My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, February 7, 2012

Daging Beriani

ASSALAMUALAIKUM semua........
Dah tarik gebar ker semua........bestnyer sejukkk2 ni, kalau boleh nak dok dlm selimut tu jer. Sebelum ida nak lelapkan mata, ida nak share resepi satu menu lauk daging pada malam ni. Malam-malam baru sempat nak update. 
Ida masak ikut citarasa lidah ida jer ni. Ida guna rempah beriani Pakistan + sikit rempah M'sia. Tekak kami memang dah terpaut dgn rempah Pakistan ni. Memang sedap sgt2. Kalau buat nasi beriani...fuhhh!! lagi la. Patut la nasi beriani kt restoren Pakistan sedap2. 3 hari lepas, ida ada juga masak nasi Beriani Ikan..tapi guna rempah beriani ikan la....memang sedap. Nanti2 ida n3 kt sini.
Dah lama dah ida masak daging ni sebenarnya, baru berkesempatan utk letak dia dlm carta sini. Banyak projek tergendala sebenarnya nihh........masa sgt mencemburui daku...ho..ho

 
DAGING BERIANI
Bahan-bahan:
  • 500 gm daging...dipotong dadu besar
  • 3 sb rempah beriani Pakistan / India (rempah ni pedas tapi sedap sangat)
  • 1 sb rempah  beriani Malaysia ( ida guna cap Faiza )
  • 200 mls santan pekat ( ida guna yg dlm tin ) atau boleh letak plain yogurt
( pssst : Jika letak yogurt, masukkan sejurus selepas rempah beriani ditumis dan kurangkan air asam jawa ) 
  • 1 btg serai...diketuk
  • Sedikit gula melaka / boleh letak gula pasir secukup rasa
  • Air asam jawa secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Kentang secukupnya ...dikupas dan dipotong 4
  • Tambahan air utk kuah ( jgn terlalu cair, nanti rasa kureng )
Bahan kisar
  • 3/4 labu bawang besar
  • 1 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 3 hiris nipis lengkuas...tak letak pun tak pe
BahanTumis:
  • 1/2 inci halia*
  • 4 ulas bwg putih*
  • 1/4 labu bwg besar atau 4 ulas bwg merah* ..Hiris bahan bertanda *
  • 2 btg kecil kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 5 kuntum cengkih
  • 1 sb minyak sapi
  • Sedikit minyak masak
Cara-cara;
  • Panaskan minyak masak bersama minyak sapi.
  • Tumis bhn tumis hingga naik bau & sikit garing.
  • Masukkan bhn kisar dan serai...tumis hingga msk
  • Masukkan rempah beriani,  masukkan 1/2 cwn air panas..tumis hingga naik minyak
  • Masukkan separuh santan serta sedikit air...biarkan mendidih sekejap baru masukkan daging
  • Renihkan daging hingga  empuk bersama sedikit kuah tadi
  • Masukkan baki santan, sedikit air, kentang dan biar mendidih hingga kentang empuk ( tambah air jika terlalu kering, masak kuah pekat2 baru sedap )
  • Sesuai dihidangkn bersama nasi berperisa esp. nasi beriani @ apa2 nasi pilihan

15 comments:

Cheq Sue said...

kak ida, nampaknya semakin menarik gambar2 di HCT ni, terliur dibuatnya... :)

rahel said...

Memang terliur gue..

DALILI SALKI said...
This comment has been removed by the author.
Yat Maria said...

Ida

sedap sungguh nampak this lauk! cicah ngan roti perancis pun power jugak arr!

Azlita Aziz said...

resepi yang sedap dan gambar yang menarik..

tun_telani said...

panjang nyerr bahan2 dia. rajin betul kak ida. kalu tun, bila nengok panjang ngat bahan tu, mula la nk surrender. hihi

Mas said...

terliurnya tengokkk....

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

nie if ayu masak sahih darl suka sebab dia mmg suka makanan jenis ni...ala-ala india hahahaha

Liza said...

salam ida...bestnya kalau mkn dgg beriani tu ngan nasi berperisa kan...terliur pulak...ekekeekekkee

Gee® said...

sedapnya daging beriani ida tu... boleh tapaw ke k.gee ckit tak...nti k.gee tukar dgn pajeri nenas yer

Kamalia said...

nampak menyelerakan sungguh daging tu kak.
saya pun suka beriani pakistan..bila balik malaysia,makan jenis yg kita punya,saya tak lalu nak makan..haha..

cik cek said...

nampak sedap daging beryani ni...makan ngan nasi beryani sdap ni...:)

Unknown said...

d8t71v0u21 d6o41b2x85 k8i69n5s77 j0a17h2o61 q5c99e5n79 b0r59k1g18

Unknown said...

i3p87k3j27 u0l89a5f21 q9x89e2t40 w9l50m4x47 i4w87b9m30 m2r80z4n69

sleighs said...

p0l81k9e05 y7t39y0s35 d8f02m0w41 n4a86u9x69 s5g70k5v04 u3j08w5r26