My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Thursday, February 16, 2012

Sup Ayam I

ASSALAMUALAIKUM......dah nak tidur ker??
Sebelum ida masuk tidur, ida nak update satu menu yg semua terror dh buat ni. Ida saja nk masukkan sini sbb lum ada lagi tersenarai kt sini walaupun mmg selalu buat. Ini pun ida kutip gambar yg dh berkurun terperap dlm album.Masa amik gambar ni, rasanya dh malam.

 Anak-anak sangat suka menu sebegini, sbb tak pedas.....Okey la, jom layan resepi sup ayam cara Ida .....dah biasa masak cara gini sejak dari dulu lagi, tapi ini salah satu caranya, satu cara lagi yg lebih mudah, ida pernah buat tumis jer rempah tu dlm periuk yg sama, masukkan air dan rebus ayam...pun sedapp....mungkin sama jaa dgn cara org lain buat kan.

BAHAN-BAHAN
Bahan rebus ayam
  • 1 ekor kecil ayam ( 1 kg ) potong 8
  • 2 inci halia
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci lengkuas
  • 1 pkt sup bunjut
  • 1 btg serai..diketuk
  • 1 sk serbuk lada putih/sulah
  • 1/2 sk serbuk lada hitam
  • Garam
  • Air secukupnya
Bahan menumis:( boleh juga ditumis dlm periuk utk rebus ayam tadi & masukkan air, terus rebus ayam )
  • 5 ulas bwg merah / 1/2 labu bawang besar...dihiris
  • 3 ulas bwg putih...dihiris
  • 1 inci halia...dihiris
  • 2 btg pendek kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 4 biji buah pelaga
  • 1 sb serbuk rempah sup...jika ada ( bancuh dgn sedikit air panas )
 Bahan tambahan
  •  Serbuk perasa jika suka
  • 2 biji kentang...kupas kulit & belah 4
  • 1 btg lobak merah/carrot...kupas kulit dan potong
  • Batang saderi...potong ( kadang2 ida letak, kadang2 tak letak )
  • Daun sup( ida guna daun saderi ), daun bawang & bawang goreng
CARA MEMBUATNYA:
  • Halia dipotong 4 dan ketuk
  • Bawang putih, serai dan lengkuas diketuk
  • Di dalam periuk masukkan ayam, air secukupnya, bahan ketuk, sedikit dulu garam serta bahan2 lain
  • Rebus ayam hingga hampir masak baru masukkan batang saderi, kentang dan carrot.
  • Boleh tambah sebuk perasa jika suka. Perlahankan api.
  • Sambil tu, di dalam kuali lain panaskan sedikit minyak, tumis bahan menumis ( diakhiri dgn serbuk rempah sup )
  • Tuangkan bahan tumis ke dalam kuah sup dan kacau.
  • Masukkan 1 senduk kuah sup ke dlm kuali menumis tadi.....kacau dan tuang balik ke dlm periuk sup utk ambil saki- baki rempah yg melekat pada kuali.
  • Didihkan kuah sup hingga ayam & kentang empuk. Tambah air jika kurang.
  • Cukupkan rasa masin dan tutup api
  • Taburkan daun bawang, daun sup/daun saderi dan bawang goreng. Tutup periuk supaya bau bahan2 ni meresap ke dalam sup dan memberi aroma kepada sup.

16 comments:

norliha said...
This comment has been removed by the author.
norliha said...
This comment has been removed by the author.
Mas said...

hai..slm perkenalan...sup ayam mgg sedap dan menyelerakan lagi2 kalo time tekak xde selera :)

cik cek said...

Sedapnay kalau akak dapat hirup semangkuk sup ayam...emmmm...sego rass badan...:)

ummiaisyah said...

salam kenal ida..dr dulu dok berkenan kt pics ida...cntik2 semuanya..

Amie said...

Sedapnya dapat semangkuk sup ayam...sudahlah sejuk pagi ini sebab hujan sepanjang malam!

ijayuji said...

Salam kak ida! kita mmg suke sup! sup apa pun mmg kita suke :D kecuali bukan sup2 yg ada letak rebung made in mesia atau siam yg tu kita tak makan hihihi... hari2 mkn sup pun tak jemu kan kak :D

ibundo said...

salam ida. Sedapnya hirup sup ni panas-panas esp tengah-tengah demam selsema..

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

simple but oishii
heroes ayu ni mmg suka makan ngan benda berkuah!

Gee® said...

sama la pulak menu kita yer Ida... sedap kan hirup sup...

Kamalia said...

salam kak ida..sedapkan sup ayam..mak bapak pun suka makan ni.

tun_telani said...

salam kak ida.. lauk yg selalu duk ulang2, tp jarang masuk blog kan. sama la.. hihi.. tun suka mkn sup ayam, lawan ngan sambal kicap ngan ikan masin. fuhh... mmg x sedor diri bila makan. lepas tu stress naik atas penimbang ;p

MOKCIK AZWA said...

i Lovee sup ayamm..senang dimasak, sedap dimakan hehehe...

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ida...
Aduuh!!! X tahan tgk sup ayam tu ida.... Hirup kuahnya panas2 nie kan best time hujan nie.... Sedaaapnya...

Anonymous said...

Hiya! I simply would like to give an enormous thumbs up for the nice data you have got right here on this post.
I will be coming back to your blog for extra soon.


Feel free to visit my web page ... semoball high school

Anonymous said...

Hiya! I simply wish to give a huge thumbs up for the great data you might have here on this post.
I will be coming again to your blog for extra soon.

my blog post - seohyun snsd height weight