My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Sunday, February 12, 2012

Nasi Lemak Daun Pisang

ASSALAMUALAIKUM.......
Apa khabar semua......semoga semua diluar sana sihat2 hendaknya ya. Baru sempat bersiaran......... dua tiga hari lepas, memang tak kesempatan langsung nak jenguk sini. Hari ni cuma ida nak n3 menu nasi lemak dlm daun pisang yg dah lama diidamkan nak makan dan nak buat sejak dok merantau kt Japan ni. Alhamdulillah syukur.....hasil pemberian daun pisang dari kawan ida last week.....maka tanpa ditunggu lama2, ida terus buat. Terima kasih byk2 ida ucapkan kpd yang memberi.

 Ida buat nasi lemak ni last week sebenarnya. Rasa nikmatnya bila dapat makan nasi lemak dalam daun pisang ni....sebenarnya dah lama rindu nasi lemak dgn aroma daun pisang ni. Teringat ngan nasi lemak bungkus yg dijual kat M'sia, tapi kat M'sia pun skrg ni dah jarang nak balut dgn daun pisang kan. Lebih senang pakai kertas coklat tu aja. Nasi lemak dan sambal tu ida guna resepi nasi lemak biasa yang biasa ida masak selalu jer...cuma nasi tu ida guna beras basmathi + beras Jepun & dalam sambal ida tak letak ikan bilis..just kosong jer.

RESEPI NASI LEMAK DAUN PISANG
by : Happy Cooking Time

  • 4 cawan beras basmathi...direndam 1 jam
  • 2 cawab beras Jepun
  • 2 cawan santan pekat dlm tin......kalau ada santan fresh lg sedap
  • 5 cawan air ( sukatan air bergantung pada jenis beras )
  • 3 sd teh garam
  • 1/2 sb gula
  • 4 ulas bawang putih diketuk
  • 1 inci halia ......dipotong 3 dan ketuk 
  • 2 helai daun pandan....jika ada
 Cara-cara:
  • Basuh beras 2x di dalam periuk nasi elektrik.
  • Keluarkan air basuhan beras.
  • Masukkan santan, air, garam, gula, bawang putih, daun pandan disimpul & halia.
  • Kacau rata dan masak nasi seperti biasa
RESEPI SAMBAL TUMIS 
  • 4 ulas bawang putih*
  • 1 labu bawang besar* ...kalau nk tukar kpd bwg merah pun boleh
  • 4 hiris nipis halia*
  • 1/2 labu bawang besar..dihiris/didadu ( optional )
  • Sedikit belacan...lebih kurang sebesar ibu jari/ lebih
  • Sedikit air asam jawa
  • 3/4 cwn cili kering kisar ( sukatan boleh dilebihkan @ dikurangkan )
  • 2 sd besar gula @ secukup rasa
  • Garam secukup rasa
  • Sedikit serbuk perasa ( optional )
 CARA:
  • Kisar bahan yg bertanda *
  • Panaskn minyak dan tumis bhn kisar hingga naik bau dan sikit garing
  • Masukkan cili kisar, tumis hingga masak
  • Masukkan bahan2 lain tambah sedikit air supaya tidak hangit..tumis hingga masak
  • Jika terlalu kering tambah sedikit air panas
  • Perasakan garam secukupnya dan tutup api
Bahan pelengkap yang lain:
  • Telur rebus
  • Timun dihiris
  • Ikan bilis goreng
  • Daun pisang utk bungkus nasi lemak....dilayur seketika atas api gas
  • Nak tambah kacang tanah pun boleh...ida tak letak

    8 comments:

    Kamalia said...

    uwaaa..
    sedapnye kak ida nasi lemak daun pisang..
    saya bila nak beli tu asyik mals je..haha
    tapi,bila tengok ni,mmg next order baticrom daun pisang memang kena belila gamaknya..tak tahan dah ni..hehe

    MOKCIK AZWA said...

    Kat bandar payah nak dapat nasi lemak daun pisang ni Ida..kalau di kampung2 biasalah nasi lemak dan nasi dagang dibungkus dgn daun pisang... teringat masa di Bandung pulak..nasinya sentiasa dialas daun pisang..

    Aida78 said...

    sedapnya nasi lemak kat jepun pon ada daun pisang....mcm nak oder jerk...nasi lemak daun pisang satu...

    Ucu Faridah said...

    rajinnya...
    ucu yg ada daun pisang belakang rumah pun malas...main beli aje...

    Tina Othman said...

    sedapnya, teringin lah pulak makan nasi lemak daun pisang ni, mesti wangi je kan

    HomeKreation said...

    Salam Ida. Kat Jepun pun dpt mkn nasi lemak daun pisang... lepas keinginan kan.

    ijayuji said...

    Salam kak ida! hari ni pun kita masak nasik lemak tp takde daun pisang sbb lama sgt tak pergi pasar :D terbu bau aroma nasi lemak beralaskan daun pisang mmg sedapppp!!! pastu jgn dibuang yer kak daunnyer hihihi recycle balik :D

    Naz / Nadz COSK said...

    Waaaaaa..sedapnya nasi lemak dlm daun pisang.. Cam terbau2 jer harum daun pisang tu..