My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, February 15, 2012

Penang Asam Laksa

ASSALAMUALAIKUM  semua.....malam2 jom layan laksa penang nii..opppps, sorry layan gambar aja, sbb udah lama abiss...hiiiii

 Pernah buat sebelum ni laksa utara( perlis/kedah ).......bahan2 asasnyer lebih kurang sama aja sebenarnya, cuma dari segi rasa ada lain sikit laksa penang ni.....dari yg pernah ida makan la masa kt M'sia.  Apa yg membuat dia rasa lain yer......terpaksa la ida google carikkk resepinya....dlm byk2 terbekenan resepi kt dapur CMG kita. Mekasih byk2 yer Mat...sangat sedapppp....izinkan ida share sini pulak k, kalau ada yg ida t'adjust sikit bahan2 tu ida minta ampunnnn sekali. Sbb ada bahan yg tak suka letak lebih dan b'gantung kpd stok yg ida ada & bahan2 yg ada kt Jepun ni jer.



Sumber : Che Mat Gebu, DTS
BAHAN - BAHAN KUAH:-)

  • 1 kg ikan kembong (mat guna kembong batu).....ida beli isi ikan yg siap dicincang 1 kg
  • 1 tin kecil ikan sardine "cap ayam"( tak der stok )
  • 20 biji cili kering, kerat2, cuci dan rendam dalam air panas dan toskan*....ida kurangkan sbb anak2 tak leh mkn pedas sgt
  • 5 biji cili merah*....ida letak 2 jer
  • 6 biji bawang merah*.....ida guna bawang besar 1 1/2  biji sbb sini susah nk dpt bwg merah
  • 1 biji bawang besar*
  • 1 batang serai, dihiris*
  • 1 cm lengkuas*
  • 30 g belacan*(*dikisar halus)....ida letak lebih sikit
  • 2 kuntum bunga kantan, belah 2 setiap kuntum....ida letak satu
  • 1 cawan nenas yang didadu halus
  • 1 genggam daun pudina......ida letak sikit jer sbb tak brp suka bau dia
  • 1 genggam daun kesom
  • 3 keping asam gelugor...ida letak 5
  • 20 g asam jawa + 1 cawan air, ramas dan tapis jusnya...ida agak2 jer, letak secukup rasa
  • Air secukupnya (ikut suka hati masing2 nak byk mana)
  • Garam dan gula secukup rasa
BAHAN LAIN :-)
  • Mee laksa, kalau guna yang kering, rendam 1 - 2 jam, rebus lembut, tos, cuci dgn air paip dan toskan.
  • Hirisan daun kesom
  • Hirisan daun salad
  • Hirisan daun selom
  • Hirisan cili padi
  • Hirisan timun (potong bentuk jejari halus)
  • Hirisan bawang besar
  • Hirisan bunga kantan (kalau suka)
  • Belahan limau kasturi.....ida letak lemon
  • Petis secukupnya 
  • Hirisan nenas....ida tambah sbb yg ni trade mark juga utk laksa penang
Note : Ida buat mana yg ada jer, kalau nk tambah daun pudina sbg ulam pun boleh jika suka.
 

CARA MEMBUATNYA :-)
Note : Ida beli isi ikan yg siap dicincang, jadi ida rebus isi ikan dgn sedikit air dan kisar lepas tu.
UNTUK KUAH :- 

  • Ikan kembong disiang, cuci bersih dan rebus hingga masak. Keluarkan ikan, asingkan isi dan tulangnya. Kisar tulang2 ikan tadi dan tapis, ketepikan. Ikan sardine, diasingkan dari sosnya, cuci ikan tadi dan lecek hancur, buat sama dengan isi ikan kembong tadi. Air rebusan ikan tadi ditapis ke dalam periuk, masukkan bahan kisar halus, nenas, air dari kisaran tulang ikan dan isi ikan tadi. Masak hingga mendidih dan masukkan jus asam jawa, asam gelugor dan air secukupnya. Tambah belahan bunga kantan dan daun kesom. Masak dengan api perlahan selama 45 - 60 minit. Tambah air jika perlu. Akhir sekali masukkan daun pudina dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Biar mendidih 2 - 3 minit lagi, rasa dan jika ok boleh matikan api.
UNTUK LAKSA ASSAM PENANG :- cara makan
Masukkan mee laksa secukupnya dalam mangkuk sesuai, tuang kuah laksa tadi (pastikan kacau dulu sebelum tuang) secukupnya. Hias dengan bahan2 lain sebagai pelengkap dan diakhiri dengan 1/2 camca besar petis udang sebagai penambat selera (ida tak der petis)


 Laksa ni import dari Perlis......tekstur laksa yg jenis halus, ida suka jenis ni. 1 pkt ni jer tinggal last, jadikkkk nak kena order lagi lepas ni....lambat la lagi boleh mkn laksa semula. Jadik yg ni kami kena makan hingga ke penamat. Licin liut ....tak tinggal sikit pun dikerjakan oleh kami ..he..he
Laksa utara ka, laksa penang ka...mmg kami hantu....slurrpp!!!



10 comments:

kasihredha said...

akak dari dulu buat laksa asam tak kaw mcm org lain buat..sedih tau..hihi

kzai said...

salam ida..lama akak x singgah dapur ida..bz memanjang...hehehe
terliurnya tgk laksa yg ida buat..gmbr pun menarik..cantik

ijayuji said...

Salam kak ida! aduhhhhhhhh lama tak makan laksa ni kak :D kuah laksa ada lagi dlm sejuk beku hihihi itu laksa johor tp yg penang niii takde stok :D nak kena ghajen baru leh buat laksa nii kalau tak ghajen nanti tak jadik :D

Gee® said...

terlior...

AZLITA AZIZ said...

Salam Ida..

Sedapnya alahaiii..
Terliur di buatnya..
Bertambah terliur dengan gambar yang mengoda!

Diana @ Melley Mey said...

Assalamualaikum ida...
terliurnya tgk asam laksa tu... dah lama sgt x makan... terakhir makan asam laksa nie rasanya masa puasa ari tu.. aduuh!! teliur sgt tgk

MOKCIK AZWA said...

Eh lepas ni turun bawah ke kantin terus nak tuju gerai asam laksa..hehehe.. dari semalam teringin, tup2 baca entry Ida nie lagi lerrr tergoda hehehe

CT Delima said...

As'salam Ida

Kalau laksa ni tak payah jemput makan pun tak apa, k.ct terus jer meluruh depan meja amik sendiri..hehehe. memang fav dengan asam laksa ni, tak kisahlah laksa apa2 janji laksa :)

nuwairani ismail said...

whoahhh! rajinnya buat laksa....serius! nani memang suke makan laksa...tp selalunya org lain buatkan...nak arap sendiri buat, kucing pon boleh tumbuh jangkut...

Anonymous said...

Hiya! I simply wish to give a huge thumbs up for the good info
you will have here on this post. I will probably be coming back
to your weblog for extra soon.

My website ... seoul subway route planner