My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Tuesday, December 6, 2011

Kek Kastard Pandan

Kek ni dah lama tak buat. Ida suka kek kastard pandan ni...sedapppp. Kat M'sia selalu gak beli kt kedai kek. Pernah buat sekali jer kut boleh tgk SINI...versi letak tepung kastard. Yang ni kastard tu ida letak tepung hoen kwee ikut resepi sweet4ever@myresepi. Kali ni terlebih rajin....ida deco bunga2 sikit. Kalau ida rasa free sikit, ida tacap la kasi cantik2 kek yg ida buat, kalau bz...togel jer la. Memang hobby ida bab deco2 kek ni sebenarnya. Kek  ni  nmpk cam  org tempah ker???..tak la buat utk makan2 kt rumah jer......kejap jer licin..tak dpt nk hulur2 dah.

Gambar ni disnap di malam hari......kalau tak snap cepat2...alamaknya tak der la pic kek sebiji  ni.

Kek Span ( kali n i ida buat resepi k'Jun )
Sumber : K'Jun( Cupcakekasih..resepi asal kek Berkastard Pic )...thanks a lot ye kak
Bahan-bahan :
  • 5 biji telur
  • 150 gm gula kastor
  • 120 gm tepung gandum
  • 10 gm ovalette
  • 80 gm mentega cair....dr 100 gm mentega ida cairkan
  • Ida tambah 1/2 sd teh garam
Cara-cara:

  • Masukkan gula & telur ke dlm mangkuk. Pukul kembang & ringan
  • Tambahkan tepung sedikit2...ida ayak tepung ke dlm adunan telur...masukkn juga garam
  • Masukkan pula ovalette, baru adun sebati/pukul sehingga kembang dan gebu...adunan nmpk putih
  • Masukkan butter cair....kacau sebati dgn spatula
  • Bakar di dlm oven yg dipanaskan terlebih dahulu. Ida bakar dlm suhu 180 C selama 45 minit.

Gambar ni pun snap di mlm hari juga......

RESEPI KEK KASTARD PANDAN

Sumber : hanamemories..TQVM
Resepi : Sweet4ever klik SINI & SANA...TQVM


Bahan-bahan
  • 1 biji kek span pandan - resepi kek span sila lihat sini @ sini @ resepi yg ida buat kt atas

Resepi Kastard Pandan 

Bahan A
  • 180g gula kastor....ida kurangkan kpd 130 gm 
  • 500ml air daun pandan 
  • 1 sudu makan serbuk agar-agar segera 

Bahan B
  • 400ml santan pekat ....ida letak santan 200 mls jer + 200 mls lagi air.
  • 85g tepong hoen kwee hijau - ida guna yg putih 
  • 1 sudu teh pewarna hijau +1/2 sk pandan emulco 
  • secubit garam 

Untuk hiasan : 1 cawan kelapa kering ( ida guna sikit jer )

Cara-cara
  • kek span di hiris kepada 2 bahagian. ketepikan 
  • untuk membuat kastad, campurkan kesemua bahan (A) dalam periuk. masak atas api sederhana hingga mendidih. kacau hingga gula hancur. 
  • satukan bahan (B) dalam mangkuk dan gaul rata. masukkan aduanan ini kedalam aduan (A). 
  • kacau atas api sederhana hingga adunan pekat dan mendidih. 
  • sediakan acuan bulat atau petak, guna jenis loose tin atau apa jer bentuk kek span kita.. 

Tips dari ida : ( Pastikan ada ruang sedikit sekeliling kek agar kastard boleh turun menyaluti sekeliling kek, jika tiada ruang, trim sedikit sekeliling tepi kek dgn pisau )

  • letakkan satu lapisan kek span dalam acuan. tuangkan 1/3 aduan kastad keatas kek hingga menutupi lubang di sekelilingnya 
  • letakkan lapisan kedua kek span dan tuang lagi kastad. 
  • hentakkan acuan 3 kali di atas meja yang agar kastad padat dibahagian bawahnya, biarkan kek sejuk baru dimasukkan dalam peti sejuk 
  • keluarkan kek yang telah sejuk dari acuan  dan salut dengan kelapa kering atau hias mengikut citarasa anda.Ida hias dgn whipping cream.

    Bahan krim:
  • 100 mls whipping krim
  • 2 sd bsr gula halus atau boleh juga letak gula aising
  • Sedikit garam
  • 1/2 sk pandan emulco
  • Sedikit pewarna hijau dan kuning
Cara-cara:
  • Satukan semua bahan dalam mangkuk
  • Pukul hingga sederhana pekat ( agak2 sesuai utk dipiping )
  • Bahagikan kepada beberapa bahagian utk diwarnakan hijau lembut, hijau terang dan kuning
  • Guna noozle dan piping bag utk menghias krim pada kek.


Sorry erk sbb terpaksa layan mata dgn banyak2 gambar kek ni....snap banyak2 cam rugi lak kalau tak bubuh sini. Lapisan kek yg ida buat ni nmpk kurang sempurna sikitkan.....kastard tu ada tebal, ada nipis...tak pas lagi ni nak lapis cantik2.

15 comments:

kasihredha said...

sangat cantik
sayang nak makan :)
sure best kan ida

rahel said...

Selamat malam Kak Ida...macam mau fengsan pulak tengok kek kastard pandan ni..cantik sangat kaler ijo tu..deco pun cantek...dan semestinya sedap berlemak...hehehe..

K.zai said...

salam ida..wah cantik banget deko kek n..kalor pun cantik sgt..suka akak tgk..mmg sesuai dgn kek nye..potongan kek pun mulus je..
ida snap mlm2 pun npk pic cantik je..

Ummi said...

Assalam Ida cayang...amboiii kek yang cantiikk...tergoda habis akak tengok...bab nak layer2 letak filling ni yg akak lemaah ni..makan jek rajin...heheh... Cantik sgt2 kek Ida... :)

cik cek said...

Cantiknya....tak penah rasa..teringin jugak nak makan...nak try lah nanti...:)

Azlita Aziz said...

cantiknya idah..
akak pon suka kek ni dan pernah buat jugak!
amboi.. rajinnya dia.. deco-deco.. dah macam kek kat kedai dah.. cantik sangat..
pic pon mengancam habis..

Unknown said...

Assalam Kak Ida, terpegun jap saya tgk.memang terbaik la kek ni....cantik sgt..memang syng nk mkn..kalau saya buat jadi mcm mana lak rupanya nanti hehe

Gee® said...

mabeles..!! kenyang mata....

CT Delima said...

As'salam Ida

Cantik sangat2 deco tu Ida. memang betul kalau dah buat cantik2 tapi tak sempat nak snap gambar tu macam frust jer kan..hihihi. k.ct pun suka buat kek malam2 sebab esok dah cantik kalau kita nak potong. cuma...kalau sempat amik gambar okeylah. Tapi kalau tak sempat..kira selamatlah masuk mulut..hahaha

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

nangess tgk
sedapnyerrrrrr akak
bab 1 slice
dok telan ayaq lioq jer ni

ucubakery said...

tak tahu nk kata apa..hanya 2 patah perkataan sahaka.."TERSANGAT CANTIK...."

quinnie said...

cantiknya kak ida..:)

Kamalia said...

kak ida..cntiknye..buat mkn sndiri pun jd cantik mcm ni,klau org order mst lag superbkan .

Mieza said...

cantiknya kek ida ni..suka sgt dengan deco..ida ni mmg kreatif sgt la..kalau dok dekat leh la gi belajar ni..cantik sgt...insyaAllah nak cuba kek ni wiken ni :)

Zue El Razak said...

dah lama teringin nak buat.. still ltk resepi kat peti ais.. tunggu 'roh semangat' datang br leh buat.. anyway still lg cantekk pic tu even ambik waktu malam..