
Selamat pagi di hari Sabtu sume...semua cuti???? Kepada yang bertugas, selamat bertugas....sambil layan nasi lemak yg indah ceria ini. Nasi lemak ni cam tak cukup jer pelengkapnyer kan....tak per, kali ni kita mkn pesen ni pulak. Apa yg tak lengkap???.....Telur dan ikan bilis kan. Makan cam ni pun dah sedap. Kalau ada dua2 tu lagi sedap....
Dah lama buat ni, baru kesempatan nak n3 kat sini. Kat sini pun mmg belum ada lg pun n3 pasal nasi lemak. Tuan tanah ni malas la nk amik gambar nasi ni, hari tu jer, bila buat nasi lemak kaler2 ni baru rajin sikit nak amik. Pernah nmpk sebelum ni umah K'Nor dan yg paling latest umah Lovely Kitchen. Mekasih byk2 krn bg idea ni....

Nasi lemak ni ida buat mcm ida dok buat nasi lemak selalu jer, cuma buat versi kaler2 sikit. Selalu buat nasi lemak kaler putih jer, apa kata kali ni ubah pesen sikit.
Nasi tu ida menggunakan beras jepun jer, biasa la kn, dah dok jepun kena la mkn beras jepun. Kami beli beras yg halus sikit tekstur dia, sbb apa tau....yg jenis ni tak berapa sticky. Nak telan tak der la muak. Tekstur beras jepun ni kontot2 jer, beras pulut dia pun sama.
Apa kata, jom tgk resepi nasi lemak dari dapur Ida....
NASI LEMAK
Resepi : Happy Cooking Time
Note : Beras jepun tidak memerlukan sukatan air yg banyak sms memasak
Bahan-bahan:
- 5 cawan beras jepun
- 2 cawan santan pekat dlm tin......kalau ada santan fresh lg sedap
- 3 cawan air
- 3 sd teh garam
- 1 1/2 sd teh gula
- 2 helai daun pandan
- 3 ulas bawang putih diketuk
- 1/2 inci halia ......dipotong 2 dan ketuk
- Sedikit pewarna hijau, kuning dan merah
Cara--cara:
- Basuh beras 2x di dalam periuk nasi elektrik.
- Keluarkan air basuhan beras.
- Masukkan santan, air, garam, bawang putih dan halia serta daun pandan yg disimpul.
- Masak nasi seperti biasa...
- Dalam 15 minit terakhir proses memasak....titiskan sedikit setiap pewarna secara rata..JANGAN KACAU dah cukup masa masak baru kacau rata.
AYAM TANDOORI
Resepi : Diolah sedikit dari resepi pada botol rempah
Note : Ida pakai boneless chicken
Bahan-bahan:
- 5 ketul boneless chicken
- 4 sd besar 'Tandoori Paste'......ida pakai jenama Geeta's Tandoori paste, product of India
- 2 sd besar plain yogurt
- 1 sd besar olive oil
- Tambahan 1/2 sd besar bawang putih kisar
- Tambahan 1/2 sd besar halia kisar
- Tambahan 1/2 sd besar serbuk paprika....utk menaikkan warna
- Sedikit pewarna merah utk menaikkan warna
- Garam secukup rasa
Cara-cara:
- Bersihkan ayam dan potong ikut saiz yg dikehendaki
- Campurkan 4 sd besar yogurt dgn tandoori paste.
- Perap ayam bersama campuran yogurt serta bahan-bahan lain selama 1 jam.
- Jika nak perap lebih lama.....kurangkan lagi garam.
- Asingkan ayam dari bahan perapan.....lebihan perapan ayam jgn buang.
- Bakar ayam sehingga masak.
- Semasa proses membakar, sapu lebihan perapan ayam pada ayam yg dibakar tadi utk mendapatkan rasa yg lebih sedap.

Sebab apa ida kata udang sambal ni sempoi...sbb hanya menggunakan serbuk cili instead of cili kering. Serbuk cili dlm masakan mmg sudah sinonim bagi kami yg duduk merantau ni....betul tak kawan2. Jika stok cili kering dah habis, cili serbuk ni jer la sbg bahan tambahan dlm masakan ida. Nakk resepi gak ke?...ok ler....tgk kat bawah sana....
SAMBAL UDANG SEMPOI
Bahan-bahan:
- 15 ekor udang saiz sederhana
- 3 ulas bawang putih*
- 3/4 labu bawang besar*
- 3 hiris halia*
- sedikit belacan*
- 2 sd besar serbuk cili
- 1/2 sd besar gula
- Garam secukupnya
- 1/4 cawan air asam jawa
- Pak Aji jika suka.....ida letak sikit sgt jer
- Bawang besar yg dipotong...jika suka
- Sedikit air
Cara-cara:
- Udang dibuang kulit dan dibersihkan
- Blend/kisar bahan yg b'tanda *
- Panaskan minyak di dlm kuali.
- Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan sedikit garing.
- Masukkan serbuk cili, gula dan 1/2 cawan air....tumis sekejap
- Masukkan air asam jawa dan garam secukup rasa
- Tambah lagi sedikit air jika nmpk pekat......didihkan beberapa minit.
- Akhir sekali baru masukkan udang dan bawang hiris....masak sekejap sahaja
- Udang tidak perlu dimasak terlalu lama nanti isi dia keras dan tak sedap.