My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, June 29, 2011

Apple Puff

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua.........2 hari tak bersiaran, ida kesibukkan sikit. B/walking pun tak dapat buat 2 hari lepas. Komen yang belum berjawap tu, insyaallah akan ida tunaikan. Minta ampun mintak maaf dari tuan rumah ni. Hari ni ida cuma nak n3 resepi ringkas sahaja iaitu 'Apple Puff ' ni. Kebetulan ada kulit pastry yg boleh dimakan kat sini. Dah lama dah tehingin nk buat dan nk makan semenjak dok sini.

Inti tu ida buat pakai agak2 jer sebenarnya.......alhamdulillah sedap!! Nak tinjau2 resepi adehhh...dah tak sempat masa tu, lagipun sejak dua menjak ni, loading lembab sungguh. Macam dah hilang sabar pulak rasanya.
Ok la jom ida share resepi kat sini...
BAHAN:

  • Kulit pastry segera yang mencukupi
  • 1 biji epal saiz besar
  • 2 sd besar tepung jagung
  • 5 sd besar gula
  • 1/4 sd teh garam
  • Sedikit kismis
  • 1/2 cawan air
  • 1/2 biji telur..utk sapu pada puff
  • Sedikit pewarna hijau
Cara-cara:
  • Epal dibuang kulit dan dipotong dadu
  • Panakan air dlm periuk, masukkan gula dan garam...biar larut sedikit.
  • Bancuh tepung jagung dgn sedikit air.
  • Masukkan ke dlm periuk dan kacau cepat hingga sebati
  • Masukkan epal yg didadu serta kismis dan pewarna hijau...kacau sehingga betul2 pekat.
  • Angkat dan sejukkan sedikit
  • Kulit puff dilipat dua, kemudian potong kepada 4 bahagian.
  • Ambil satu lapis yg dipotong, letak inti, tutup dgn selapis lagi.
  • Tekan sekelilingnya dgn garfu.
  • Sapu dgn telur bahagian atas dan bakar di dlm oven yg dipanaskan terlebih dahulu dlm suhu 180 C selama 26 minit.


10 comments:

cik norai said...

kak ida dapat kulit pastry kat mana?

kasihredha said...

comel je puff ida
kat sini skrg dah senang sejak ada pastry puff jenama kawan :)

Juwita Jamaludin said...

salam kak ida.. patut la senyap je.. rindu dengan masakan dan gambar2 akak yang cun tu.. hihihiihi. apple puff comel je..

Ida,Japan said...

norai......kulit puff tu mula2 beli kt kedai bawah JR,k'linda yg ckp boleh, sbb ada org ckp boleh...peket cam gambar kat blog hanamemories, hari tu ada geng blogger maira yg dok kat sapporo, buat puff..tanya dia pakai kulit pastry cam kat blog k'hana tu ke..dia kata ye,adik ni dah call check marjerin dlmnya yg boleh.

psst:kat Mauricio, hallo day pun ada

Ida,Japan said...

k'kasih....tu la m'sia ada jenama kawan erk kak..mana ada comel kak, baru pestaim nk mengepuff tu..tq

Ita....rindu erk ita..he.he, sibuk sikit la akak..Tq

quinnie said...

rajinnya...buat apple puff la plak...bagus ni kalau nak perabih kan apple...hehehhe

Maira Anjami said...

hehe..dah kluar pon puff akak:))..
sye teringin gak nak buat apple puff..tp kulit je ade,inti xde..hehe..tunggu lapang skit bru buat kot..

Ida,Japan said...

Q...kulit puff dah ada, tak susah pun...lipat2 tekan dan bakar jer tu..

Maira....yap,baru kuar..mekasih banyak ye maira

Nuridah said...

Assalamualaikum Ida,

wah kat sini ada apple pie...anak kak nur minat sekali mkn apple pie...kalau gunakan instant puff lagi senang kerjakan Ida??

Ida,Japan said...

k'nur...ye ke anak akak suka, anak2 ida pun suka kak bila buat hari tu...baru pestaim buat tu..rupa pun lum cantik lagi