Pizza juga adalah feberet anak2 sekarang ni......kecik2 dulu tak pandai nak makan, kalau makan pun diaorg sapu topping atas jer masa tu...roti tak makan. Sekarang ni kalau nmpk pizza.....berselera betul diaorg ni makan. Duduk sini terpaksa ler buat sendiri.......selalu la jugak buat, kadang2 tak sempat pun nak amik gambar bagai dah. Ida buat ada yang pakai doh pizza betul, ada yang guna doh roti ( buat roti, sambil tu buat pizza sekali )
Doh pizza kali ni, ida mereka-reka sikit......letak telur dan tambah minyak zaitun dlm doh tu. Emmmm.........memang lembut dan gebusss..
Ok la....jom layan resepinya dari HCT ni....
BAHAN-BAHAN DOH PIZZA SPECIAL :
- 500 g tepung roti
- 8 g yeast kering
- 1 biji telur ( -+65 gm )
- 6 sb minyak zaitun
- 1 sk garam
- 3 sb madu
- 200 mls air -+ ( kuantiti air adalah bergantung pada jenis tepung )
- Sedikit tepung untuk ditabur jika uli dgn tangan & doh lembik
BAHAN TOPPING TUNA
- 4 tin kecil tuna dlm tin( plain )......disejatkan sedikit airnya
- mayonis
- Sos tomato secukupnya*
- Sos cili secukupnya*
- Sedikit serbuk lada hitam kasar
*Sos cili dan sos tomato dicampur bersama
*Ambil sedikit @ 4 sb sos yg dicampur tadi , 3 sb mayonis, sedikit serbuk lada hitam.... gaul dgn tuna,tambah garam jika perlu
*kalau ada sos pizza, guna sos pizza & tak perlu letak sos cili dan sos tomato tu
- Sedikit serbuk oregano
- Keju mozarella halus / boleh juga letak mix cheese halus
- Capsicum...didadu
- 1 biji bawang besar... didadu/hiris/
- 8 batang Crab stick....dipotong2
- Sedikit buah zaitun jeruk
Cara Uli Tangan :
- Satukan semua bahan untuk doh dalam satu bekas kecuali minyak zaitun ,gaul rata hingga bersatu. Tambah minyak zaitun dan air sikit demi sedikit.....terus menggaul hingga menjadi doh yang kenyal, jika melekit, tambah sedikit tepung jika doh lembik.. Kemudian bulat2kan dan biar 45 minit hingga naik sekali ganda. Langkah seterusnya ikut arahan * hingga habis
- Masukkan semua bahan untuk doh ke dalam bread maker, pilih setting untuk doh dan tekan "ON", buat hingga siap baru keluarkan.
- * Panaskan oven pada suhu 190C, sediakan 3 dulang pizza berukuran saiz sederhana, sapu dengan sedikit mentega/alas dengan baking paper. Ketepikan. Keluarkan doh, bahagikan doh tadi kepada 3 bahagian sama besar. Ambil satu, tabur sedikit tepung dan canai bulat. Alihkan ke dalam dulang pizza / dulang pembakar, tekan2 dengan hujung jari hingga memenuhi dulang tadi ( jangan terlalu tebal ) atau boleh canai leper baru letak ke dlm dulang pizza dan baru tekan2 dgn jari.......biarkan kelilingnya sedikit tebal.
- Ratakan sebahagian sos pizza/campuran sos tadi ke atasnya. Tabur sedikit keju mozarella
- Susun bahan untuk pizza atasnya (bahagikan 3 bahagian) dimulai dengan tuna, keju mozzarella dan bahan2 lain.
- Rehatkan selama 40 minit lagi supaya doh naik.
- Panaskan oven dan bakar lebih kurang 20 - 25 minit ( masa membakar adalah bergantung kpd ketebalan doh pizza yg dicanai )
- Keluarkan dari oven dan hidangkan segera bersama sos kegemaran. Buat kaedah sama juga untuk yang selebihnya.
Note : Jika berada di negara 4 musim yang sekarang ni suhunya sejuk, kemungkinan doh lambat utk naik dan kembang. CARA utk cepatkan doh naik/kembang :
- JIKA ULI TANGAN Letak mangkuk doh yg ditutup dgn kain lembab berhampiran dgn heater / pemanas udara sebelum dicanai
- Selepas dicanai letak doh juga berhampiran dgn pemanas udara. ATAU
- Panaskan oven seketika, tutup suis. Masukkan doh yg dicanai leper dan sudah diletak topping ke dalam oven yg panas tadi, biarkan seketika..insyaallah doh tu akan kembang/naik
Sorry!! yang dibakar bulat cuma tinggal banyak ni jer sempat berpossing......kt bawah nun ada yg 4 segi jer...
Yang ni bakar dalam loyang 4 segi.....
12 comments:
Salam Ida.Lama kak ros tak masuk sini.Sedap nampak piza tu...
Kak Ida! Pizza mmg faveret mamanya. kdg malas buat roti, pizza lagi cepat dan kenyang. hehe..
bestnyaaa home made pizza!
p/s: terima kasih byk2! doakan kami ya...
Kelmarin baru buat roti tpkn sbb sejuk,haishh bolehla pulak xnaik doh tuh..letak dpn heater br naik skit..nmpk piza ni ttetasa nk buat lg la pulakkn..
sedapnye piza ni kak ida..
aduhhh...mengancamlah piza tu... terlior!
lama x bikin pizza ni
oishhi sou...
sau plate mintak 2 potong ngeee
kalau buat pizza, mmg suka sgt letak tuna banyak2...
wow.. sedappppppnya tuna pizza.. feveret anak nani no.2 ni.. nyum nyum.. sedapnya.. :)
lamanya tak makan pizza..hehe..
salam Ida.. bestnya pizzza.. azwa ni dah lama kononnya teringin nak buat pizza sendirik. cik abe pun sampai dah perli dah.."tahun bilalah nak merasa ummi tu nak masak pizza" hehehe
salam ida...liza kalau piza2 ni mmg xblh tahan la...dok telan ayaq liuq bergelen2 dah ni...hihihhi
Post a Comment