My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Thursday, December 15, 2011

Kuih Kasturi @ Kuih Rengas @ Kuih Kacang Hijau


Salam buat semua.......malam2 baru sempat nak update n3...quick n3 dari ida mlm ni ialah Kuih Kasturi  atau dipanggil juga Kuih Rengas / Kuih Kacang Hijau...cepat2 update sbb selimut teballl sdg menunggu...sejuk2 ni tarik gebar mmg bestttttt
Resepi dah lama jenguk kt dapur Mas, Duniaku. Mekasih byk2 yer mas..sedap mas, izinkan k'ida tepek resepi kt sini lak. Apa khabar la Mas sekarang ni agaknya...masih lagi uwek2 ker mas...semoga sumer tu cepat2 hilang dan mas boleh kembali aktif berblogging......ada rindu ngan kami ker mas??

Kuih Kasturi @ kuih rengas @ pun kuih kacang hijau
Resepi dan sumber : MasDuniaku..tqvm
 

Bahan :
  • 1 cawan kacang hijau
  • 1/2 cawan kelapa parut( ida letak kelapa kering ..sbb itu jer yg ada kt sini )
  • sedikit garam
  •  gula ikut manis ( ida campur gula melaka )
  • ida tambah.....3 sb santan pekat dlm tin sbb guna kelapa kering
Cara membuatnya :
Rebus kacang hijau hingga empuk dan ada sedikit air, masukkan sedikit garam dan gula ikut manis,kemudian masukkan kelapa parut, ( + santan sekali ) kacau rata hingga kering,sejukkan dan buat bulat2 dan leperkan sedikit. Celup kedalam tepung dan goreng hingga garing.

Adunan tepung :

  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan beras
  • sedikit garam dan serbuk kunyit
  • sedikit air untuk bancuh
  • ida tambah 2 sb tepung tempura
 Satukan semua bahan diatas dan kacau hingga sebati.


Gambar amik di mlm hari....kureng la sikit. Dah buat, anak2 pulak tak berapa suka kuih ni..tapi tak per la, sbb asben ida suka.

3 comments:

rahel said...

Salam Ida..ni kuih kegemaran Rahel...rindunyaa..dah lama tak buat..akan dibuat gak suatu hari nanti..

cik cek said...

suka makan tapi tak rajin nak buat...he he...memang sedap kuih2 org lama ni kan...:)

Norizz said...

salam k.da..rajin n kreatif sgguh la..kuih favourite tue.,.bl tau nk try bt jgk..