My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, February 8, 2012

Pajeri Nenas Bersantan

ASSALAMUALAIKUM semua........

N3 hari ni pejeri nenas bersantan yg ida buat beberapa hari lepas. Wahh...eksennyer dia, dapat possing atas daun pisang lagi tu.... Daun pisang tu sebenarnya pemberian sorang kawan, mak saudara dia bawak dari M'sia. Nasi lomak daun pisang pun dah buat, setelah ada daun pisang ni. Mekasih banyak2 kpd yang memberi. Nanti2 ida post kat sini. Pernah ida post kt sini yg ' Pajeri Nenas Tanpa Santan '. Dua2 pun sodap.....inilah menu feberet en.hubby ida. Pajeri terung dia kureng sikit.

Pajeri Nenas Bersantan
by : Happy Cooking Time
Bahan-bahan:
  • 1 biji nenas saiz kecil
  • 3 sudu bsr serbuk kari daging
  • 3/4 labu bawang besar@ 6 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1/2 inci halia*
  • 2 hiris lengkuas*
  • segenggam udang kering direndam*.....kisar halus semua bahan *
  • 1/2 keping gula melaka
  • Tambahan gula pasir secukup rasa ( lebih kurang 2 sb )
  • 1/2 sd besar cili kering kisar
  • 1 1/2 sd besar kerisik
  • Garam secukup rasa
  • 300 mls santan pekat dan air tambahan
Bahan tumis :
  • Rempah 4 sekawan ( kulit kayu manisx2, bunga lawangx2, buah pelagax4, bunga cengkih x 4 )
  • 1/2 inci halia dihiris halus
  • 2 ulas bwg putih dihiris nipis
  • 1/4 labu bwg bsr / 4 ulas bwg merah dihiris nipis
Cara membuatnya :
  • Nenas dikupas kulit dan potong saiz yg sesuai. Celur nenas seketika dan toskan.( kalau tak nak celur pun tak per )
  • Panaskan sedikit minyak,tumiskan rempah 4 sekawan serta bahan tumis yg lain hingga naik bau dan sikit garing.
  • Masukkan bahan kisar....tumis hingga masak.
  • Masukkan serbuk kari daging, tambah sedikit air dan tumis sehingga rempah betul2 masak.
  • Kemudian masukkan gula & gula melaka,garam secukup rasa, kerisik dan santan serta air secukupnya ( jgn banyak sgt air tu) ....masak hingga mendidih
  • Akhir sekali masukkan nenas.Masak sehingga empuk dan kuah pekat. Jika kuah sudah terlalu kering semasa memasak,boleh la tambah sedikit air panas.

TQVM for visiting here.........masa snap pic ni, ada sikit sang mentasi bersinar, tapi tenggelam timbul...sib baik dpt catch up masa ni.

9 comments:

Kak Sam said...

Seronok nenas2 tu berposing. Kita suka makan pajeri tapi kalau masak sendiri mesti tak berapa kick

ijayuji said...

Salam kak ida!!! salam rindu dr kejauahannn :D akak sihat? mesti tgh egegegege kesejukan ni kan kan :D mekaseh dtg singgah n ingat kat kita cayanggggg kat akak! pajeri nenas sedap tu kalau mkn dgn nasi2 yg berperasa gituuu kalau nasi putih pun sedap jugak, klu kenduri kawen mesti kita carik pajeri nenas dulu hihihi.... yer la kan kak, skrg ni mmg sibuk sgt, pagi jogging pastu balik dah penat, kalau ada aktiviti terus menerus, kdg tu nk tido tak sempat, kita dlm satu hari mesti kena tido tak lama pun MESTI tido kalau tk mlm2 mmg penattttttt sgt! dah lah skrg ni kejanyer asyik tertido kat sofa jerr :D ntahlah penat betull skrg ni, inikan pulak nk update blog hari2? mmg tak leh nk buat, insyaAllah buat mana yg termampu, mkn skrg ni pun kena jaga jugak takut bdn naik lagi hihihi...

Asmara said...

kak ida! sama la baru buat pajeri nenas, tp guna resepi paling simple, sedap gak takde udang kering tp. hehe.. asben kita pun peminat pajeri. ;D

Liza said...

salam ida...sama la ngn hubby liza, suka sgt ngn pajeri nenas ni tp biasanya Liza buat yg xguna santan...

sudipVSsenduk said...

suka sangat pajeri nenas dan terung, tak ada lauk lain pun tak apa.. bertambah2 nasi

cik cek said...

Menu fav anak bujang kak cek...sedapnya...pun dah lama tak masak..:)

Ibu Darwisy said...

kak ida, kalo ganti nenas tu dgn terung boleh x? lindu ngan daun pisang yer kak

nOOrsha said...

salam kak.. mane dapat daun pisang nih? aish jeles ni.. org kat jepun da tanam pokok pisang, kite kat mesia usahkan pokok, getah pokok pun tarak..ahahah....sedap paceri nenas akak tu nampaknye..saye klo paceri2 ni suka meratah je :)

mama sara nur @ Cik Nor said...

tq sudi singgah di blog tak seberapa tu...
pajeri nenas feberet hubby sy jg
memang sedap bila bersantan lemak 2 manis