My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Thursday, February 2, 2012

Semolina Pizza Dough

Assalamualaikum.......memiza lagi ida nihhh. Nak buat macammana..seluruh isi rumah ni sgt menggemari homemade pizza ida...mmg kena buat sendiri pun sbb tak dak pilihan. Dah lama tercari2 doh pizza yg seakan nampak cam doh pizza kt Jepun ni...tengok dlm gambar la, makan sememangnya tak boleh.
Hasil teroka Italian pizza recipe sana - sini. Inilah hasilnya......ida tak ikut sepenuhnya resepi asal. Ida ada adjust2 sikit. Tak dapat nak link sbb banyak yg ida teroka dan kaji. Bestt doh pizza ni....jika ikut tekak ida la.
Semolina Pizza Dough
Bahan-bahan :
  • 500 gm tepung high protien / tepung roti
  • 100 gm tepung suji halus / semolina flour
  • 4 sb minyak zaitun
  • 8 gm yis kering
  • 1 sb soft marjerin / butter
  • 1 1/2 sb gula
  • 1 1/2 sk garam
  • 265 mls air suam - +
  • Tepung utk tabur ( ida guna tepung semolina/suji )
Cara membuat :( Macam biasa ,ida pakai breadmaker(BM) aja )
  • Masukkan bahan2 ke dalam acuan BM dan diakhiri dengan yis.
  • Pilih menu dan tekan start. Tunggu sehingga siap baru keluarkan doh dari BM.
  • Tumbuk2 doh untuk keluarkan angin
  • Bahagikan doh kpd 2 - 3 ketul mengikut saiz dulang.
  • # Sediakan dulang pembakar.
  • Ambil satu bahagian doh tadi,canai leper atau leperkan di atas dulang sehingga memenuhi dulang tersebut. Jika nak tebal ditepi, bahagian tepi lipat masuk agar menjadi tebing @ lebih tebal sedikit.
  • Sedia utk dibubuh topping dan bakar
Kalau nak uli ngan tangan pun boleh, kat bawah ni salah satu cara uli tgn :
  • Di dalam bekas yang besar, campurkan semua bahan kering kecuali yis. Gaul sebati.
  • Kemudian baru masukkan yis, gaul rata. Masukkan pula air sikit2, mentega/ marjerin.
  • Gaul dan uli sehingga menjadi doh yang kenyal & tidak melekat di tangan.Lebih lama menguli akan mendapat hasil yg lebih baik.
  • Selepas itu tutup bekas tadi dgn kain/plastik,  perapkan doh selama 1 jam sehingga naik 2 kali ganda
  • Setelah siap, tumbuk2 doh utk keluarkan angin.
  • Bahagikan doh mengikut saiz yg sesuai.
  • Utk seterusnya bolehlah follow step yg bertanda # dan seterusnya ke bawah.


 Bagi tekak ida,ida suka doh pizza ni.....ala Itali sikit bab kata asben, ada kenyal2, ada garing2 sikit. Tapi dia lebih suka doh yg lebih kpd doh roti tu.....tekak dia suka yg lembut dan gebuss katanya.

 Canai leper ikut ketebalan pilihan TAPI jangan terlalu nipis dan jangan terlalu tebal sangat. Jika dicanai nipis, masa membakar juga harus dikurangkan.

 Sedia untuk diletak topping pilihan dihati. Tepung tabur tu ida guna tepung semolina.

 Tunggu sambungannya pada episod yang lain ye.....kita tengok apa lagi topping yang ida buat. Untuk doh pizza ni, ida bakar pada suhu 250 C selama 10 minit jer. 

15 comments:

Gee® said...

tak sabar nk tgk 'the making...'

Cheq Sue said...

wah...resepi baru ni, sebelum ni memang tak pernah lagi beli tepung semolina, nanti nak terai lah...

Kamalia said...

amboi kka ida..siap ada smbungannya ye..
kak ida beli tepung suji katne?baticrom ke?

mokwo® said...

belum bakar pun dah nampak sedap!! mokwo salin resepi nya yek!

sudipVSsenduk said...

Salam sejahtera ida,
alahai.. rajinnya mencanai, akak pakai roti canai instant je sbg base.. org rajin mmg macam ni hehehe.

Wanieyra said...

Sabar menanti....

tun_telani said...

comelnyer kertas alas tu.. polka dots lg.. (tu yg nmpknyer..hihi..) tun xpernah guna semolina nih, rasa dia pun x tau mcm mana.. pizza mmg kegemaran semua. agaknya kalau tiap2 hari buat piza pun xpe kan.

Asmara said...

wah boleh cuba ni kak. saya ada balance lagi tepung suji taun lepas (bwk dr msia) tak guna2 pun smpai skrg, nak buat kuih tak sampai secawan pun tinggal. hehe.. buat pizza pun menarikkan!

Kak Sam said...

Assalamualaikum...
Bestnya kalau buat pizza ada org suka makan. Kita kalau buat makan sendiri le nampaknya

dZana said...

huwaaaa... kene tunggu ye ida... suspen gak ni.. ada stok somalia tu.. klau elok lagi boleh akk godeh2 nnti..

nOOrsha said...

alaa x mo la tunggu2..da lapor nih.. huwhehehe..rajin akak memiza.. sy je jenis malas nak nguli tepung tu..adeh...cepat update kak..terliur :)

Anna said...

Salam kenal jugak Ida. Tq singgah blog akak.

Ibu Darwisy said...

waduh² kak ida..sungguh menyelerakan walaupun belum letak topping..

nuwairani ismail said...

seronok je tengok org meroti..tepung semolina tu kat mana la nak cari...jusco ada kot kan?

Mamasya said...

Slmt Menyambut Mualidur Rasul Ida.semolina pizza...belum pernah cuba lagi.anak2 suka pizza tp mamanya malas nguli beli pizza base dah siap bilalah nak rajin uli sendiri mcm Ida..