My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Monday, February 6, 2012

Layered Strawberry Cheesecake


ASSALAMUALAIKUM....

 Cheesecake yg kawan ida ( Rozan ) tempah last week....saja utk makan katanya.

Resepi asal plain cheesecake : junjungbuih
Ubahsuai oleh : Happy Cooking Time
Resepi 'Layered Strawberry Cheesecake'
BASE
  • 1o0 gm biskut cracker...ida pakai jenama Ritz yg kat sini
  • 50 gm butter dicairkan
  • 1 sd besar honey/boleh letak 1/2 sb gula halus
ADUNAN CHEESE
Bahan:
  • 300ml whipped cream
  • 400g cream cheese (Philadelphia)
  • 150g gula halus ( ida lebihkan sikit dr sebelum ni )
  • 45g tepung gandum
  • 4 biji telur ayam saiz LL / A atau 4 1/2 biji saiz M
  • 1/4 biji lemon, perah air atau 1  1/2 sb oren sunquick pekat
  • 1/4 sk garam
  • 1/2 sk essen vanilla
Bahan tambahan :
Lapisan coklat
  • 2 sb serbuk koko dibancuh dgn sedikit air panas.....jadikan pes pekat
  • Tambahan 2 sb gula
Lapisan strawberry
  • 1 sk strawberry emulco
  • 2 sb jem strawberry
  • Sedikit pewarna merah
 Ida guna loyang loose base saiz 20 cm
Cara membuat:

BASE
  • Panaskan oven dalam suhu 170 C selama 10 minit.
  • Kisar biskut bersama butter cair dan honey / gula dgn menggunakan blender kering sehingga hancur.
  • Tekankan padat rata serbuk biskut ke dasar loyang loose base/spring form yang dialas dgn cooking sheet dan bakar selama 8 minit.
ADUNAN CHEESE
  • Cara asal : Masukkan semua bahan ke dalam blender yang bersaiz besar.
  • Blend selama 2 minit atau hingga jadi krim
  • Sapu tepi dlm loyang dgn sedikit butter.
  • Boleh tapis dahulu adunan sebelum dituang ke dalam loyang
  • Bahagikan adunan kpd dua bahagian. Langkah seterusnya ikut langkah bertanda # hingga habis ke bawah.
ATAU jika tiada blender bersaiz besar boleh buat cara bawah:
  • Pukul cream cheese bersama gula dan whipping cream sehingga sebati.
  • Masukkan tepung gandum, garam, dan jus lemon/jus pekat oren sunquick....pukul sebati sahaja.
  • Masukkan pula telur dan essen vanilla...ida letak 4 biji sekaligus, pukul sekejap dan sebati sahaja dengan menggunakan low speed( boleh tapis dulu adunan jika mau )
  • Bahagikan kpd dua bahagian
  • #Bahagian pertama dicampur bahan lapisan coklat...kacau sebati. Tuangkan ke atas base biskut yg telah dibakar tadi. Sapu dulu tepi dlm loyang dgn sedikit butter.
  • Bakar selama 30 minit dlm suhu 150 C  sahaja.
  • Bakar secara water bath/steam bath iaitu loyang kek diletak ke dalam satu lagi loyang lebih besar yg diisi air panas.
  • Kalau boleh paras air separuh loyang kek, kalau tak dapat letak separuh air pun, pastikan loyang luar diletak air panas. PASTIKAN balut bawah loyang dgn aluminium foil supaya air tidak masuk.
  • ATAU jika tiada loyang yg lebih besar utk bawahnya, boleh guna loyang yg lebih kecil, pastikan loyang tersebut dimasukkan separuh air panas. Letak pula loyang kek ke atasnya dan bakar hingga masak. Loyang kek tak perlu dibalut dgn aluminium foil  sbb bahagian bawahnya tidak kena air.
  • Bahagian kedua dicampur dgn  bahan lapisan strawberry...kacau sebati dan tuang ke atas lapisan coklat yg telah dibakar.
  • Bakar semula selama 45 - 50 minit dlm suhu yg sama.
  • Untuk elakkan permukaan kek gelap, pada saat2 akhir membakar atau lebih kurang 15 minit terakhir, tutup permukaan kek dengan aluminium foil.
  • Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang.
  • Lorekkan bahagian tepi kek dgn menggunakan pisau yg nipis sebelum kek dikeluarkan dari loyang
  • Hiaslah mengikut citarasa.....atau boleh juga buat cara ida
  • Simpan sejuk dahulu di dalam peti selama 4 jam/semalaman baru sedap dimakan
Hiasan Coklat Putih Strawberry

  • 120 gm coklat masakan putih
  • 50 mls whipping cream
  • 1 sb jem strawberry
  • 1/2 sb mentega
  • Hiasan lain : manik warna-warni dan buah strawberry segar yg potong dua
Cara membuat :
  • Panaskan whipping cream seketika ( 5 minit ) secara double boiler
  • Masukkan coklat putih ke dalam whipping cream.....biar seketika hingga coklat jadi lembut, baru dikacau.
  • Masukkan butter, jem .......tutup api & kacau sebati. Angkat.
  • Tungggu coklat agak sedikit pekat baru curahkan ke atas kek dan hias.
psst : Jika musim sejuk, tak perlu tunggu lama utk coklat memekat, terus curah pun boleh sbb coklat cepat menjadi pekat pada cuaca sejuk. 

HIASAN JELLY STRAWBERRY

  • 50 mls air panas mendidih
  • 1/2 sb serbuk gelatin halal
  • 2 sb jem strawberry
  • Sedikit strawberry emulco dan pewarna merah
  • Tambahan gula halus secukup rasa.
 Cara:
  • Tuangkan air panas ke dalam gelas
  • Tuang serbuk gelatin ke dalam gelas....kacau sedikit dan biar ia larut sedikit. ( jgn letak serbuk gelatin dahulu ke dlm gelas sbb ia akan berketul
  • Masukkan jem, bahan2 lain dan sedikit gula lagi....kacau sebati dgn garfu.
  • Biarkan ia menjadi sedikit pekat, baru boleh dihiaskan ke atas kek
Gambar2 ciskek yg siap dihias ni sume amik masa hari dh hampir malam, siang pun cuaca redup2 jugak........terpaksa guna flash sbb dlm umah cahaya lampu tak cukup...nampak lain sikit dgn gambar guna cahaya ori.huhuu...tak kisah la, janji sempat gak snap pic sebelum tuan dia ambik kek ni pada malamnya. Snap pun cepat2 jer...tak de hias2, tak der material mahal2 pun......sbb byk hal lain harus diselesaikan.

 Sorry ida tak leh lama2.....dah lewat malam. Nak lelapkan mata dah.....Oyasuminasait!

8 comments:

Qasey Honey said...

wow...nmpk sungguh melazatkan...

ady said...

as-salam Ida
uiyyooo..cantik sangat strawberry cheesecake tu..geram tgk..

Kamalia said...

gulp...telan air liur..
sedapnya kak ida..cantik je,jeles saya..hehe
*akk,mcm mana nak pastikan ciskek tu tak merekah?sy selalu buat,mesti merekah,walaupun tak keluarkan terus dr oven,biarkn dia sejuk dulu kat dlm tu*

Ibu Darwisy said...

fengsan tgk kek ni..nyumnyum..

cik norai said...

kak ida ni yg mcm bday hana tu ke?? memang tangan ni dah tak sabar nak bake cheese cake hehe

Gee® said...

mabeles...mabeles...yummyyyy!!!!

Sue @ Nenie said...

Salam Kak Ida...Kaler yang sangat menarik....geram tgk rasa nak ngap-ngap jeeeee

Anonymous said...

Hiya! I simply want to give an enormous thumbs up for the good information you’ve here on this post.
I shall be coming back to your weblog for more soon.

Feel free to surf to my weblog ... semi automatic rifles 22-250