My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Sunday, December 11, 2011

Sotong Bakar Berempah Sumbat Tauhu


N3 seterusnya sotong bakar ni......sejak suhu dah drop ni, cuaca hanya mendung sepanjang  hari, susah nak tengok matahari bersinar dah.....nak snap pic pun susah sekali....so gambar pun kurang memuaskan. Tak per  la, masuk juga la kt sini. Baru jer n3 ' Daging Masak Asam' tadi....cepat2 n3 menu sotong ni ...jap lagi nak bergegas pi kelas bhs jepun pulak..
Gambar makanan yg terperuk dlm album pun masih byk lagi   ..huhuu...n3 yg ni dulu la.
Sotong yang ida masak ni mmg besar gedabak......seekor dah 450 gm, beli sekor cukup la utk ida & hubby, anak2 tak berapa makan sotong.



TQVM to all for visited here....mmuahhhh!!
Bahan -bahan:
1 ekor sotong ( ida guna sotong seekor seberat 450 gm )...dibersihkan
Bahan-bahan A:
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1/2 labu bawang besar saiz sederhana/5 ulas bawang merah*
  • 1 inci halia*
  • 1 batang serai *
  • 1 sk kecil sebuk jintam putih
  • 1 sk kecil serbuk jintan manis
  • sedikit serbuk kunyit
  • Sedikit air lemon
  • Garam dan gula secukup  rasa
  • 1/4 sk serbuk lada sulah
  • Sedikit serbuk lada hitam
Bahan2 bertanda * dikisar/ditumbuk
  • sedikit air perahan lemon dr satu hiris kecil
  • 1/2 sd besar minyak zaitun

    Asingkan 1/2 sk bahan kisar utk gaul dgn tauhu dan boleh gaul sebati bahan A dlm mangkuk

Bahan-bahan sumbat:

  • 1/2 keping tauhu tebal @ 1 keping tauhu nipis...ida guna tauhu lembut
  • 2 sd besar bread crumb( serbuk roti )
  • Garam secukup rasa
  • 1/2 sk dari bahan kisar ( A )
  • 1/4 sk serbuk lada sulah
  • 1 sb mayonis
Bahan sampingan :
  • Tomato ceri dibelah tanpa putus dan brokoli, disusun dalam dulang pembakar
Cara-cara:
  • Ramaskan tauhu hingga hancur dan gaul bersama bahan2 sumbat lain
  • Perapkan sotong dengan bahan A sekejap
  • Sumbat sotong dengan bahan tauhu tadi sehingga penuh, ambil pencungkil gigi yg bersih, cucukkan bahagian atas, supaya tauhu tidak keluar.
  • Letak sotong di dalam dulang pembakar/bakar dalam kuali non-stick, susun tomato dan brokoli bersamanya....
  • Tabur dengan sedikit parsley kering dan serbuk lada hitam kasar.
  • Bakar dalam oven lebih kurang 30 minit/sehingga masak...jika guna sotong lebih kecil...bakar sekejap sahaja.
  • Sotong akan berair sedikit semasa proses memasak. Jadi ia akan membantu lembutkan sotong semasa memasak.

13 comments:

lina said...

salam ida - nampak sgt sedap sotong bakar berempah tu :)

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Ida,kalau kak ros nak ratah je,tak payah nasi2 lagi la.Sedap...

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

alah terlambat masuk if not leh buat sotong bakar berempah ni gak sebab tadi ada 2 ekor sotong besar dalam fridge....sini cerah akak...just angin kuat but still samuii

Gee® said...

sedapnya sotong bakar tuh... kecur air lior...

anumuchan said...

sedapnyaaa..huhuu..nsb baik bru lps lunch.heee

Kak Sam said...

Alamak semalam beli sotong tapi dah dikerat2. Melepas le jawabnya

Amie said...

Assalam Ida,
mengancam betul sotong nan seekor tu...sedapnya ratah2 gitu, ada telurnya tak Ida...nak telurnya ye.

ady said...

as-salam ida
emmm...memang sedappp!!!dapat rasakan sampai kat sini...huhuhu..

JaSSNaNi said...

amboiiii sedapnya sotong sumbat tu.. dulu2 pernah makan bila mak nani wat.. skrg ni nani lom pernah wat pun lagi.. :) dah lama tak makan pun sotong sumbat ni.. teringin plak.. :)

Liza said...

salam ida...ingatkan ada ketupat sotong jer, ada jugak yg sumbat n grill yer....menggiurkan...hihihi

rahel said...

waw2...tak tau nak ckp ape lagi..tergamam nampak sotong bakar sumbat tauhu..nampak menyelerakan sangat2..lapar bila tengok..

kasihredha said...

besarnya sotong tu
sure isinya manis

ucubakery said...

salam ida..sihat ke...
sotong tu betul2 mengoda la..ucu paling suka mkn sotong...mesti isinya tebal n manis ni...