My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, June 21, 2011

Blended Apple Cake

Firstly, kepada followers......mekasih banyak2, cuma ada yang ida tak dapat follow kembali sebab nama blog tidak dapat dikesan/tak ada blog address yg terpapar. Nanti kalau bila2 drop sini, nyatakan blog address k....insyaallah ida balas kunjungan dan follow.
Ok la....berbalik pula pada kek epal ni. Resepi ida olah daripada resepi blended strawberry cake yg lepas, cuma tukar kepada epal.

Emmm...terasa epalnya...kek ni lembab2 sikit.

Note........kek ni nmpk nipis sbb kenapa, ida bakar dlm 2 loyang tu sebenarnya....satu kecik satu bsr, sbb tu nmpk nipis k.
Atas kek tu, ida letak topping kacang tanah kisar yang dicampur sikit gula.....sedapp tapi masa nk potong, tekstur atas berderai sikit..Ida SYORKAN...tak payah letak la kut kacang tu.
Tak leh nak cakap banyak, insyaallah ada masa, nanti ida ronda2 rumah kawan-kawan. Rugi kalau tak ronda, depa ni sume masak sedap2 belaka. Tak dapat rasa, dapat tengok pun jadi la...hi..hi
JOm LAyannn......
Bahan-bahan:
  • 170 gm epal hijau yang dibuang kulit dan biji
  • 160 gm tepung gandum*
  • 40 gm tepung jagung*
  • 190 gm gula.....boleh dikurangkan
  • 3 biji telur saiz L
  • 150 gm butter
  • 1 sd teh baking powder*
  • 1/2 sd teh soda bikarbonat*
  • 1/4 sd teh garam
  • 3 scoop susu tepung....kali ni ida letak 2 scoop jer/boleh letak susu pekat manis 2 sd besar
  • Sedikit essen vanilla
  • Sedikit pewarna hijau epal
CARA:
  • Panaskan oven terlebih dahulu.
  • Pukul butter bersama gula hingga gebu.
  • Masukkan telur, essen vanilla........pukul sehingga kembang lebih kurang 3 minit.
  • Ayakkan bahan yg bertanda * ke dalamnya.....pukul sekejap dgn perlahan.
  • Kisar epal bersama garam dgn menggunakan pengisar kering hingga hancur. JIKA tiada pengisar kering, kisar epal, garam bersama butter yg dicairkan terlebih dahulu.
*psst : Epal tak perlu dikisar awal2 sbb nanti warna epal yg dikisar cepat lebam. Garam yg dicampur bersama epal semasa kisar adalah bertujuan bagi mengurangkan kelebaman warna.
  • Masukkan pewarna hijau dan epal kisar ke dlm adunan...pukul sekejap perlahan/kacau rata.
  • Tuangkan adunan ke dalam loyang yang dialas cooking sheet @ yg disapu sedikit minyak/butter.
  • Bakar selama 38-40 minit atau sehingga masak dlm suhu 180 C.
Jika nak bubuh topping kacang mcm ida buat, kacang tanah yg dikisar dicampur dgn sedikit gula dan tabur ke atas adunan kek, dan bakar seperti biasa

Epal hijau satu jenis ni la yang ada kat sini......manisss . Epah merah kat sini pun sedap. Belum pernah jumpa lagi epal hijau kecik2 masam mcm kat M'sia tu...kalau cicah kicap campur gula, belacan dan cili sedapkn.
Pernah pergi 'epal picking' tahun lepas masa summer...... petik dan beli yg segar dari ladang masa tu. Fuhhh...mmg best sgt epal hijau tu...manis dan ranggup. Tahun ni teringin nak pegi lagi.....

17 comments:

K.Nor said...

erkk blended cake gak ek... meh tukar dgn blended oren akak.. hehe.. pelik kulit epal ijau tu ya ida..

AI said...

- wahhh...kek...nak nak nak...sedap nyerrr...

Ida,Japan said...

K'nor...boleh2 ..haa kak, lain sikit epal ni..tapi sedap yg amat, lebih2 lagi beli yg sikit mahal...manis dan ranggup

lina said...

salam ida - nampak sedap cake apple ni....tula tak ada kesempatan lagi nak buat cake ni pulak

♥LOVE2COOK♥ said...

Wahhhh yummy cake over there! Time for teabreak now...:D

Hanim said...

kalu nak buat tebal leh la gndakan ek :) mesti try ni, masuk list dulu...

lyn at home said...

salam ida..tergoda dgn namanya"blended apple cake"..bila tgk gambor terus terpikat .lyn ambik resepinya ya? tp xtau bila nak membaking..hehehe jemput ke blog lyn..

Juwita Jamaludin said...

Salam kak ida.. Wah menariknya nampak kek ni... Epal tu sgt sedapkan.. Buat cicah mcm akak kata pun best... Tak pernah lagi pergi ringo gari bestnya .. Kalau dpt gi...:)

Acik Erna said...

ida.epal hijau yang macam sedpkan..manis dan rangup..

Maira Anjami said...

wa~~terase-rase epal kat tekak bile tgk kek epal akak ni:D..oishisou~~

Kamalia said...

Betulkn kak,epal ijau sini mmg mniskn. Sy rs letak kcg mmg sedap(wlaupun xpenah buat),nak buat org kat rumah ni kurang sikit bila epal tu tukar jd bnd mskn..

Ida,Japan said...

Lina....bila2 boleh cuba

Love..have one slice for u..two also no prob.

Hanim...sebelum ni lupa nk nyatakan..kek tu nmpk nipis sebenarnya knp..dh ada jawapan di sini

Ida,Japan said...

lyn...mekasih sudi ke sini..ida dh ke sana..amik ler, dh cuba bg tau k..

Ita...emm...sedap epal tu, pergi jgn tak pegi ita..apple kat Japan ni sedap.

K'Erna...betul kak...sedap sgt, mula2 takut nk beli epal hijau yg kat sini..kut2 msm cam kt m'sia..dh sekali mkn nak selalu

Ida,Japan said...

Maira...hi, oishi so

Lia...buh kcg mmg sedap ..rasa lemak2 kcg tu...maybe kena wat versi crumble kut baru ok..hari tu malas nk buat..org2 dlm umah ni, apa2 pun jalan.

quinnie said...

ingat nak cuba la....nak perabih epal kat peti ais...hehehhe

Umm Mymoonah said...

Soft and yummy looking cake, looks very delicious. Your blog looks very beautiful, I'm your new follower now.

Lovely Kitchen said...

epal hijau tu mmg the best! kena mkn puas2 kt sini kan...