My Cooking Dairy ..... From touch of my hand .... Some my story

Wednesday, December 21, 2011

Ikan Kukus Pedas Buah Zaitun

Ada lagi n3 malam ni sebelum masuk tidur.......edisi nak mengurangkan stok gambar dlm album. Meh kita layan menu sihat ni pulak. Menu sihat dan mudah. Kalau ada lebih2 sambal belacan tu....campak jer atas ikan ni sebelum kita steam kan dia. Sambal belacan tu lebih2 yang makan dengan laksa Johor ari tu...ida simpan dalam peti ais. Resepi sambal belacan dari Hana


Bahan-bahannya:
  • 1/2 ekor ikan ....ida masak 1/2 jer sbb  ikan ni besar & guna ikan saba
  • 1 1/2  inci halia....dihiris halus2 ( boleh dikurangkan )
  • 3 ulas bawang putih.....dihiris nipis
  • 1/2 labu kecil bawang besar....dihiris halus
  • Sedikit sambal belacan
  • Sedikit buah zaitun jeruk
  • 1 sb bawang goreng
  • 1/4 biji lemon...diperah air
  • 1 sd teh gula
  • Garam secukup rasa
  • Cili kecil/cili padi...jika suka,diketuk sikit@dipotong hujung tidak putus
  • Sedikit air
  • Capsicum...dipotong halus
  • Brokoli
Cara-cara:
  • Ikan dibersihkan, letak siap2 ikan di dalam mangkuk leper/apa2 bekas yg tahan panas.
  • Lumur ikan dgn sedikit garam
  • Taburkan bahan2 hiris, cili, buah zaitun jeruk, sayuran.
  • Ambil 1/4 cawan air, campur dgn sedikit garam/secukup rasa, gula & air lemon...kacau sebati
  • Curahkan campuran air tadi ke atas ikan. Perap sekejap/dlm 10 minit...sambil tu panaskan air dlm kukusan.
  • Sudukan sambal belacan ke atas ikan dan tabur bawang goreng.
  • Kukus ikan tadi sehingga masak/lebih kurang 30 minit. Sedap dimakan semasa panas2.
  • Jika nak panaskan semula, panaskan air dlm kukusan sekejap...dan kukus seketika.


TQVVM to all for visited here.... 
Tuan tanah terpaksa layan idung yg sok sek2 ni......adehh, selsema sejak dari semalam...badan seram sejuk jer rasa.....jangan la demam, kalau tak susah orang kat dalam umah ni nanti....

6 comments:

☆♥L@dy @yU♥☆ said...

Lama rasanya x masak menu berasaskan ikan
Lately byk ayam...smpi bdn dh Mcm ayam
SimPle je recipe khen
Rasa mesti walaaaa

Amie said...

sedapnya! dah tengahmalam baru sampai sini, nak tapaulah Ida...boleh buat sahur... he hehehhh

NoorMasri said...

ratah panas2 sedap ni....meow meow....(kuccing dah dtg ni nak ngap ikan Ida hehehe)

letheate said...

advice Dolabuy Chrome-Hearts my response replica bags site link Gucci Dolabuy

Anonymous said...

x6b76h7y10 c6e06h3l33 a7g51v2h73 b5s48h5d11 j0d82r4z15 k1v42t0m33

Tajanaisidor said...

This is a great blogg