuk2 mesti sedap ni kan..
ida dapat buah peach segar ke..dalam tin..

Ida,Japan said...

kak erna.....buah peach kuning yg dlm tin kak..yg fresh ada, tapi white peach, isi dia cam lembik sikit.

kasihredha said...

come lote puding ni
sedapnya... :)

Yat Maria said...

Ida

I pon masih ada peach dalam tin tu kat pantry..cam dah terbekenan plak arr :)

Azli@Ida said...

sedap puding nie..

Ida,Japan said...

K'kasih...comel ke, thanks

yat..bole buat tu..