My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Monday, February 20, 2012

Best Moist Chocolate Cake Recipe

Salam semua......dh makan ker belum??
Resepi kek ni ida intai2 kt dapur Naz....sungguh tergoda, dan suka buat koleksi resepi kek cokelat sebenarnya. Mekasih byk2 yer Naz. Satu kelainannya pada resepi kek ni sbb penggunaan butter milk tu. Ni kek tempahan dr kawan ida Rozan utk meraikan asben dia yg lulus entrance exam...dia nk buat suprise katanya. Feedback dari kwn ida tu....sgt sedap, sedang2 moistnyer..dia suka. Lagi simpan esok lagi moist dan sedap kata Naz....betul tu.


BEST MOIST CHOCOLATE CAKE RECIPE
OLEH : Naz COSK @ovenkecil.blogspot.com....tqvvm Naz
RESEPI ASAL : boleh klik link ni utk tgk video cara penyediaan http://www.bestmoistchocolatecakerecipe.com/...tqvvm
Bahan-bahan :


  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula ...ida tambah lg 1 sb
  • 3/4 cawan serbuk koko Hershey's (Naz guna yang biasa jer)
  • 2 tsp soda bikarbonat
  • 1 tsp serbuk penaik
  • 2 biji telur saiz A @ B
  • 1 tsp garam
  • 1 cawan buttermilk (resepi buttermilk di bawah)
  • 1 cawan Mazola vege oil (Naz guna minyak jagung)....ida guna minyak salad
  • 1 1/2 tsp asen vanilla
  • 1 cawan air mendidih (boleh dijadikan 1 cawan kopi sekiranya suka)..ida buh 1 sk serbuk nescaffe

Cara Penyediaan :


  • Panaskan oven pada suhu 300 F (lebih kurang 150 C) untuk membakar secara perlahan.(Naz menggunakan suhu 170 C)....ida bakar 150C
  • Lapik loyang kek dengan kertas kalis minyak.
  • Masukkan semua bahan di atas kecuali air mendidih ke dalam mixing bowl.
  • Putar pada kelajuan sederhana selama lebih kurang 1 minit. Kemudian masukkan air mendidih dan teruskan memutar hingga sebati.
  • Tuangkan ke dalam loyang.
  • Bakar selama 1 jam atau sehingga kek masak sepenuhnya. (Naz bakar dengan suhu 170 C selama lebih dari 1 jam sebab mungkin loyang kek 7" X 7" yang digunakan menyebabkan kek lebih tebal dan perlu masa yang lebih untuk masak sepenuhnya).
  • Cucuk kek dengan lidi atau pisau. Sekiranya pisau atau lidi yang dikeluarkan bersih, maknanya kek telah masak. Sekiranya terdapat adunan kek yang masih basah melekat pada pisau atau lidi, bakar lagi kek dengan tambahan masa 5 minit dan uji lagi selepas itu sehingga kek masak sepenuhnya.
  • Sejukkan kek sebelum dinikmati atau dihias.

RESEPI SUBSTITUTE BUTTERMILK

RUJUKAN : http://frugalliving.about.com/od/condimentsandspices/r/Buttermilk_Sub.htm
Bahan-bahan :

Susu segar - lebih kurang 1 cawan
1 Tbsp cuka masak atau jus lemon
 

Cara Penyediaan :
Masukkan cuka masak atau jus lemon ke dalam jug penyukat.
Tuangkan susu segar hingga menjadikan campuran tepat pada ukuran 1 cawan.
Biarkan larutan berehat selama 5 minit.
Boleh digunakan.

 Kek sebelum dimekap.

Ok la,ida kasi resepi yg ida buat mekap kek ni....

Krim Coklat: ( utk filling dan crumb coating/sapuan seluruh luar kek )
  • 200 mls whipping cream
  • 4 sb gula halus atau secukup rasa
  • 2 sb serbuk koko*( dibancuh pekat / bentuk pes dgn sedikit air panas )
  • 1/4 sk garam
Cara membuat krim
    • Satukan bahan krim ke dalam mangkuk besar
    • Putar hingga kembang dan sedikit pekat.( jgn terlalu pekat, jika terlalu pekat sapuan krim pada kek tidak akan licin/smooth)

    Chocolate ganache( kali ni ida buat cara ni pulak...kalau tak nak byk bole kurangkan sbb yg ida buat ni pun ada lebih )
    • 200 gm cooking chocolate( ida guna bitter sweet cooking choc )
    • 200 mls whipping cream
    • 1/2 sb butter
    • 3 sb honey....ida tambah sbb coklat ni pahit sikit
    • Sedikit garam...one pinch

    Cara membuatnya:
    • Masukkan coklat & krim ke dlm mangkuk
    • Masak/panaskan secara double boiler.....jgn sampai terlalu mendidih.
    • Apabila coklat sudah lembut, baru masukkan bahan2 lain, tutup api. kacau sebati. Rehatkan dulu atau biar ia sedikit pekat baru dicurahkan ke atas kek.  
    • Jika ia dh terpekat sgt sms rehat, boleh panaskan semula secara double boiler.
  •  


 Filling yg ida buat...sapu krim coklat dan tuang sikit choc.ganache dan baru tutup dgn lapisan kek satu lagi.

Cokelat love tu ada jerawat la pulakk..sbb homemade, baru belajar2 buat ni.


Cth Double boiler....

17 comments:

Chik Mimi said...

sangat cantik ida
wahhhh dah kena virus jugak ye ida macam kak paty

Ibu Darwisy said...

terbaek la kak ida..sgt santekkkk

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Hai Ida,cantik keknya tu

kakna said...

cantik !
kek yg mengunakan butter cream ada rasa lain tak.kakna tak pernah cuba lagi.

rahel said...

Wallaaaa...pasti sedap sangat..gue suka kek coklat ni...

Gee® said...

waaa...mengancam!!

Anna Qawina said...

comeynya kek..huhu

Ucu Faridah said...

salam ida...
cantik n menarik kek ida ni...
mlm tadi membaking kek coklat jugak (last minute punya tempahan)..subuh2 baru deco...
kalau dah minat, penat macamana pun tetap seronok kan ida...

ijayuji said...

salam kak ida! aduhhh sana sini kek hihihi... kita ni pantang nmpk nak cuba buat jugak tp kita kurang sikit skrg ni nk makan kek2 buat2 nanti simpan pastu bg org gitu jer lerr kejanyer hihihi...

norliha said...

wah! insya'allah nak cubalah nanti, anyway thanks comment kek karamel akak.

Ketuhar Panas Yatie said...

sedaaaaapnya...Ida.

chikadakbiru said...

mengancammmnyerr kek BMCCR nih....tak pernah cuba lagi resepi nih..kite salin dulu yer..thnk u kak idaa

Melly Octaviana said...

Hey Ida.. cantik kek nya, kek coklat memang fav nya anak anak yah.. ;)

E-na Art Studio said...

boleh try recipe choc moist ni plak nnt...kek coklat mmg tak pernah tolak kt Lovely kitchen...:)

nice ida!

Naz / Nadz COSK said...

Assallamualaikum Ida..
wahhhh...sedapnyaaaaa... Ada topping lagi... Nyum..nyum.. Mmg best kek ni kan Ida..

Thanks for jawab soalan Naz.. Ermmm..best arr gi sana kira jalan2 ..hehehe..

Nur-nba said...

Sangat2 menggoda.. Sedapnya... :)

Mieza said...

Salam ida...waaa lamanya tak jengah dapur ida..buka blog pun dah jarang sebab sibukkk sgt...dah ketinggalan apa yg ida masak..mieza belum cuba resepi ni lagi..mieza pernah cuba satu resepi kek cekelat kat my resepi yg sgt sedap dan mieza stick to that resepi sebab mieza sgt puas hati...nnt mieza nak cuba resepi yg ida buat ni pulak..yg guna buttermilk..tak rugi kan cuba byk2..suka..cantik ida deco..semoga ida akan bertambah maju :)