My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Thursday, December 1, 2011

Bihun Sup Utara ...feberet selamanya

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua kawan2 dan pengunjung yang dikasihi.......dah seminggu tak dapat nak jenguk blog, sibukk semacam jer sejak akhir2 ni dan Disember sudah kembali lagi......terlalu cepat rasanya masa berlalu, sedar tak sedar dah penghujung tahun 2011 kan.....
Sebelum tu ida nak ucapkan bebanyak terima kasih kepada teman2 yang sudi meninggalkan ucapan, kata2 semangat dan komen pada n3 ida yang lepas. Ida tak sempat lagi untuk buat semua kunjung balas pada n3 yang lepas.....kalau berkesempatan, InsyaAllah ida visit k...ida minta maaf banyak2.
N3 malam ni pun menu ulang tayang jer, pernah buat sebelum ni,  resepi lebih kurang sama, cuma ada sedikit editing dibuat dan memang selalu buat sebab ia feberet hubby ida. Maklum la dia tu org utara.......dah memang serasi dengan bihun sup utara ni. 
Sambal merah dan bihun kaler kuning sebagai trade mark bihun sup utara ni....
Baru perasan, lupa nk tabur bawang goreng..hu..hu Ok la, jom semak resepi.......

Bahan A:
  • 1 peket bihun kering
Bahan B( kuah sup )
  • 1 kg daging lembu
  • Air secukupnya
* Jika nak tambah tulang lembu pun boleh
  • 2 paket sup bunjut
  • 1 sudu besar rempah sup serbuk
  • 3 ulas bawang putih...dikisar
  • 1 inci halia....................dikisar
  • 1/2 labu bawang besar/5 ulas bawang merah.....dikisar
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam/kurangkan
  • 1/4 sudu teh serbuk lada putih
  • 1 inci lengkuas......diketuk
  • 2 batang serai ..........diketuk
  • 2 inci halia.................diketuk
  • 2 ulas bawang putih diketuk
  • serbuk perasa jika suka
  • garam secukupnya
Bahan C( bahan untuk menumis )
  • 3 batang kulit kayu manis
  • 4 kuntum bunga cengkih
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 5 biji buah pelaga
  • 3 ulas bawang putih dihiris nipis
  • 1/2 inci halia dihiris nipis&halus
  • 4 ulas bawang merah/1/2 labu bawang besar dihiris nipis
Bahan D ( sambal merah )
  • 5 sudu besar serbuk cili/cili kering yang dikisar......saya pakai serbuk cili je
  • sedikit garam&gula
  • 1 sk air  perahan lemon/limau nipis
  • Serbuk perasa jika suka...ida letak 1/4 sk serbuk pati ayam
  • Sedikit air
Bahan E ( bahan tabur semasa menghidang )
  • Daun bawang,daun sup/daun sadri......dihiris nipis
  • Bawang goreng......lupa nk tabur
  • Ketulan daging dari dalam kuah sup  ditoskan dan dihiris nipis
CARA-CARA:
Bahan A:
  • Rendam bihun  dengan air lebih kurang 1 jam ( tak rendam pun tak pe, boleh terus rebus )
  • Rebus bihun bersama sedikit pewarna kuning / serbuk kunyit sehingga lembut...toskan
Bahan B:
  • Daging dipotong kiub besar 
  • Di dalam periuk masukkan daging,air secukupnya kemudian bahan kisar,bahan yang diketuk & sup bunjut.Rebus sehingga separuh empuk.
  • Kemudian tambah bahan B lain2, teruskan memasak.
Bahan C:
Tumis bahan C didahulukan dengan rempah kasar,bawang putih,halia & bawang merah/besar hingga naik bau.Kemudian tuangkan ke dalam bahan B Jangan masukkan semua minyak menumis ke dalam kuah,untuk mengelakan kuah terlalu berminyak ( lebihan minyak tumisan digunakan utk memasak sambal merah )Masak bahan B hingga daging empuk, sesudah cukup rasa matikan api.

Cara membuat sambal merah/bahan D:
  • Gunakan kuali dan minyak dari bahan menumis tadi ( keluarkan sedikit minyak jika terlalu banyak )
  • Masukkan bahan D/bhn sambal ke dalam kuali atas.
  • Masak sambal seketika.....perasakan dgn sedikit garam dan gula.
Cara menghidang:
Masukkan bihun yang direbus tadi ke dalam mangkuk,diikuti dengan kuah sup,bahan tabur&akhir sekali sambal merah.Sedap dimakan ketika kuah masih panas.Cubalah.....

16 comments:

JaSSNaNi said...

Assalamualaikum, ida.. :)
wahhh.. bihun sup utara di hati ku.. hehehe.. nasib baik hari tu baru je wat.. so tak de la rasa sangat ni.. hari tu wat seperiuk, 2 hari makan bihun sup.. hehehe.. puas hati..

Unknown said...

Assalam kak Ida, bihun sup utara memang my fav juga kak..memang warna bihun kuning tu yg membezakannya dgn bihun lain kan.lama dah tak buat teringin pula rasanya..hehe saya kalau mkn suka bihun sup daging + perut..lagi sedap:)

Azlita Aziz said...

salam Ida..
laparr pulak perut sampai sini malam2..
dah lama jugak tak buat..nanti boleh cuba resepi dari ida ni..

gambar ida cantik sangat!! suka akak tengok!

quinnie said...

sedapnya kak..bihun sup...terliur tengok...huhuhu

dZana said...

aslmkum ida.. teringat makan2 di kuala perlis..buat sendiri tentu lagi sedap.. nnti akk nk cuba jugak la..dpt jugak mengurangkan stok daging korban dlm peti ais tu ..

Acik Erna said...

Assalam ida..acik suka..selalu beli..biasanya jumpa orang jual beehoon/mee sup utara ni masa bula puasa je.

lina said...

salam ida sgt menarik dan nampak sgt sedap...

CT Delima said...

As'salam Ida

bihun sup..memang kesukaan k.ct ni, kalau buat pun sekurang2nya nak gak 11/2 peket dicelur ..hehehe. maklum lah rakyat jelata dirumah cuti2 sekola ni ramai.

Emm...kecur pulak pagi2 datang bertandang umah Ida cuma dapat cuci mata jer..hehehe

Gee® said...

Adoyaiii...tengok aje bihun sup tu terus berkeroncong perut... sedapnyaaaa

Amie said...

sedap banget nih Ida! kalau dah namanya bihun sup, itulah dulu yang diterkam... he he hehh lupa bubuh bawang goreng masa tangkap gambar takpe, tapi bawang goreng tulah yang buat naik semerbak aroma sup dan penambah selera ye Ida.

Liza said...

salam ida....wahhhh tergoda tgk bihun sup tu...Liza ni mmg peminat fanatik bihun sup....hahahaha

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

mcm mana terlepas n3 ni ekkk
akakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
meleleh ayaq lioq tgk
bihun sup utara mmg terbaekk dari ladang bodou la...
fav giler ni...teringat bihun sup banguan ukir tue sedap giler....mkn waktu sejuk gini mmg terangkat gituew.....

p/s::dengaq sora akak nyanyi smpi ke oyama....sedap betui sora ngeee

tun_telani said...

menariknyer nmpk bihun sup nih.. baru je tgk kat umah kak Q aritu.. ni bertambah2 terliur dah.

ucubakery said...

AS- Salam ida..
selalu kalau nak mkn bihun sup utara ni ucu mkn kat Sup Ani Utara, ni dah ada resipi ni dah blh cuba...
daun ape tu..cantik daun tu...

Kamalia said...

Kak ida..xpasan ade n3 nih..sy mkn jenis sup mcm ni aritu ade kohai buatkn,mmg sedap sgt..nnt nk buat versi akk pulak,sy suka guna sup dgg..eh,smbl tu xyah letak bawang ke kak?

Unknown said...

hi..sy berminat dgn gambar bihun sup utara puan..boleh sy gunakan gambar tersebut tanpa ada watermark? terima kasih