My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Monday, February 13, 2012

Nasi Beriani Ikan

ASSALAMUALAIKUM semua.......para surirumah rasanya semua sedang sibuk berperang didapur. 
Hari ni ida curi2 masa sikit nak n3 satu menu nasi beriani ikan yang ida buat 2 minggu lepas rasanya......dah jadi baja dah. Banyak sangat gambar terperap dlm album.......
Untuk nasi ni ida guna rempah beriani Ikan Pakistan jenama Shan ( sederhana pedas )....emm, memang sedap sangat rempah ni. First time buat nasi beriani ikan ni...mmg tak rugi beli rempah ni, mmg sedap sgt. Sebelum ni ida pernah buat nasi beriani daging & ayam shj. Rempah2 beriani daging/ayam yg ida pernah beli sebelum ni jenama Ahmed ( sgt pedas ) & National ( sederhana pedas )...dua2 jenama ni pun sedap. Sangat terasa rempahnya.

 Sorry erk gambar kurang memuaskan.......resepi ida ada rujuk sikit2 kat kotak rempah, cuma ida sesuaikan dgn cara ida sendiri supaya ida tidak rumit nak membuatnya.
apa2 pun layannnn aja la

BAHAN-BAHAN:
Nasi

  • 4 cawan beras basmathi...direndam 30 minit ( guna cawan periuk nasi )
  • 3 cawan air
  • 2 cawan rempah yang ditumis dibawah #
Bahan rempah #
  • 2 labu bwg besar ...boleh tukar kpd bawang merah*
  • 1 1/2 inci halia*
  • 5 ulas bawang putih *
  • 1 1/2 cwn plain yogurt
  • 2 tangkai daun ketumbar
  • Sedikit pewarna kuning
  • 1 pkt / 50 gm rempah beriani ikan Pakistan (Fish Biryani Mix jenama Shan)
  • Tambahan 1 sk serbuk jintan putih
  • Garam secukup rasa
Bahan tambahan utk masak Ikan
  • 1 ekor ikan besar yg sesuai..dipotong2
( ikan nak goreng dahulu pun boleh, kalau tak terus masukkan dlm bhn rempah jer nanti )
  • Carrot dan terung...dipotong
  • 1 labu bawang besar...dibelah 8
  • 1 biji cili merah / kt Jepun guna piman
  • Sedikit air tambahan
  • Tambahan garam dan air asam jawa secukup rasa
Bahan menumis:
  • 1 inci halia...dihiris halus
  • 3/4 labu bwg besar...didadu
  • 3 btg kecil kulit kayu manis
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 4 sb minyak sapi dan 1/2 cawan minyak masak
CARA:
  • Basuh beras, toskan air.
  • Kisar bahan yg bertanda *
  • Panaskan minyak sapi + minyak, tumis bhn tumisan sehingga naik bau., lepas tu masukkan bhn kisar...tumis sehingga sedikit garing
  • Masukkan rempah beriani ikan dan sedikit air/ 1/4 cawan ....tumis sekejap
  • Masukkan yogurt, daun ketumbar, gula dan garam secukupnya.....tumis hingga naik minyak, sedikit pekat
  • Untuk masak nasi, cedok 2 cwn rempah yg dimasak / bahagikan rempah yg dimasak kepada 2 bahagian. Satu utk masak nasi dan satu utk masak ikan.
  • Masak nasi bersama 1 bahagian rempah tadi, air yg disukat dan tambah 1 sk gula, garam secukup rasa,  ( garam biar lebih terasa agar nasi lebih sedap ).....kacau.
  • Masak nasi seperti biasa( ida guna periuk elektrik )
  • Semasa 20 minit terakhir nasi sedang dimasak, titikkn beberapa tompok pewarna kuning ke atas nasi. Tutup semula periuk, jangan kacau.
  • Apabila nasi sudah masak, kacau secara rawak dengan senduk supaya bahagian nasi yg diletak pewarna kuning bercampur rata dengan yang lain.
  • Dalam kuali yg baki 1/2 rempah tadi, masukkan ikan, carrot, terung dan tambah 1 cawan air....renehkan hingga ikan masak & sedikit pekat baru masukkan bawang besar dan cili.....kacau sekejap, cukupkan rasa garam, gula dan asam baru tutup api.

Nasi beriani sedia dihidangkan bersama lauk ikan tadi, jika nak buat lauk lain sebagai tambahan pun boleh.



 Ikan setelah direnehkan dgn rempah yg dimasak......

6 comments:

Gee® said...

waaaa...mengancam lah... !!

ijayuji said...

Slaam kak ida! sedapnyer! kita tgh plan nak masak diner apa mlm ni tuk budak2, ingat nak buat nasi kari ayam tp Malas kita ni terlampau lampau dibuatnyer hihihi... tgk beriani ikan akak niii aduhaiiii, dah 4 hari tak g jogging ni kak uuuwaaaaaaaa....

Asmara said...

nak cuba gak lah! asyik ayam je kan. ;D

Akak Kembang said...

mmmmm...menarik beriani ikan :)

Kak Sam said...

tak dapat nak bayangkan cam mana rasanya almaklum le tak pernah rasa le katakan

tythis said...

replica evening bags check over here m1z01x7u53 replica bags online shopping visit the website d5o55j7g48 replica gucci replica bags joy i8d86q5t52 replica bags for sale Visit Your URL y5y75i6x65 replica zara bags