My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Sunday, February 5, 2012

Hawaiian Blackpepper Chicken Pizza

ASSALAMUALAIKUM......Masih belum terlambat rasanya ida nak  mengucapkan Salam Maulidul Rasul kepada semua yang beragam Islam.
N3 pada malam ni adalah sambungan dari SINI. Memang kena sambung yg ni dulu sbb ada yang dah tak sabar nak tengok sambungan episod cerita sebelum ni kan. Baru sempat nak update....sibuk mmg tak sempat nak jengah sini. Hari Sabtu.....boleh dikatakan satu hari dekat luar. Pergi beli-belah kelengkapan barang2 dapur dan kelengkapan barang2 sekolah anak2 terutama Aqil yang tak lama lagi nak masuk darjah satu bulan 4 ni, kakak Sara akan masuk darjah 3, manakala angah Tina pulak akan masuk darjah 2.....bezakan, kalau kt M'sia bulan 1.

Jadi inilah alkisahnya..........
Minta maaf pizza yang ke-dua ni tak ada gambar yg slicenya.......kalau nak tengok pic slicenya untuk pizza pertama dibakar, boleh tengok kat bawah ya....dah tak sempat nak amik pic masa hari tu, lagipun hari dah semakin petang dan mendung aja. Ada lagi sebiji belum dibakar. Okess...inilah dia topping pizza yg ida buat kali ni. Seperti mana yang kita tahu, kalau pizza ayam ada nenas ni biasanya dipanggil 'Hawaiian chicken pizza' kan. So ida buat versi berlada hitam sikit supaya rasanya lagi ummmpp!! Bahan2nya pakai campak2 jer ye ikut selera tekak ida dan keluarga. Sesiapa yang ingin mencuba, silalah ya.

Hawaiian Blackpepper Chicken Pizza
Dough : Semolina Pizza Dough yang ida n3 beberapa hari lepas.
Bahan topping pizza :

Ayam lada hitam
  • 300 gm isi ayam kisar
  • 1 keping ayam boneless...didadu
  • 2 sb sos lada hitam...boleh tambah
  • 3 ulas bawang putih...dicincang
  • 1/2 labu bawang besar...didadu
  • 3 hiris nipis halia..dihiris halus
  • Sedikit serbuk lada hitam kasar
  • Garam secukup rasa
  • Optional..1/2 sk gula
  • 2 sb sos tomato
  • Optional....sedikit mix spice / Italian spice
  • Sedikit minyak zaitun/minyak masak biasa
 Bahan lain :
  • Nenas dalam tin mencukupi...dihiris 
  • 1 labu bawang besar...didadu
  • Sos pizza @ boleh letak sos tomato + sos cili
  • Mozarella cheese halus/parut
  • Capsicum @ boleh letak piman
  • Oregano kering
  • Optional....mayonis, terung ( dipotong nipis )
Cara membuatnya:
Ayam lada hitam:
  • Bersihkan ayam
  • Panaskan sedikit minyak zaitun
  • Tumis bawang putih, halia dan bawang besar hingga naik bau serta sedikit garing.
  • Masukkan ayam...kacau seketika
  • Masukkan sos lada hitam, sos tomato, sedikit serbuk lada hitam dan mix spice / Italian spice
  • Tambah sedikit air supaya tidak hangit. Perasakan garam secukupnya. Tambah sedikit gula jika suka.
  • Kacau hingga ayam masak dan kering.
  • Apabila agak suam2, campurkan dengan 2 sb mayonis jika suka...ketepikan


 Ni la contoh ayam yang telah dimasak tadi.

CARA TOPPING PIZZA
  • Ambil sebiji doh pizza yang telah dileperkan, letak ke dalam dulang pembakar.
  • Sapu base pizza dengan sos pizza, tabur rata ayam lada hitam yang telah dimasak tadi.
  • Tabur pula dgn bawang besar cincang dan cheese secukupnya
  • Akhir sekali susun capsicum, terung, nenas dan tabur oregano. Jika nak lebih pedas, boleh tabur lagi serbuk lada hitam.
  • Rehatkan dulu dalam 40 minit supaya doh naik lagi.Sekiranya anda berada di tempat yang skrg ni musim sejuk, boleh rujuk SINI utk percepatkan doh pizza ni naik.
  • Panaskan oven lebih kurang 10 minit.
  • Bakar pizza pada suhu 250 C selama 10 minit @ hingga masak.
Masa membakar juga adalah bergantung kepada ketebalan doh pizza tesebut. 

Contoh pizza yang pertama sebelum dibakar & yg sudah ditopping, cuma tak letak nenas, tak letak capsicum.....yg ni utk anak2, kalau letak pun mrk akan kutip buang juga.

Ini pizza yang pertama, sempat amik pic yg telah dislice....agak tergaring sedikit sbb pandai2 letak masa kepada 12 minit, suhu tetap sama 250 C...TAPI rasa tetap lazat!
Doh ni ada sikit kenyal2 dan garing2 sikit........memang best bagi ida.

11 comments:

SiTi AiSya mzm-fc said...

Salam Maulidur Rasul kak Ida...
Nak pizza sikit :)

Cik Ina Do Do Cheng said...

salam maulidur rasul .

salam singgah terbaca blog ida kat Jelita.nice blog : )

Nur-nba said...

Salam Maulidur Rasul kak.. Sedapnya pizza ni..

Acik Erna said...

Assalam ida..salam maulidur rasul..
sedapnya piza ida ni..teringin jugak nak mencuba buat sendiri..

Liza said...

salam maulidur rasul buat Ida n family...bestnya kalau dpt mkn pizza pg2 ni...nnt akk nk try buat pizza guna resepi ni pulak...akk salin dulu yer..thnx Ida

☆*♥L@dy @yU♥*☆ said...

rajinnyer k.ida bikin pizza lagik
oishii sou
nk pinjam kerajinan sket blh???

rahel said...

Kak Ida...memang menggamit seleraku...bagi gue sepotong.

cik norai said...

aduduh...kak ida berkeroncong perut ni tengok air tangan kak ida!!

nOOrsha said...

wwaaahh drooling!!! sedapnye kak..lapar trus perut ni :)

HomeKreation said...

Aslmkm Ida. TQ sudi singgah blog Along. Salam kenal dari Along juga. Nampak sedap pizza ni, gambar pun cantik.

kasihredha said...

sedapnya pizza
kalu wak sedri, puah make dok :)